Airis berpeluk tubuh sambil memandang Arfan yang sedang duduk mencangkung di sebelah tempat persemadian ibunya. Dia sengaja menjauhkan diri kerana ingin memberikan ruang untuk Arfan, bercakap dan meluah. Sesekali dia dapat melihat suaminya itu mendongak ke langit, mungkin menahan tangisan.
Sepuluh minit kemudian, Arfan bangun dan melangkah ke arah Airis setelah melihat tempat persemadian ibunya buat kali terakhir. Airis memandangnya dan mengukir senyuman. Tangannya dihulurkan kepada Arfan dan disambut lembut oleh Arfan. Tanpa kata, mereka melangkah meninggalkan kawasan perkuburan itu, menuju ke parking lot. Tangan Airis yang digenggam lembut oleh Arfan dibawa masuk ke dalam poket kot yang dipakai olehnya, menghangatkan tangan gadis itu.
"You're okay?" soal Airis saat mereka sudah tiba di tempat meletak kereta. Arfan memandang padanya dan mengangguk. "Awak tahu kan saya ada? So saya tak nak awak tahan tangisan ke apa ke. I want you to cry if you feels like to. You have me, Arfan," tutur Airis lembut.
Arfan senyum. Badan Airis ditariknya dan dipeluk. Kepalanya diletakkan di atas kepala gadis itu. "I just need this," tuturnya.
Airis senyum kecil. Tangannya menepuk lembut belakang badan Arfan, seperti apa yang Arfan selalu lakukan kepadanya untuk menenangkannya. Arfan memejamkan matanya, rasa tenang bersama dengan Airis.
~
Pintu masuk ke dalam rumah milik keluarga Arfan di Queensland dibuka oleh Arfan. Mulut Airis ternganga saat pertama kali menjejakkan kaki ke dalam rumah yang sangat besar itu. Rumah tersebut agak jauh dari bandar dan terletak berdekatan dengan rainforest.
Menurut Arfan, rumah itu merupakan sebuah rumah persinggahan untuk pelancong yang datang ke Queensland sebelum dibeli sepenuhnya oleh Megat Awatif. Rumah yang seluas 323m² itu dilengkapi dengan tiga buah bilik tidur yang masing-masingnya mempunyai bilik air sendiri yang kemudiannya bersambung dengan balkoni. Di sebelah luar pula terdapat sebuah kolam renang yang besar yang juga bersambung dengan plunge spa. Hampir semua dinding di rumah itu diperbuat daripada kaca, from floor to ceiling.
Airis dan Arfan melangkah ke arah bilik tidur.
"Oh my God.." Airis ternganga saat melihat dalaman bilik tidur tersebut. Sebuah katil bersaiz king terletak di tengah-tengah bilik, berhadapan dengan dinding kaca. Di hujung dan kepala katil tersebut masing-masingnya terdapat sofa.
Airis melangkah ke arah dinding kaca itu. Matanya meliar, menatap hutan di hadapannya. Arfan melangkah ke arah Airis dan badan Airis dipeluknya dari belakang. "Suka?" soalnya biasa.
"Cantik sangat tempat ni!" Airis berpaling untuk menghadap Arfan.
Arfan senyum sambil memaut pinggang Airis. Tangan kanannya naik, mengusap rambut Airis. Helaian rambut gadis itu yang jatuh di tepi wajah diselitkan ke belakang telinga. "Isteri aku ni lagi cantik," puji Arfan biasa.
"Awak tak penat ke cakap saya cantik?" soal Airis sambil tangannya dilingkarkan di leher Arfan.
"No. Cause you are the most beautiful in the world," jawab Arfan sambil memicit lembut hujung hidung Airis.
"So can I compete for Miss World?" soal Airis, mengusik.
"No," laju Arfan menjawab. "Kau milik aku Sunshine. No one can look at your beauty other than me," sambung Arfan. Matanya tajam menikam wajah gadis itu, seperti memberi amaran.
Airis tergelak kecil. Tangannya mencekup kedua-dua belah pipi Arfan. "I'm so in love with you!" ujarnya.
"So am I," balas Arfan sambil dia merapatkan wajah mereka sehingga bibir mereka bertemu. Airis senyum dalam ciuman dan dia mula membalas ciuman suaminya itu. Tangannya semakin erat memeluk leher Arfan.
YOU ARE READING
My Beautiful Sunshine
RomanceMegat Arfan - Malam ketika ditinggalkan oleh bakal pengantin perempuannya, itu ialah kali pertama dia bertemu dengan gadis itu. Namun, bulan demi bulan berlalu, dia sudah melupakan gadis tersebut. Sehinggalah mereka kembali bertemu di sebuah kafe, s...