*。Mohon maaf sekiranya ada typo dan ayat merapu..
💎💎💎
Amato: macam konsert Taufan? (tengah sarapan sama²)
Taufan: seronok sangat ayah, dapat tengok diorang secara berdepan, dekat pula tu. Ah, Taufan ada selfie dengan beberapa artis semalam. Ni gambarnya....
Taufan menunjukkan beberapa gambar selfie antara dia dengan artis SM dan salah satunya gambar Taufan bersama Airel yang menjadi tarikan Amato.
Amato: gambar ni....
Hali: ini bukan ke....
Taufan: kenapa dengan Airel? Dia hensemkan, suara dia semalam sedap gila lebih² lagi masa dia high notes, rap pun dia hebat. Memang artis SM.
Hali: haduh kau ni, kau tak terfikir ke yang muka dia sama macam kita?
Taufan: eh, iyalah! Aku baru perasan.
Hali: bo- sabar², jangan mencarut Halilintar.
Taufan: jadi kenapa kau muka dia sama macam kita? Kan kat dunia ni ada 5 atau 7 orang yang muka sama macam kita, jadi tak heranlah.
Hali: aduh kau ni, ayah tolonglah terangkan kat dia ni.
Amato: dah², kami sebenarnya fikir kalau dia ni betul² kembar korang yang hilang tu.
Taufan: biar betul ayah?
Amato: iya Taufan.
Taufan: jadi kenapa tak jemput dia?
Hali: kau ingat senang ke nak ajak orang yang tak pernah tahu kalau dia cuma anak angkat kembali ke keluarga kandung dia. Mestilah dia tak percaya kalau macam ni.
Amato: nanti ayah dengan Alex akan berjumpa dan cakap pasal ni, korang jangan lambat pula untuk ke Universiti.
Hali/Taufan: hm/baik ayah
•••••
Amato dan Jaesung berjumpa di salah satu restoran terkenal milik Jaesung. Mereka menempah 1 bilik VIP untuk berbincang secara rahsia semestinya.
Jaesung: orang yang kau suruh cari tu nama dia Kelvin Kim, musuh aku. (serahkan kertas yang mengandungi data itu kepada Amato)
Amato: Kelvin?
Jaesung: iya tapi maaflah, kitorang tak dapat cari tahu tentang lebih lagi pasal dia sebabnya dia sangat jarang muncul. Nama asli dia pun aku tak tahu.
Amato: takper, sekurang-kurangnya kau dah tolong.
Jaesung: hm, Amato nampaknya Kelvin dah mulakan permainan dia. Dia ada hubungi Jungyong malam tadi dan dedahkan yang dia bukan anak kandung aku dan sekarang dia nampak macam.....tertekan.
Amato: tak guna, apa yang dia nak sebenarnya?
Jaesung: tak tahu dan yang peliknya dia boleh tahu identiti sebenar Jungyong.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕟𝕘 𝕋𝕨𝕚𝕟𝕤 (𝐵𝑜𝑏𝑜𝑖𝑏𝑜𝑦 𝑉𝑒𝑟𝑠)
ФанфикшнSalah satu kembar mereka diculik ketika dia berumur 2 bulan oleh musuh keluarganya. Dia dibesarkan dengan baik tanpa mengetahui tentang identiti aslinya. Bacalah kalau nak tahu apa yang berlaku nanti.. *OOC (Out Of Character) Start: 19.6.22 End:
