*。Mohon maaf sekiranya ada typo dan ayat merapu..
•
•
•
•
•
Disini, author akan mula tukar cara dialog diorang ni...
🌹🌹🌹
Alex POV
Aku menghantar tiga orang yang paling aku percaya ke negara Jepun sebab Yeong-U telah mengesan sesuatu yang aneh disana. Boleh jadi tu pergerakan dari musuh ataupun itu cumalah umpan tapi kita tak boleh ambil mudah perkara itu. Untuk sementara, aku tak akan memberitahu perkara ini kepada Airel/Gempa supaya dia dapat meluangkan masa bersama keluarga kandungnya di Malaysia.
"Tuan, kami dapat kesan salah seorang dari mereka pergi ke satu festival tadi." Kata salah seorang dari orangku
"Festival? Festival apa?"
"Festival anime, mereka dipercayai cosplay menjadi watak-watak anime yang.......hebat....." Jawabnya
"Oh, ada yang lain tak?"
"Buat masa ni tidak tuan."
"Kalau macam tu kau boleh pergi."
Aku tahu sekarang ni musim anime, mungkin Jungyong juga akan pergi sana kalau dia tahu pasal festival ni.
Selang beberapa minit, ada seorang lagi orang suruhan aku muncul. Muka dia nampak serius kali ni. Dia dah ada kat hadapan aku dan mula berlutut pada aku.
"Tuan, kami dapat jumpa satu kegiatan yang mencurigakan pada salah satu kumpulan yang tuan suruh kami perhatikan tu."
"Apa yang kau jumpa dari diorang?"
"Sepertinya mereka mahu memanfaatkan teknologi di Jepun, saya juga dapat jumpa bukti yang mereka telah buat satu eksperimen buatan yang mengerikan. Eksperimen untuk menukarkan manusia menjadi raksasa buatan yang boleh dikawal sesuka hati mereka."
"KEJAM! Memang tak berhati perut. Terus selidik apa yang diorang buat dan terus report kat aku kalau ada sesuatu yang mencurigakan lagi."
"Baik tuan."
Dia akhirnya keluar dari pejabat aku. Rasa macam tak percaya dengan apa yang aku dengar. Diorang memang gila.
🌹🌹🌹
Di Rumah Amato
Mereka dah balik dari bercuti sbb sekarang hari sekolah. Hali dengan Taufan ada kuliah, Blaze sampai Solar pula sekolah jadi tinggallah Gempa kat rumah menemani uminya.
"Gempa, boleh umi tahu sesuatu?" Natasya menanyakan sesuatu pada Gempa sambil membasuh pinggan.
"Tanyalah umi, ada apa-apa ke?" Jawap Gempa.
"Umi dengar dari ayah yang Gempa sepatutnya kawin bulan lepas, betul ke pasal ni?"
Gempa menghentikan kegiatan dia tadi iaitu lap meja. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum memandang muka uminya dan menjawab soalan itu.
YOU ARE READING
𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕟𝕘 𝕋𝕨𝕚𝕟𝕤 (𝐵𝑜𝑏𝑜𝑖𝑏𝑜𝑦 𝑉𝑒𝑟𝑠)
Fiksi PenggemarSalah satu kembar mereka diculik ketika dia berumur 2 bulan oleh musuh keluarganya. Dia dibesarkan dengan baik tanpa mengetahui tentang identiti aslinya. Bacalah kalau nak tahu apa yang berlaku nanti.. *OOC (Out Of Character) Start: 19.6.22 End: