Airpod yang berwarna putih dipasangkan pada telinganya lalu menghidupkan lagu daripada telefon Iphone miliknya. Lagu yang bergenre ballad menjadi pilihannya. Rambut panjang yang mencecah bawah bahu di ikat kuda sebelum memakai topi berwarna hitam. Jaket hitam diperbetulkan untuk mengelakkan daripada menampakkan tubuh badannya.
Taman tasik yang terletak di Cheras menjadi pilihan Aulia Eftychia untuk berjoging memandangkan hari itu adalah hari minggu. Aulia melakukan pemanasan badan terlebih dahulu sebelum berlari untuk mengelakkan kecederaan pada dirinya. Kalau dirinya cedera, siapa mahu merawatnya.
Selepas melakukan pemanasan badan, Aulia mula berjalan anak sebelum berlari perlahan untuk menghayati angin pagi. Lagu yang bertajuk My Everything yang dinyanyikan oleh penyanyi yang berasal dari negara yang menjadi perbualan anak muda sekarang.
Semasa berjoging, deringan telefon menganggu aktiviti Aulia . Aulia berhenti daripada berlari lalu mengeluarkan telefon miliknya dan melihat nama yang tertera di layar telefonnya.
Airpod ditanggalkan sebelum telefon diletakkan pada telinga. Aulia meneruskan lariannya sambil menjawap panggilan telefonnya.
"Waalaikumusalam, kenapa telefon adik? " dingin suara Aulia membalas panggilan telefon itu.
"Adik dekat mana? Ibu ingatkan nak kejutkan adik tadi, tahu tahu adik dah tiada"
"Adik dekat taman tasik, berjoging. Sarapan je terus dekat sini. Selepas abang Raiz dengan ayahnya dah keluar pergi kerja, telefon adik sekali lagi. Bye" Aulia terus mematikan panggilan telefonnya. Semasa dia ingin memasukkan telefonnya ke dalam poket, badannya telah dilanggar oleh seseorang membuatkan tubuhnya kebelakang dan secara tidak langsung telefon miliknya jatuh menyembah bumi.
"Yah! Buta ke!? " jerit Aulia sebelum mendapatkan telefon miliknya. Dia membelek-belek telefonnya untuk memastikan tiada apa yang terjadi pada telefonnya. Mujur tiada apa yang mendatangkan kerosakan telefonnya.
Aulia memandang ke arah seorang lelaki yang berketinggian 170 ke atas yang sedang berdiri di belakangnya. Aulia memandang tepat ke wajah lelaki itu. Lelaki itu memiliki rahang tirus dan tatapan tajam. Aura dingin lelaki itu dapat dirasakan oleh Aulia.
Aulia menantikan kata maaf yang keluar dari mulut lelaki itu tetapi hampa, macam tiada tanda-tanda lelaki itu mahu meminta maaf kepadanya.
"Awak tak pandai nak minta maaf ke? " soal Aulia berani. Dapat dirinya mendengar decitan halus yang keluar celahan bibir nipis lelaki tampan itu.
"Mengharapkan kemaafan orang rupanya, aku ingatkan kau yang akan minta maaf memandangkan itu kesalahan kau" balas lelaki itu. Tangan beruratnya di masukkan ke dalam seluar trek yang dipakainya. Aulia memasang wajah tidak percaya.
"What? My fault? " lelaki itu mengangguk.
"Awak yang langgar saya dahulu, kenapa saya yang perlu minta maaf? "
"Yalah, kau yang lari tanpa pandang depan. Jadi itu memang kesalahan kau"
"Kalau awak tahu yang saya lari tak pandang hadapan, awak seharusnya boleh lari ke tepi sedikit." ujar Aulia geram. Lelaki itu menarik senyuman miring.
"Peduli apa aku, aku takkan minta maaf. So yah, bye" terus lelaki itu menyambung lariannya. Aulia mengenggam penumbuk sebelum menjerit kecil.
"Tak guna punya lelaki! Sama je macam bapa tiri aku! Abang Raiz juga" jerit Aulia.
Tanpa membuang masa, Aulia terus kembali menuju ke arah keretanya yang di parkirkan di tepi tasik. Tiada mood mahu menyambung jogingnya.
ིྀ
"Ibu, mana Aulia? " tanya Raiz usai sahaja turun daripada tingkat atas. Puan Aina memandang ke arah anak tiri lelakinya yang baru sahaja tiba di dapur lengkap berpakaian kasual untuk pergi kerja.
"Aulia pergi joging dekat taman tasik. Nanti dia balik lah , kamu duduk lah dulu. Mana ayah Raiz? " balas Puan Aina dan menanyakan keberadaan suaminya. Belum sempat Raiz ingin membalas pertanyaan ibu tirinya yang telah dianggap sebagai ibu kandungnya sendiri, turun seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an.
"Sedapnya bau. Aina, awak masak apa? " tanya Encik Rizal dengan senyuman manisnya.
"Halah, mihun goreng je. Apa yang sedap sangat bau" balas Puan Aina. Encik Rizal mengekek ketawa. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya, belum sempat dia mahu melabuhkan punggungnya di atas kerusi, pintu rumah di buka kasar dan mereka bertiga melihat Aulia masuk ke dalam rumah dengan wajah bengis.
"Aulia, kamu pergi mana? Sini makan" ajak Encik Rizal. Aulia memandang ke arah bapa tiri dengan tidak suka. Dia tak pernah menyukai lelaki itu dan menganggap lelaki itu merampas ibunya daripada bapa kandungnya.
"Makan lah, Aulia nak naik" tanpa menunggu balasan dari Encik Rizal, terus Aulia berlari menuju ke arah biliknya. Raiz ingin mengejar Aulia tetapi di tahan oleh Puan Aina.
"Biarkan. Aulia kalau badmood , dia akan kasar. Baik Raiz tak perlu pujuk dia, takut melarat" halang Puan Aina. Raiz mengangguk.
"Baik lah ibu"
ིྀ
- kebahagiaan itu milik kita berdua -
vote and comment ❤
YOU ARE READING
EFTYCHIA ིྀ Mark Lee
Fanfiction_ Eutychia, phonetically transliterated as Eftychia (/ˌɛftiˈhiːə/; Greek: ευτυχία) is a Greek female given name, meaning "happiness". _ Aulia Eftychia tak percaya akan sebalik nama keduanya. Eftychia yang bermaksud kebahagiaan yang berasal d...