36 «i love you sunshine»

40.9K 1.1K 51
                                    

Tempat di sebelah Naufal diduduki. Naufal dan Rayyan serentak memandang Arfan yang baru sahaja keluar dari bilik air selepas hampir satu jam.

"Kau okay?" soal Naufal biasa.

Arfan hanya mengangguk. Badannya bersandar pada sofa sambil matanya masih pada tangan dan lengannya. "Apa kau buat dengan dia?" soal Arfan sambil menoleh pada Rayyan yang duduk di sofa berhadapan dengannya dan Naufal.

"Orang aku dah bawa dia keluar dari situ. Hantar hospital lepas tu hantar balai polis. Jangan risau, aku dah settle semua," ujar Rayyan biasa. Telefon di tangannya diletakkan di atas meja.

"Cepatnya."

"Kau mandi hampir satu jam. Of course semua benda dah settle," beritahu Naufal. "Tapi sekarang ni kau okay ke tak?" soal Naufal lagi.

Arfan menghelakan nafasnya. "Entah. Aku tak tahu." Dia kembali memandang tangannya, seolah-olah darah Megat Awatif masih di situ. "Airis mesti benci dekat aku sekarang."

"Kau belum jumpa pun dia lagi," kata Rayyan.

"Sebab dia tak nak jumpa aku." Arfan menoleh pada Naufal. "Liyana ada dengan dia kan sekarang?" soalnya.

Naufal mengangguk.

"Sorry sebab susahkan dia."

"It's okay. Takde apa pun," Naufal bersandar pada sofa. "Kau nak buat apa sekarang?" soalnya sambil matanya menatap wajah penat kawannya itu.

"Aku tak tahu Fal." Arfan menggelengkan kepalanya.

"Kau pergi jelah jumpa Airis," cadang Rayyan.

"Sebagai anak pembunuh parents dia?"

"Sebagai suami dia, Fan." Naufal menepuk belakang badan Arfan. "Mungkin dia tak nak jumpa kau sekarang, tapi masa sekaranglah dia perlukan kau. The only family yang dia ada sekarang cuma kau. Kau tak boleh nak tinggalkan dia macam tu je. Especially dalam masa-masa macam ni."

Arfan terdiam. Keadaan Airis ketika di dalam wad tadi kembali muncul dalam fikirannya. Wajah penat gadis itu. Tangisan gadis itu. Fuck!

~

Pintu bilik yang menempatkan Airis dikuak dari luar. Matanya tertumpu pada Airis yang duduk termenung di atas katil, menghadap tingkap bilik itu. Arfan kembali menutup pintu sebaik sahaja dia melangkah masuk. Kakinya mengatur langkah perlahan ke arah Airis.

"Sunshine," sapa Arfan lembut.

Airis tersentak. Dia menoleh pada Arfan yang berdiri tidak jauh daripadanya. Sebelum ini, wajah itulah yang akan membuatkannya tersenyum. Namun kini, dia menatap wajah Arfan dengan pandangan kosong. Sekosong hatinya. "Awak buat apa dekat sini?" soalnya datar.

Arfan mengetap bibir. Dia melangkah merapati Airis. Tangan gadis itu cuba diraihnya namun Airis lebih laju melarikan tangannya. Tangan Arfan kaku saat melihat reaksi Airis itu padanya. Nafasnya dihelakan. "Kau dah makan?" soal Arfan.

Tiada jawapan.

"Serra cakap esok kau boleh keluar hospital dah. Tapi kau kena rehat lagi. So kalau boleh next few days kau tak perlu masuk kelas. Kau duduk rumah.."

"Arfan."

Suara Airis memotong kata-kata Arfan. Arfan senyum kecil. "Yes sunshine?"

Airis menepuk tempat di sebelah, menggamit agar suaminya duduk di situ. Arfan hanya menurut. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya, Airis tanpa kata terus memeluk badan Arfan. Matanya dipejamkan.

Arfan kaku buat sejenak sebelum tangannya naik untuk menepuk lembut belakang badan Airis. Ubun-ubun gadis itu dikucupnya. "I'm sorry," bisik Arfan perlahan.

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now