the beginning

941 45 1
                                    

Amato Khusairi merupakan antara orang terkaya di Malaysia kerana dia ialah CEO disalah satu syarikat ternama dan pemegang saham di tempat² terkenal di Malaysia. Bukan itu sahaja, Amato juga seorang ketua mafia yang menggerunkan. Tidak ada sesiapa pun tahu yang dia ialah mafia kerana selalu menggunakan topeng dan nama samaran.

Walaupun Amato merupakan ketua mafia yang menakutkan tetap sahaja ada anak buahnya yang berani mengkhianatinya kerana bayaran dari pihak musuhnya. Sudah banyak kali perkara ini berlaku dan menyebabkan dia mula tidak percayakan ramai orang. Hanya beberapa orang sahaja yang boleh Amato percaya sepenuhnya.

Amato mempunyai 7 orang putera yang berlainan umur dan memiliki mata yang berwarna. Anak pertama, kedua dan ketiga merupakan kembar. Anak keempat dan kelima juga kembar lahir 2 tahun setelah anak pertama-ketiga tapi anak keenam dan ketujuh bukan kembar dan mereka berdua beza setahun. Amato sangat sayang pada putera²nya.

Semasa anak sulung, kedua dan ketiga berumur 2 bulan, berlaku satu kemalangan yang hampir membuatkan keluarga kecil Amato pergi selamanya. Musuh terbesar Amato telah tahu tentang siapa Amato yang sebenarnya dan berniat menghancurkan mereka.

Musuhnya Amato itu tidak mahu mengalah dan dia menculik salah seorang anak Amato secara sembunyi. Dia mahu membalas dendamnya pada Amato atas apa yang terjadi di masa silam. Isteri Amato hanya mampu  menangis dengan dan berdoa tanpa berbuat apa² kerana anaknya diculik oleh salah satu musuh Amato itu. Amato juga tidak kalah sedih dan menyuruh anak buahnya mencari penculik tersebut di semua tempat. Dia takkan lepaskan orang itu selepas buat macam² pada keluarga kesayangannya ini.






^_________^






19 tahun berlalu, anak² Amato semuanya sudah besar. Anak pertama bernama Harizs Halilintar, anak kedua bernama Hazril Taufan yang berusia 19 tahun, anak keempat dan kelima bernama Iqbal Blaze dan Aizel Ais berusia 17 tahun. Anak keenam bernama Sufian Thorn yang berusia 15 dan Suhaimi Solar yang berusia 14 tahun. Kenapa tidak introduce anak yang nombor 3? Itu kerana dialah yang kena culik 19 tahun lalu. Namanya Hazim Gempa yang sekarang ini 19 tahun, keberadaannya tidak diketahui.

Halilintar sudah ditakdirkan untuk menjadi penerus kepada syarikat Amato tersebut. Amato akan menghantar anak²nya yang sudah masuk ke usia 10 tahun untuk belajar teknik pertahankan diri seperti taekwondo dan silat seterusnya yang sudah masuk umur 18 tahun akan diberi latihan yang lebih keras seperti latihan ala² mafia untuk masa hadapan nanti.

Semestinya Amato memberitahu mereka tentang adik/abang mereka yang diculik itu pada mereka semua. Jadi mereka semua bertekad untuk membalas dendam dan selamatkan Gempa.

Di tempat lain atau di negara lain, seorang pemuda sedang melakukan persembahan di atas panggung dengan kumpulannya. Ribuan peminat menyorak untuk mereka.

*

*

*

*

*

*

Tbc

Begitulah ceritanya... Harap korang sukalah cerita ni ( ´◡‿ゝ◡')

𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕟𝕘 𝕋𝕨𝕚𝕟𝕤 (𝐵𝑜𝑏𝑜𝑖𝑏𝑜𝑦 𝑉𝑒𝑟𝑠)Where stories live. Discover now