Bunyi hon yang sahut-menyahut memekakkan telinga pemandu yang menggunakan lebuhraya yang menuju ke negeri yang bersejarah . Mahen menyandarkan kepalanya pada penyandar kepala yang bermotif buah tembikai apabila keretanya mula tersekat dalam sesak lalu lintas.
Haikal yang tidak sedar bahawa kereta mula bergerak perlahan hanya tersengih-sengih membalas pesanan dengan pujaan hatinya. Mahen mengerling lelaki berkulit tan itu, jarinya mencubit perlahan peha Haikal dan membuatkan lelaki itu menjerit kecil.
Haikal memandang Mahen dengan kerutan di dahi. Mahen membalas pandangan itu dengan tatapan polos.
"Apa? " tanya Haikal sambil mengusap pehanya yang terasa perih.
"Aku mengantuk, borak lah dengan aku. " balas Mahen. Haikal mengerutkan dahinya. Dia menatap seram wajah Mahen.
"Mahen, it's that you? " ujar Haikal sambil menepuk perlahan pipi lelaki tampan itu.
"Kenapa, salah ke aku minta borak? "
"Tak salah, tapi ni Mahen ke? Selalunya Mahen tak suka kalau seorang Haikal buka mulut. "
Mahen mendecit kecil dan menepis tangan Haikal yang masih menepuk-nepuk pipinya seolah-olah ingin menyedarkannya.
Haikal mengangkat bahu dan kembali menatap telefonnya.
"HAIKAL! "
"APA? "
ʚɞ
Kereta putih milik Mahen meluncur masuk ke dalam halaman rumah kampung yang sudah dipenuhi oleh kereta-kereta yang berjenama mewah yang lain. Haikal memuji persona kereta yang berderet susun di hadapan rumah warisan nenek Mahen.
"No wonder, Mahen selalu bertukar-tukar kereta. " ujar Haikal di dalam hati. Dia membandingkan kereta Myvinya dengan kereta yang tersusun di hadapannya.
"Myvi aku still the king, kena lanyak dengan lembu pun still berjalan lagi. " cibir Haikal dengan bibir bawahnya menjuih ke hadapan. Mahen mematikan enjin keretanya dan memandang Haikal.
"Haikal, jom turun. " ajak Mahen sambil membuka pintu keretanya.
"Mahen " Mahen memalingkan kepalanya ke belakang. Haikal menggelengkan kepalanya.
"Aku nak balik Selangor balik lah, rindu Aulia. " rengek Haikal. Mahen menghela nafasnya. Sudah masak dengan perangai tantrum rakan baiknya.
"Dah sampai dah Kal, turun je lah. " ujar Mahen sambil melangkah keluar dari keretanya. Haikal menumbuk angin dengan kakinya juga turut menendang angin.
"HAIKAL! "
"Ye ye aku keluar. " Haikal terpaksa melangkah keluar dan menuju ke bonet untuk mengambil bagasi miliknya. Hatinya terasa berat untuk melangkah apabila melihat sosok wanita yang dia anti sedari dahulu.
"Mahen~" Haikal merengek ke Mahen dan di abaikan oleh lelaki itu. Mahen menarik bagasi miliknya serta milik Haikal.
"Abang Mahen" panggil seorang gadis yang muda setahun dari mereka. Dia berlari kecil menuju ke arah Mahen dan tersenyum manis. Mahen hanya membalas dengan senyuman nipis.
"Nerin sihat? " tanya Mahen sekadar basa basi. Nerina mengangguk kecil.
"Sihat je, abang? "
YOU ARE READING
EFTYCHIA ིྀ Mark Lee
Fanfiction_ Eutychia, phonetically transliterated as Eftychia (/ˌɛftiˈhiːə/; Greek: ευτυχία) is a Greek female given name, meaning "happiness". _ Aulia Eftychia tak percaya akan sebalik nama keduanya. Eftychia yang bermaksud kebahagiaan yang berasal d...