08

12 5 0
                                    

Pen berwarna hitam berpusing di antara celah jari runcing Aulia yang sedang berada di dalam kelas. Pensyarah yang berada di hadapan sedang mengajar subjek perakaunan. Aulia mengurut pelipis apabila dia mula pening dengan nombor-nombor yang tertulis di hadapan.

"Kau okay tak ni Aulia? ", tanya Nuha yang merupakan tablemate Aulia. Aulia mencantumkan ibu jarinya dengan jari telunjuknya tanda dia okay.

Botol Tupperware berwarna hitam di ambil dan membuka penutupnya lalu meneguk rakus. Selepas minum, botol itu diletakkan kembali di tempat asalnya.

"Baiklah kelas, memandangkan minggu hadapan merupakan cuti semester sebelum kamu semua  menduduki final exam. Madam nak kamu semua ulang kaji bab yang kita sudah belajar. Sebarang pertanyaan, boleh mesej Madam. Kelas kita dah tamat, kamu semua boleh balik. ", selepas Madam Sarah berkata begitu, maka pelajar yang berada di dalam bilik kuliah itu mula mengemas barang masing-masing.

Ting ting

Aulia yang sedang mengutip bukunya yang berselerak di atas meja, mengerling sekilas telefonnya yang berdenting menandakan ada pesanan mesej. Nuha juga turut memandang telefon milik Aulia.

" siapa tu? " tanya Nuha.

"Tiada sesiapa lah Nuha, kawan je" balas Aulia nak tak nak. Nuha mengangguk kecil.

"Ingatkan boyfriend tadi" ujar Nuha dengan sengihan di bibir. Wajah datar Aulia membuatkan sengihan Nuha mati. Okay, ni bukan waktu yang sesuai untuk bergurau.

Aulia mendecit dengan reaksi wajah gadis itu.

" aku balik dulu, hati-hati " Nuha mengangguk. Aulia mengambil totebag nya lalu menyandang di bahunya. Telefon di capai dan menghidupkannya.

Dia sekali lagi mendecit apabila melihat pesanan dari Haikal.

Haikal Faiz

Assalamualaikum

Yowww

Awak baru habis kelas keee

Jari runcing milik Aulia mula laju membalas mesej lelaki itu. Muka jangan cakap, serupa tengah bermesej dengan ahli gangster.

Waalaikumusalam

Dah, kenapa

Jom saya hantar balik, saya dah minta izin
abang Raiz.

Erk-

Tak payah, saya boleh balik naik bas

No, awak tu perempuan

Pendek pula tu

Nak nak pula tengah hot ada abang van putih
cari perempuan untuk di culik

Aulia memutarkan matanya ke atas melihat mesej itu. Nak kata dia pendek pula.

So tak payah lah doa bukan-bukan

Ihhh boleh lah saya nak jemput awak

Aulia berhenti di area kafeteria. Dia mengetuk perlahan tepi telefonya sambil memikir sama ada mahu membenarkan lelaki itu jemput dia ataupun tidak.

"Hmm biar lah dia jemput, jimat duit aku" ketawa jahat mula keluar dari celahan bibir Aulia Eftychia.

Okay  , saya tunggu

Saya memang dah ada dekat depan
Universiti awak pun :D

Wow :D

Effort yang bagus

Ini Haikal Faiz lah 💅🏻

:)

Aulia mematikan telefon lalu menyimpannya ke dalam seluar jeans berwarna putih itu. Terus kakinya bergegas menuju ke arah pintu gerbang universiti di mana dia belajar.

Setibanya dia sampai, matanya melilau mencari kelibat lelaki berkulit tan itu. Tiba-tiba hon kereta mengejutkan dirinya, refleks dia memandang ke arah kereta Myvi warna hitam milik Haikal.

Tingkap kereta di turunkan dan kelihatan wajah Haikal yang sedang mengukir senyuman ke arahnya. Aulia membalasnya dengan senyuman nipis.

"Masuklah" ujar Haikal seraya membuka pintu bahagian penumpang sebelahnya. Aulia mengangguk lalu masuk ke dalam kereta itu lalu menutup pintunya. Serentak itu dia memandang ke arah cermin yang bergantungan memaparkan seorang lelaki dengan headphone di telinga.

"Itu kawan saya, nama dia Mahen Naufal." ujar Haikal. Mahen yang sedar namanya di panggil memandang sekilas hadapannya. Terkejut dia melihat ada perempuan di sebelah Haikal.

"Haikal , kau tak beritahu pun kau bawa perempuan. Kejap, ni ke perempuan yang kau ceritakan"

"Shhhh" Haikal melotot tajam ke arah lelaki tampan itu. Mahen mengemam bibirnya apabila melihat mata Haikal yang sengaja di besarkan.

"Ermm, boleh kita jalan? " soal Aulia. Haikal mengangguk.

"Mahen , aku hantar kau dekat studio dulu eh"

"Okay"

Haikal mula menghidupkan enjin kereta lalu menurunkan handbreak sebelum menekan pedal. Kereta mula meluncur laju di atas jalan raya. Mahen memandang sekilas wajah Aulia dari pantulan di tingkap kereta.

"Cantik, patut lah Haikal suka. " getus hati Mahen. Baru dia tahu kenapa rakan baiknya mula tertarik dengan gadis itu, daya tarikan pada Aulia berjaya menarik perhatian lelaki.

Sassy and baddas girl, fikir Mahen.

Dia mengangkat bahu sebelum menyambung kerjanya. Volume lagu di tingkatkan dan mula hanyut dengan dunianya sendiri.

-kebahagiaan itu milik kita berdua-

Vote and comment🌹

EFTYCHIA  ིྀ Mark LeeWhere stories live. Discover now