*。Mohon maaf sekiranya ada typo dan ayat merapu..
🌷🌷🌷
Bae Songbyul..... Seorang gadis yang baru sahaja memasuki umur 19/20 tahun. Dirinya dilahirkan sebagai putri dari salah satu keluarga bangsawan yang dipandang tinggi oleh kerajaan Korea Selatan. Dengar macam seronok bila dapat keluarga yang kaya raya, kalau minta apa² mesti dapat dengan mudah tetapi bagi Songbyul itu semua tidak berlaku padanya. Untuk mendapatkan apa yang dirinya mahukan, dia perlu bekerja keras.
Ayahnya iaitu Bae Jinyoung selalu tiada di rumah dan kadang² hanya pulang kerumah 5 hari sebulan.
Abang kandungnya iaitu Bae Songhun pula telah dihantar ke sekolah berasrama penuh dari umur abangnya 13 hingga 19 tahun, kemudian dihantar ke Nation University of Singapore selama 5 tahun dan sekarang dia sedang menjalani militer selama 3 tahun dan diperkirakan akan tamat pada tahun hadapan. Abangnya sangat sayangkan Songbyul dan hanya menganggap bahawa Songbyul sahaja adiknya, bukan orang lain.
Kenapa Songhun fikir begitu? Hal ini kerana mereka mempunyai ibu tiri dan adik tiri yang memiliki gen yang hampir sama dengan mereka. Adik tirinya itu merupakan putri kandung ayahnya yang hanya 2 bulan lebih tua daripada Songbyul iaitu Bae Songhwa dan ibu tiri mereka bernama
Kim Yeongru.Ibu kandung Songhun dan Songbyul sudah meninggal semasa masing² masih muda. Umur mereka pada masa itu 14 tahun dan 7 tahun. Selepas beberapa bulan ibunya meninggal, ayah mereka berkahwin dengan Kim Yeongru yang ternyata merupakan wanita simpanan ayah mereka selama hampir 8 tahun. Walaupun sudah berkahwin dengan wanita itu, Jinyoung tetap sayangkan anak²nya dari isteri pertamanya tetapi tidak untuk Yeongru.
Setiap kali Jinyoung tiada di rumah, Yeongru akan memaksa Songbyul untuk bekerja sebagai pelayan di rumah tersebut walaupun pada masa itu Songbyul baru sahaja 8 tahun dan akan diberikan gaji sebanyak 100000 Won (RM 340) selama 2 bulan sekali. Tapi kalau untuk putrinya, dia bagi 100000 Won setiap minggu. Untuk menjaga rahsia atas kekejamannya pada putri kepada suaminya, dia telah mengancam semua pelayan rumah tersebut dengan pelbagai ancaman seperti potong gaji dan buang kerja.
Tidak dengan itu, Songhwa juga sama macam ibunya kerana sering membuli Songbyul di belakang. Dia selalu memburukkan imej Songbyul dengan semua cerita palsu yang teruk seperti yang berlaku padanya semasa di universiti. Dia memang sangat pandai berlakon, menjadi lemah lembut dan baik hati di depan ramai orang tetapi sebenarnya seorang yang kejam, kasar dan seorang yang murahan.
🌷🌷🌷
Jinyoung: pada minggu hadapan appa akan ke Dubai. Ada beberapa urusan bisnes kat sana, jadi appa harap kamu semua tidak buat perangai masa appa tiada.
Yeongru: Mwo? kamu selalu sahaja ke luar negara! Jarang ada dengan kami. Jangan-jangan awak bermain dengan perempuan lain di belakang sana?
Jinyoung: mana ada, saya takkan buat macam tulah chagiya. Saya memang ada urusan bisnes ni.
Songhwa: appa, nanti appa tolong belikan saya pakaian baru boleh? Pakaian saya semua dah buruk. Sekali dengan alat make up dan juga rantai dan subang baharu, boleh?
Songbyul: *padahal baru beli minggu lepas* (cakap dalam hati)
Jinyoung: boleh, apa salahnya. Kalau kamu pula Songbyul? Kamu nak apa² tak?

YOU ARE READING
𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕟𝕘 𝕋𝕨𝕚𝕟𝕤 (𝐵𝑜𝑏𝑜𝑖𝑏𝑜𝑦 𝑉𝑒𝑟𝑠)
Hayran KurguSalah satu kembar mereka diculik ketika dia berumur 2 bulan oleh musuh keluarganya. Dia dibesarkan dengan baik tanpa mengetahui tentang identiti aslinya. Bacalah kalau nak tahu apa yang berlaku nanti.. *OOC (Out Of Character) Start: 19.6.22 End: