Lagu opening RuLe-Ado.
Di suatu tempat atau rumah besar di Jepun....
Seorang lelaki yang dalam lingkungan umur 20 tahun sedang duduk di kerusi sambil membaca sebuah novel yang.......ehem songsang. Betul-betul leka membaca sampai tak perasan yang seseorang dah masuk dalam bilik dia.
"Amizaki-sama, maaf kerana mengganggu tapi saya dapat 1 rumor yang mungkin tuan muda suka." Ucap seorang pembantu lelaki yang dipercayai oleh seseorang yang bernama Amizaki...
Amizaki Reiji, anak dan bakal pemimpin kepada salah satu Yakuza yang terkenal di Jepun. Untuk nama pembantunya pula.... Nama samarannya ialah Yoru.
Reiji mula memandang kearah Yoru, melipat halaman muka surat yang dia baca dan tutup novel tu.
"Rumor apa tu sampai kau fikir yang aku akan suka? Sekarang ni tak ada benda yang seronok jadi aku harap rumor tu betul-betul seronok." Reiji betul-betul bosan sejak kebelakangan ni, dia hanya menghabiskan masa dengan membaca novel dan webtoon sekarang untuk menghabiskan masanya yang bosan.
"Dari apa yang saya dengar, Airel Lee-sama telah kembali ke Jepun dan dengar cerita beberapa bulan lalu dia dan tunang dia sudah berpisah." Yoru memandang muka tuan mudanya dengan tatapan bosan kerana dia dah boleh agak reaksi muka tuan muda dia lepas dengar rumor macam ni.
"Tunggu betul ke yang dia datang ke Jepun dan dia dah putus? Ini........merupakan satu keajaipan. Yoru, kalau rumor tu betul....kau rasa apa alasan dia datang semula ke Jepun? Mungkinkah....... Dia datang sebab rindukan aku? Arhhhh~~dah lama aku tak nampak muka dia yang hensem tu." Wow nada Reiji betul-betul terdengar sangat aneh.
"Kemungkinan besar sebab dia nak memburu musuh dia, tuan muda tahu kan yang dia anak kepada ketua mafia terhebat di dunia mafia Alex Lee dan saya dengar kalau baru-baru ni Airel-sama diserang oleh seseorang. Itu adalah jawapan saya tapi kalau tuan muda nak tahu jawapan sebenar mungkin tuan muda boleh pergi berjumpa dengan dia, saya akan carikan lokasi dia tinggal kalau tuan muda nak." Reiji hanya mengangguk selepas mendengar apa yang Yoru katakan tadi. Dia betul-betul tak sabar nak berjumpa dengan Airel aka Gempa.
Sementara di lokasi si kembar 3 tu berada:
"Erk.....kenapa aku rasa seram sejuk pula ni? Aku harap aku jadi macam ni bukan sebab dia tiba-tiba tahu yang aku ada kat Jepun sekarang." Ucap Gempa yang sedang menggigil bukan sebab sejuk.
"Semoga saja dia tak tahu tapi dia ada ramai kabel yang kita tak tahu." Balas Yoohan yang tengah minum jus oren.
"Siapa pula tu?" Yoohan cuma untuk menjawap soalan daripada Taufan tapi Gempa menggelengkan kepalanya jadi Yoohan dengan cepat memasukkan makanannya kedalam mulutnya.
"Cuma seseorang yang sangat menjengkelkan dan memiliki obses yang tak sihat kat aku, dia jadi alasan utama kenapa aku taknak datang ke jepun." Hali dan Taufan memandang kearah Gempa, muka diorang tu macam boleh keluar subtitle....ada banyak soalan yang diorang nak kat Gempa pasal orang tu tapi dengar dari nada suara Gempa macam dia betul-betul tak nak cakap pasal orang tu.
"Jadi Gempa.....apa misi yang kau bagi kat anak buah kau tu?" Gempa memandang kearah Taufan, dia meletakkan satu jarinya ke arah bibirnya dan mula berfikir.
"Biarlah rahsia dulu, biar diorang yang buat kerja sampailah musuh dah keluar dari tempat diorang bersembunyi Target utama aku ialah Shen tapi sepanjang aku kenal dia, dia jenis yang susah untuk dijangka. Harap sangat dia masuk dalam perangkap tu." Gempa tengok pada jam tangan dia dan terus berdiri dari kerusi dia. "Maafkan saya tapi saya kena jumpa dengan tiga orang tu sekarang."
ANDA SEDANG MEMBACA
𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕟𝕘 𝕋𝕨𝕚𝕟𝕤 (𝐵𝑜𝑏𝑜𝑖𝑏𝑜𝑦 𝑉𝑒𝑟𝑠)
FanfictionSalah satu kembar mereka diculik ketika dia berumur 2 bulan oleh musuh keluarganya. Dia dibesarkan dengan baik tanpa mengetahui tentang identiti aslinya. Bacalah kalau nak tahu apa yang berlaku nanti.. *OOC (Out Of Character) Start: 19.6.22 End:
