Salah satu kembar mereka diculik ketika dia berumur 2 bulan oleh musuh keluarganya.
Dia dibesarkan dengan baik tanpa mengetahui tentang identiti aslinya.
Bacalah kalau nak tahu apa yang berlaku nanti..
*OOC (Out Of Character)
Start: 19.6.22
End:
"Annyeong, lama tak jumpa walaupun baru sebulan." Daejung datang untuk ambil diorang bertiga ni. Siapa lagi kalau bukan Gempa, Halilintar dan Taufan.
"Annyeong, macam mana dengan rancangan tu?" Gampa menanyakan soalan pada Daejung dengan senyuman di mukanya.
"Hampir siap, adakah tuan muda nak terus pergi ke markas atau balik rumah dulu?"
"Balik dulu, bagitahu diorang semua dalam 1 jam kita akan buat mesyuarat di markas. Kalau saya yang sampai dulu mereka akan terima akibatnya." Ucap Gempa sambil bermain phonenya.
"Baik."
Time Skip dibawa oleh Boboiboy yang tengah minum ais blended special coklat Tok Aba.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Gempa sedang dalam perjalanan ke markas, diikuti sekali dengan Halilintar dan Taufan. Daejung pun ada sekali ni. Apabila sampai di pintu bilik mesyuarat, Daejung mula membukakan pintu dan membiarkan kembar 3 tu masuk dulu. Semua orang yang dalam bilik tu berdiri dan membongkokkan badan mereka sebagai tanda hormat, Gempa menuju ke kerusinya tanpa mempedulikan orang lain. Apabila Gempa duduk di kerusinya, barulah orang lain duduk.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Saya harap kamu semua tahu apa yang tengah berlaku sekarang." Tanya Gempa pada bawahannya itu.
"Tuan muda, berdasarkan perisik yang kita hantar beberapa bulan lalu, mereka kata sekarang kumpulan itu dah tukar nama. Mereka bergabung dengan mafia dari Jepun. Nama kumpulan itu sekarang ialah Fukushū" Ucap salah seorang yang author malas nak bagi nama.
"Fukushū? Dendam? Nampaknya mereka betul-betul serius kalini." Ucap Gempa dengan nada terkejut. "Ada apa-apa berita pasal pergerakan mereka?"
"Setakat ni yang kami tahu hanyalah mereka sedang kumpulkan senjata di sebuah pelabuhan kat Jepun untuk dihantar ke Korea dan China. Mungkin senjata tu akan dihantar ke Amerika juga tak lama lagi." Ucap Hyeon.
"Maafkan kalau saya menyampuk tapi apa korang semua tak cari apa-apa maklumat lain selain daripada tu ke? Kalau maklumat macam tu kami dah tahu dari Tuan Alex." Ucap Halilintar yang dari tadi hanya diam tapi tetap bersuara sebab dia dah tahu pasal ni sebenarnya daripada ayah angkat adiknya itu.
"Erm.... sebelum itu siapa korang berdua ni? Apa hubungan korang dengan Tuan muda Lee?"
"Ah saya lupa nak bagitahu, mereka berdua abang kembar saya. Jangan biadap dengan mereka ye sebab abang saya ni pewaris untuk mafia di Malaysia, kita bekerjasama dengan mereka untuk mengalahkan musuh kita kalini. Rasanya abang patut bagitahu nama abang kat diorang." Ucap Gempa dan seterusnya memandang kearah Halilintar dan Taufan.
"Saya Halilintar, Red Thunder."
"Dan saya Taufan, Blue Tornado. Selamat berkenalan."
"Baiklah saya dah kenalkan diri saya dan sekarang bagitahu maklumat lain yang korang tahu."
"Erm sebenarnya kami belum tahu apa lagi rancangan mereka kerana perisik yang kita hantar tak memberikan apa-apa maklumat sejak 2-3 minggu kebelakangan ni. Tuan Lee yang sekarang ada kat Jepun pun kami dah tak tahu apa yang berlaku padanya sekarang."
"Macam tu ke? Kalau macam tu saya akan minta pertolongan daripada 3 perisik saya yang tinggal di Jepun. Mereka tak bekerja dibawah ketua jadi semua maklumat akan terus dihantar pada saya. Yoohan, saya nak awak pergi jumpa dengan seseorang dengan kod nama 72698, lokasinya nanti saya bagitahu. Korang berdua akan bekerjasama untuk melindungi 2 orang lagi dalam misi. Untuk Seungjun pula saya akan amanahkan awak untuk menjaga markas ini daripada diceroboh dan cari tikus yang menyorok kat sini. Untuk Hyeon dan Dongyul pula, jaga kawasan Incheon. Terutama pelabuhan di sana. Itu sahaja." Gempa mula berdiri dan meninggalkan tempat itu.
🍂🍂🍂
(Tokyo, Jepun)
"Jadi...kau pun dapat misi daripada bos ye? Nampaknya kita kena bekerjasama lagi sekali." Ucap seorang lelaki berambut panjang kepada 2 lagi rakan pasukannya. (72698) 💎
"Haih, kenapalah aku kena satu kumpulan dengan kau. Aku nak duduk kat rumah sambil main game dan tengok bola." (53662) 😾
"Hehehe, best apa buat semua ni. Macam mana pula dengan kau xxx? Setelah sekian lama kita tak jumpa, kita akhirnya dapat jumpa lagi."
"Aku.....aku sepatutnya ada latihan untuk pertandingan esok." Ucap lelaki berambut biru muda. (11579) 🏀
"Hei 🏀, kau tahu tak yang badan kau tu lemah sangat. Aku tahu kau paling muda kat sini, jadi sebagai seorang aniki, aku akan ajarkan kau supaya kau jadi lagi kuat. Termasuk kau sekali 😾, aku akan ajarkan korang cara bertumbuk dengan baik."
Kedua orang yang mendengar itu hanya buat muka padanya.
"Dengar sini 💎, cara kita berlawan berbeza tau. Kau guna penumbuk atau katana kau tu, aku tak berlawan macam kau tapi aku hanya guna komputer manakala 🏀 guna seorang penembak. Kami berdua tak sekuat dan bertenaga banyak macam kau. Aku main bola tampar pun dah rasa penat."
"Jangan macam tu 😾, aku cuma nak korang jadi lebih kuat je..... Apa-apapun aku kena bersiap, bos minta aku jumpa salah lelaki bernama Yoohan Ahad ni. Bye 😾, bye 🏀. Kita jumpa lagi dalam misi nanti.
💎 Mula bangkit dari kerusinya dan terus pergi meninggalkan si 😾 dan 🏀.
"Akhirnya dia pergi juga. Saya kena bagitahu XX pasal saya kena hiatus dan mungkin bercuti selama beberapa minggu." Ucap 😾 sambil meletakkan kepalanya di meja makan.
"Saya juga kena bagitahu rakan sepasukan kalau saya tak boleh main selama beberapa minggu. Apa alasan yang sesuai ye kalau nak minta cuti lama?"
"Entahlah, harap kerja ni habis cepat."
Tbc
Ye aku tahu kalini pendek sebab kalau panjang nanti takut takder idea lepastu tinggal sampai tak tahu bila nak sentuh balik cerita ni. Btw korang dapat agak tak siapa 3 orang tu berdasarkan emoji?