07

9 5 0
                                    

      Mahen menatap layar skrin telefon milik Haikal dengan tatapan keliru. Ada nombor yang tertera di skrin telefon itu. Jadi persoalannya, apa kena mengena nombor tu dengan dia?

"So? " Haikal mendecit halus melihat ke blur an Mahen.

"Aku dapat nombor perempuan yang aku langgar haritu, rupanya dia tu adik tiri kawan abang Hanan." ujar Haikal dengan wajah bangganya. Nak flex yang dia dapat nombor perempuan lah tu.

"Jadi apa masalahnya dengan aku"

Tuk

Haikal mengetuk kuat kepala Mahen. Biar wayar otak lelaki itu tidak lagging. Mahen mengusap kepalanya yang terasa nyeri akibat diketuk oleh Haikal. Sakit mat.

"Itu namanya, aku dengan dia ada jodoh. Tu lah, hidup jangan sedih sangat" sindir Haikal. Mahen menjeling.

"Tak peduli lah. Kau tiada idea ke nak bagi aku siapkan lirik" Haikal menatap Mahen atas bawah dengan wajah judge. Jari telunjuknya di arah ke  Mahen sebelum kembali ke arah dirinya

"Masalah kau ke masalah aku? Kau yang ambil kos musik kan, aku ambil kos tarian jadi tiada kena mengena. Sekian" tutur Haikal. Mahen menjatuhkan kepalanya ke arah meja dan hanya mampu menahan sabar dengan kata-kata pedas lelaki itu.

Kenapa lah dia pergi tanya dekat budak tarian, memang sampai ke sudah lah dia tak sempat siapkan lirik.

Haikal ketawa kecil. Dia menekan ikon galeri dan mencari satu gambar yang ingin dia berikan kepada Mahen.

"Nah" Mahen mengangkat kepala dan melihat gambar yang diberikan oleh Haikal. Gambar yang bertuliskan lirik lagu

"Mana kau dapat lirik lagu ni? " tanya Mahen. Haikal menayangkan senyuman angkuhnya. Hujung hidungnya di cuit perlahan.

"Ini Haikal Faiz lah"

"Betul-betul lah Haikal"

"Halah, kau lupa ke abang aku dulu bekas produser? Aku rembat dia punya lirik yang tak habis, tak apa aku dah beritahu dah. Kau pandai pandai lah habiskan lirik tu" ujar Haikal. Mahen mengukirkan senyuman gembira.

"Nanti send dekat aku" pinta Mahen. Haikal mengangguk. Dia melakukan perkara yang diinginkan oleh Mahen. Selepas memberikan gambar itu kepada Mahen, Haikal menghirup kopi miliknya dan memandang Mahen.

"Mahen, aku nak tanya'

" tanya apa? "

"Andai kata aku dah pergi jauh dari bumi, kau boleh jagakan pasangan aku nanti? " pinta Haikal. Mahen terdiam. Dia memandang ke arah Haikal dengan tatapan tajam.

"Apa kau cakap ni Haikal, apa yang nak pergi jauh dari bumi bagai. " marah Mahen. Haikal tersengih.

"Aku tanya jelah, tapi janji dengan aku tau. Kalau aku dah tiada, jaga pasangan aku nanti. If kau tak kahwin lagi, kahwin dengan dia. Aku izinkan. " Mahen menarik nafas sebelum melepaskannya.

"Yalah, Haikal. Aku ikut cakap kau. Jangan cemburu pula kalau aku layan pasangan kau lebih dari cara kau layan dia "

Haikal mendecit. Dah bagi betis nak peha pulak. Tibai gak anak orang ni.

"Yalah Mahen Naufal, aku tak cemburu pun. Entah-entah ada bidadari tunggu aku kat syurga nanti"

"Mimpi jelah kau Haikal"

- kebahagiaan itu milik kita berdua -

Saya tau hambar ;)

EFTYCHIA  ིྀ Mark LeeWhere stories live. Discover now