*。Mohon maaf sekiranya ada typo dan ayat merapu..
Gambar kat atas tu saja je author letak sebab nak uji korang ( ꈍᴗꈍ).
Selamat membaca
•
•
•
•
•
•
•
•
Gempa sedang baring kat katil dia sambil mencari sesuatu di laptop dia. Dia betul-betul fokus kat laptop dia sampai tak perasan yang ada orang masuk dalam bilik dia tu.
"Apa yang kau rancangkan kalini Kelvin, kenapa kau hantar Shen hyung kat sini dan kenapa kau cuba untuk culik Blaze? Lepas satu masalah selesai, satu lagi masalah muncul. Macam mana aku nak hadap diorang macam ni? Apa aku kena balik ke Korea supaya diorang tak dalam bahaya. Sasaran Kelvin tu aku, bukan keluarga aku." Ucap Gempa dengan perasaan hampa sebab tak dapat jumpa apa-apa dan telah menyebabkan keluarga kandung dia dalam bahaya.
"Jangan fikir benda macam tu Gempa, musuh kau tu juga musuh aku." Halilintar akhirnya mengeluarkan suaranya setelah mendengan keluhan Gempa. "Eh, abang Hali! Apa abang buat kat sini? "Gempa, abang tahu ni urusan Gempa sebagai Golden Eyes dan Airel Lee tapi kalau kau fikir yang kitorang ni lemah, yang memang silap besar. Walaupun kumpulan korang kat Korea tu dikenali sebagai THE TOP 3 tapi peduli apa, kitorang akan bantu kau kalahkan musuh kau tu."
"Hmmm, rasanya Gempa dah buat keputusan. Gempa akan kembali ke Korea untuk lawan diorang. Diorang nak sangat berlawan dengan Golden Eyes, jadi Gempa akan lawan dia bukan sebagai Gempa anak ketiga Amato tapi Lee Jungyong anak tunggal Lee Jaesung." Gempa mula menanamkan azam untuk menghapuskan musuhnya sendiri tanpa melibatkan keluarganya. Dia mula menempah tiket kapal terbang ke Korea tapi dihalang oleh Hali.
"GEMPA.... Ahem, aku tahu kau taknak kitorang terlibat tapi sekurang-kurangnya biarkan aku dengan Taufan tolong kau. Kitorang takkan biarkan kau buat semua ni sorang-sorang lagi." Gempa menatap mata Halilintar yang menunjukkan riak wajah kerisauan. Dia tahu yang dia mungkin sedikit ego (mungkin terlebih) kerana taknak keluarganya cedera kerananya tapi dia juga perlukan bantuan. Dia mungkin ada ramai orang yang boleh dipercayai seperti Yoohan dan Daejung tapi diorang pun mesti ada misi lain juga. Gempa mula menutup matanya untuk berfikir sehinggalah dia akhirnya mendapat jawapan.
🙊🙊🙊
Di Seoul, Korea Selatan.
Seorang wanita ditemani oleh dua bodyguard sedang berada di kafe bersama kawan-kawannya.
"Eh korang tahu tak group NGZ kat SM tu. Aku dengar 2 member diorang keluar dari entertainment. Sayang betul padahal diorang sangat kacak dan suara diorang sedap." Sooyeon hanya mampu mengeluh sambil makan topokki.
"Aku tak peduli pun pasal diorang sebab aku tak minat diorang. Walaupun aku orang Korea tapi aku lagi suka penyanyi kat Jepun macam Ado." Jaena menuangkan bir ke dalam cawan Sooyeon supaya dia dah tak cakap pasal tu dah.
"Aku tak tanya kau minat siapa Jaena, aku cuma.....tak puas hati sebab bias aku keluar dari entertainment."
"Apa-apa pun, macam mana keadaan awak sekarang Songbyul? Dah sebulan kita tak berjumpa dan dengar kalau si Songhwa tu kena kurung." Songbyul memandang kearah Jiah dan mula menutup matanya. Dia cuba untuk singkatkan apa yang terjadi sebulan lalu atau boleh dikatakan kejadian perkahwinan tak jadi antara Lee Jungyong dan Bae Songhwa.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕟𝕘 𝕋𝕨𝕚𝕟𝕤 (𝐵𝑜𝑏𝑜𝑖𝑏𝑜𝑦 𝑉𝑒𝑟𝑠)
أدب الهواةSalah satu kembar mereka diculik ketika dia berumur 2 bulan oleh musuh keluarganya. Dia dibesarkan dengan baik tanpa mengetahui tentang identiti aslinya. Bacalah kalau nak tahu apa yang berlaku nanti.. *OOC (Out Of Character) Start: 19.6.22 End: