04

19 4 0
                                    

    Kertas bertulis lirik lagu yang sudah diconteng, kini sudah berselerak di atas lantai studio itu. Mahen yang sedang duduk di atas kerusi kulit sedang membaca lirik lagu yang di hasilkan olehnya. Dahinya sudah berkerut seribu sebelum pensil yang berada di celahan jarinya dilemparkan ke arah meja. Kertas dikoyakkan dari buku dan mengeronyok kertas itu lalu melemparkan ke atas lantai asal-asalan.

"Haih" Mahen mengeluh apabila dirinya tidak dapat menghasilkan serangkap lirik. Kepala di letak atas meja dengan kasar. Seketika Mahen menggosok dahinya yang sudah kemerahan.

"Nah" Mahen mengangkat kepala apabila mendengar suara Haikal di belakangnya. Dia membelakangkan kepala apabila lelaki berkulit tan itu menghulurkan bungkusan air yang diikat tepi. Haikal menghulurnya air menggunakan tangan kanannya manakala tangan kirinya sedang memegang air yang kini sedang disedut olehnya.

"Air apa ni"

"Ambil jelah, banyak bunyi pula kau"

Tanpa mengetahui nama air itu, Mahen mengambil bungkusan air itu dan menyedut straw yang sudah ada. Haikal memandang sekeliling studio. Dia mendecit halus.

"Bersepah" komen Haikal selamba. Mahen mengerling keadaan bilik studionya. Sudah bersepah dengan kertas  liriknya.  Dia mengurut pelipisnya perlahan.

"Rehat lah, kau tu tak boleh stress stress nanti kau sakit. Kau tu dah lah mengalahkan mak mak mengandung, tak boleh nak stress. Alah nanti ada lah ilham lirik tu nak datang. Jadi, kau rehat. " bebel Haikal. Kadangkala dia menyedut air milo miliknya dan mendecap lidahnya.

Mahen memekakkan telinganya setelah rakannya membebel ke arahnya.  Dia menyedut air yang dibelikan oleh Haikal. Haikal mendecit halus.

"Kau datang sini naik apa? " tanya Mahen.

"Dengan abang Hanan, aku ikut dia nak pergi jumpa kawan lamanya. Macam kau tak kenal aku kan, aku kan suka kacau abang aku' balas Haikal dengan sengihan nakalnya. Mahen menepuk dahinya perlahan. Dia tersangatlah speechless dengan lelaki di hadapannya.

" kau ni, pergi lah balik. Kesian abang Hanan tertunggu-tunggu kau. "

"Ish kau ni, aku tahu lah. Aku balik dulu. Ingat pesan aku! Kalau tak aku cium kau " ugut Haikal sebelum melangkah menuju ke pintu studio dan memandang Mahen. Dia mengangkat jari telunjuknya dan jari hantunya dan mengarahkan ke arah matanya dan mata Mahen beberapa kali.

"I watching watching you eh" terus pintu berwarna krim itu ditutup. Mahen menggelengkan kepalanya.

"Haikal Haikal" gumam Mahen lalu bangun dari duduknya dan mula mengemas studionya yang sudah bersepah. Selepas dia mengemas , dia mahu balik ke rumahnya.

"Clearner Mahen, let go"

ིྀ

"La la la " nyanyi Haikal girang sambil berjalan menuju ke arah kereta Honda berwarna kelabu milik Hanan. Tangannya memegang pemegang pintu kereta lalu menariknya dan masuk ke dalam perut kereta. Pintu di  tutup kuat tanpa memikirkan pemiliknya sudah memandangnya tajam.

"Rosak kereta aku, kereta kau jadi milik aku" ujar Hanan.

"No! Ekal tak nak bagi Myvi Ekal dekat abang. Kereta king tu. Nanti Ekal nak modifide kereta tu boleh terbang"

Pak

"Aku tahu bodoh tu limited dan kepandaian unlimited tapi jangan lah nak guna bodoh kau tu sampai kosong" Haikal menggosok-gosok kepalanya yang berdenyut selepas kepalanya diketuk oleh Hanan. Hanan memutarkan matanya ke atas sebelum memandu keretanya.

Haikal memuncungkan bibirnya ke hadapan. Dia nak merajuk dengan abangnya. Selepas tu nak mengadu dengan mamanya.

Hanan hairan. Sebenarnya dia jaga adik yang berumur 25 tahun ke 2 tahun?

"Kau merajuk ke? " soal Hanan. Haikal hanya diam membisu. Hanan mengalihkan pandangan ke arah Haikal. Dapat dia melihat adiknya sudah memuncungkan bibir dengan pipi mengembung. Tangannya naik mengusap perlahan rambut lembut Haikal.

"Kau dah makan ubat ? "

Haikal mengubah riak wajahnya yang tadinya riak wajah sedih kini bertukar menjadi datar.

"Aku makan atau tak, belum tentu aku boleh sembuh" ujar Haikal dingin. Hanan mengeluh.

"Memang lah, tapi untuk kebaikan juga. Kalau dengan izin Allah, kau boleh sembuh. Sampai bila kau nak sorokkan penyakit kau dari mama, dari Mahen."

Haikal memandang lurus jalan di hadapannya. Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Aku tak ready nak beritahu mereka berdua. Biar lah kau seorang sahaja yang tahu"

"Itu kalau aku tak sergah masuk bilik kau. Kalau aku tak masuk , sampai sekarang aku tak tahu kau ada penyakit barah hati. " Haikal memejam matanya.

"Aku tak nak diaorang berdua tahu kelemahan aku  , biarlah diaorang nampak sisi aku ni. Jangan sisi lemah aku. Aku tak nak di pandang kasihan, faham. Jangan buka cerita ni, habis sini je" ujar Haikal lalu membuang pandangan ke arah luar tingkap. Hanan melepaskan keluhan melihat kekerasan kepala adiknya.

Nak hairan , mereka berdua pun keras kepala. Tak mahu mengalah langsung. 

"Rumah kawan kau tu ada adik perempuan tak? " tanya Haikal. Hanan mendecit.

"Ada, adik tiri" balas Hanan. Haikal bersorak kecil.

"Kau tak payah nak tunjuk buaya kau"

"Ihh apa, aku nak juga hidup taken. "

"Peduli apa aku"

"Kau single diam lah"

"Masalah kau pun sama kan! "

"SEBAB TU AKU CARI PEREMPUAN. "

"MURAH SANGAT JADI LELAKI KENAPA"

"BAGITAU MAMA! "

"SIKIT-SIKIT MENGADU! PERGI LAH MENGADU"

"hallo, MAMA TENGOK ABANG NI. DIA KATA EKAL MURAH SANGAT JADI LELAKI"

"HANAN EMIR! "

"HAIKAL YANG CARI FASAL DULU MA, BUKAN HANAN! "

"HAIKAL FAIZ! "

"ABANG YANG KACAU EKAL! "

"KAU YANG KACAU AKU! "

"MANA ADA, ANAK BONGSU SELALU BETUL"

riuh suasana kereta itu dengan suara teriakan dua kaum adam itu. Puan Nora hanya menggeleng kepalanya apabila mendengar teriakan anak-anaknya.

- kebahagiaan itu milik kita berdua -

Vote and comment❤

Aye back dari hiatus exam!!

new noted :

Aq baru perasan aq ter unpublish tadi :D 

EFTYCHIA  ིྀ Mark LeeWhere stories live. Discover now