"Thanks Haikal" ujar Mahen seraya membuka pintu kereta milik Haikal. Haikal mengangguk dan melambai tangan ke arah lelaki itu. Mahen membalas balik lambaian rakannya sebelum menutup pintu kereta itu. Bangunan tinggi di hadapannya di pandang sebelum secara tidak langsung bertemu dengan anak mata milik Mahen yang mahu menunggu Haikal jalan dulu.
Mahen mengukirkan senyuman ke arah Aulia tetapi hanya di balas dengan tatapan datar gadis itu. Mahen tersenyum kekok. Kereta di hadapannya mula bergerak meninggalkan Mahen di depan studio miliknya.
Haikal mengalih pandangan ke arah Aulia. Gadis itu hanya diam memandang luar. Haikal mengetuk perlahan stereng keretanya, bibir bawah di gigit perlahan.
"Aulia, boleh saya tahu nama penuh awak? " tanya Haikal memecah suasana sepi itu.
"Aulia Eftychia" balas Aulia singkat. Haikal mengerutkan dahinya, Eftychia?
"Eftychia? Tak pernah dengar"
Aulia ketawa kecil. Dia mengeluarkan telefonnya dan menghidupkannya, aplikasi nota di tekan. Terpapar satu nota panjang mengenai nama keduanya.
"Eftychia yang bermaksud kebahagiaan daripada Bahasa Greek. Ibu saya yang pilih nama ni dan berharap saya bahagia selalu. Walaupun diri ini tak rasa bahagia pun " balas Aulia. Kata-kata hujungnya hanya dikatakan di dalam hati.
"Pandai ibu awak pilih , sedap namanya. Maksud apatah lagi " puji Haikal. Aulia hanya tersenyum nipis. Sedap memang sedap, tapi erti nama tu kena ke dengan kehidupannya.
"Haikal"
"Ya"
"Kenapa awak tiba-tiba je nak berkenalan dengan saya. First meet kita pun , kita tak sehaluan" Haikal mengukirkan senyuman manis dan itu membuatkan Aulia berasa sesuatu di hatinya.
"Tak tahu, saya memang nak berkenalan dengan awak. Mana tahu kita boleh sampai ke jinjang pelamin. " ujar Haikal.
Suasana kembali sunyi, Haikal yang tidak suka suasana sunyi segera menekan butang radio dan mencari siaran yang selalu memainkan lagu kesukaannya.
Lagu Long Slow Distance mula bergema di dalam kereta. Aulia yang memang menggemari kumpulan lelaki berasal Korea Selatan itu mula menyanyi tanpa mengeluarkan suara.
"Awak peminat kumpulan ni? " Aulia memalingkan wajahnya memandang ke arah Haikal. Dia mengangguk.
"Minat sangat, lelaki handsome kan" Haikal ketawa kecil.
"Betul lah tu."
Kereta Haikal memasuki simpang yang menuju ke taman perumahan di mana terletak rumah Aulia berada. Setibanya di hadapan rumah Aulia, Haikal memberhentikan keretanya dan membuka kunci pintu.
"Terima kasih, awak tak nak masuk ke? "
"Tak apalah, lain kali je. Lagipun abang awak tiada , saya segan dengan mak ayah awak"
Aulia mengangguk lalu memberikan senyuman nipis kepada Haikal dan lelaki itu membalasnya. Aulia keluar daripada perut kereta lalu menutup pintu kereta itu. Haikal melambaikan tangannya dan di balas oleh Aulia. Kereta itu mula meluncur pergi meninggalkan perkarangan taman perumahan itu.
Aulia menarik nafas seraya memegang dadanya. Entah kenapa ada satu perasaan pelik muncul di hatinya. Segera dia menepiskan perasaan itu.
"Jangan terlalu berharap Aulia" ujar Aulia tanpa sedar. Terus kakinya melangkah masuk ke dalam halaman rumahnya dan menuju ke pintu rumahnya.
"Assalamualaikum, Aulia dah balik" pintu rumah di buka dan melihat ayah tirinya berada di ruang tamu.
"Waalaikumusalam, lambat balik"
"Kelas lambat habis tadi, lagipun Aulia tak balik dengan abang Raiz. Aulia balik dengan kawan Aulia"
Encik Rizal mengangguk. Aulia meminta diri untuk naik ke atas bilik. Encik Rizal hanya memandang anak perempuan itu menapak anak tangga menuju ke biliknya.
- kebahagiaan itu milik kita berdua -
Vote and comment ❤🌹
YOU ARE READING
EFTYCHIA ིྀ Mark Lee
Fanfic_ Eutychia, phonetically transliterated as Eftychia (/ˌɛftiˈhiːə/; Greek: ευτυχία) is a Greek female given name, meaning "happiness". _ Aulia Eftychia tak percaya akan sebalik nama keduanya. Eftychia yang bermaksud kebahagiaan yang berasal d...