Ting ting
Telefon yang terletak di sebelah Aulia, di ambil lalu melihat ada sebuah mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Dahi licinnya berkerut apabila melihat nombor itu.
"Siapa pula yang mesej aku ni" terus jari telunjuknya menekan buih mesej itu dan membacanya.
01xxxxxxxx
Hai awokkk
Hai, ni sape?
Nama yang diberi oleh mama, Haikal Faiz
Lelaki yang langgar awak semalam.
Mcm mana awak boleh dapat num saya?
Rahsia~
Save balik number ni, haikal jodoh ku
Hah gitew
Gila
Aip, perempuan cantik tak boleh carut
" ni mesti abang Raiz punya kerja" telefon di campak ke sampingnya sebelum dirinya berlari keluar untuk menemui lelaki tinggi itu. Aulia pergi ke arah ruang tamu dan melihat Raiz bersama dengan ibu serta bapa tirinya. Perlahan-lahan dia menghampiri Raiz dari belakang dengan wajah geram.
Greb
"Aduh sakit" rintih Raiz apabila rambutnya di tarik kuat oleh Aulia. Puan Aina dan Encik Rizal terkedu melihat kelakuan gadis itu. Aulia menarik rambut Raiz sekuat hatinya sebelum melepaskannya.
Raiz menggosok kepalanya yang bagai ingin tercabut kulit kepala apabila gadis itu menarik rambutnya. Dia memusing kepalanya memandang ke arah Aulia.
"Apa salah abang? " tanya Raiz sambil menggosok rambutnya. Perit mat perempuan ni tarik.
"Abang bagi nombor Aulia dekat lelaki petang tadi eh"
Mata sipit milik Raiz terbuka luas apabila mendengar soalan maut yang keluar dari mulut gadis di hadapannya.
"Err itu.. " otak Raiz seakan blank apabila mahu membalas pertanyaan adiknya, dia menggaru lehernya dengan sengihan di bibir nipis itu.
"Ibu! Tengok abang Raiz ni! " adu Aulia sambil menghentak kakiknya. Dia menghampiri ibu dan menghalau Encik Rizal untuk duduk tempat lain. Punggung dilabuhkan bersebelahan Puan Aina.
"Eftychia kenapa ni? Abang buat apa? " tanya Puan Aina.
"Dia bagi nombor Aulia dekat lelaki yang Aulia cerita dekat ibu semalam. Sakit hati Aulia" jawap Aulia.
Puan Aina ketawa kecil. Rambut panjang milik Aulia di usap perlahan.
"Halah, mana tahu lelaki tu nak berkenalan dengan Efty. " ujar Puan Aina.
"Dia tu annoying lah, dah lah tak nak mengalah" gumam Aulia. Puan Aina memandang ke arah Raiz.
"Siapa lelaki tu Raiz? " tanya Puan Aina.
"Haikal, adik Hanan. Raiz tak tahu pula yang si Aulia pernah terserempak dengan Haikal. Tahu tahu si Haikal tu nak nombor Aulia, Raiz bagi jelah" balas Raiz.
YOU ARE READING
EFTYCHIA ིྀ Mark Lee
Fanfiction_ Eutychia, phonetically transliterated as Eftychia (/ˌɛftiˈhiːə/; Greek: ευτυχία) is a Greek female given name, meaning "happiness". _ Aulia Eftychia tak percaya akan sebalik nama keduanya. Eftychia yang bermaksud kebahagiaan yang berasal d...