14

8 1 0
                                    

Shutter kamera terdengar daripada telefon milik Haikal membuatkan Aulia memalingkan wajahnya memandang ke arah Haikal. Wajahnya berkerut.

"Apa awak buat? " Haikal hanya tersengih dan menjelirkan lidahnya.

"Haikal.. "

"Gambar awak je, satu je. " ujar Haikal sambil menunjukkan gambar Aulia yang sedang melihat pemandangan di tasik. Aulia mendecak halus.

"Baik awak delete. "

"Tak nak."

Haikal berjalan menjauh dari Aulia dan menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar jeans hitam miliknya.

"Dah lah tak minta izin ambil gambar orang suka hati. " cibir Aulia. Haikal menghampiri gadis cantik itu.

"Gambar crush takkan nak ambil minta izin pula. " ujar Haikal dengan wajah tengilnya.

"Masalahnya awak tak cover tau. Obvious sangat. " Haikal ketawa kecil. Dia hanya membiarkan gadis itu berceloteh dan hanya tersenyum melihat gadis itu. Matanya memandang lurus tasik yang tenang itu. Tiba-tiba otaknya memikirkan sesuatu.

"Aulia.. "

"Ya? "

"Awak rasa ada ikan ke dalam tasik ni? " tanya Haikal polos. Aulia mengerlipkan matanya beberapa kali.

"Mana lah saya tau Haikal, saya bukan penjaga tasik ni. " balas Aulia. Haikal mengangguk perlahan kepalanya.

"Betul, sebab awak penjaga hati saya. " tutur Haikal sambil mengenyitkan mata kanannya.

Wajah putih Aulia memerah mendengar gombalan dari lelaki yang tua daripadanya setahun.

"Jangan cair Aulia, jangan cair. "

Haikal ketawa melihat wajah merah Aulia. Mahu sahaja dia mencubit pipi itu. Tapi apakah daya, belum mahram.

Tiba-tiba deringan telefon Haikal berbunyi. Nama Mahen terpampang di skrin telefon miliknya. Haikal memandang Aulia dan gadis itu mengangguk kecil. Haikal bergerak ke hadapan beberapa langkah dan mengangkat panggilan itu.

"Hell-"

"HAIKAL FAIZ"

Haikal menjauhkan telefonnya daripada telinganya apabila mendengar jeritan melengking dari Mahen.

"Calm down bro, kau asal"

"Jemput aku kat kampus, kereta aku rosak."

Haikal mendatarkan wajahnya, ingatkan apa yang jadi. Rupanya kereta rosak.

"Okay okay, aku jemput kau satgi. Duk situ dediam. "

Belum sempat Mahen membalas, Haikal telah mematikan panggilan. Dia memandang ke arah Aulia.

"Aulia... " panggil Haikal dengan nada meleret. Aulia mengangkat keningnya

"Saya kena ambil Mahen kat kampus, awak ikut sekali ya. "

Aulia mengangguk.

"Okay, sekarang ke? "

"Haah."

Mereka berdua terus meninggalkan tempat itu dan bergerak menuju ke kampus di mana Mahen berada.

☘︎

Mahen menyepak batu-batu kecil sambil menunggu rakan baiknya menjemputnya. Perut berkeroncong di tepuk perlahan.

"Sabar ya perut, nanti kita suruh Haikal belanja makan. " ujar Mahen sambil tersenyum kecil. Matanya meliar memandang sekeliling. Jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 3.45 petang di pandang sekilas.

EFTYCHIA  ིྀ Mark LeeWhere stories live. Discover now