Pintu rumah dibuka perlahan oleh Haikal. Dia memberi salam dan terus menapak masuk ke dalam rumah ibu bapanya. Kakinya ingin menuju ke arah tangga tetapi terbantut apabila melihat ibunya sedang berada di ruang tamu. Haikal membatalkan niatnya untuk masuk ke bilik dan terus kakinya melangkah menuju ke ibunya.
"Mama" panggil Haikal seraya melabuhkan punggung di sebelah Puan Nora. Puan Nora memandang ke arah Haikal dan mengukirkan senyuman nipis.
"Kenapa Ekal? " tanya Puan Nora. Haikal mengetap bibir sehingga pipi separa tembamnya mengembung. Tabiatnya apabila dia teragak-agak untuk memberitahu sesuatu.
"Mama, Ekal rasa hati ni bakal dimiliki seorang perempuan lah mama. " balas Haikal. Puan Nora menatap anak bongsunya dengan tatapan terkejut.
"Siapa perempuan tu"
"Macam ni, pagi tadi masa Ekal pergi berjoging. Ekal ada langgar seorang perempuan ni, perempuan tu marah-marah Ekal sebab Ekal tak minta maaf. Bukan salah Ekal, dia yang tak pandang depan masa berlari. Jadi Ekal pergi je lah tinggalkan dia. Tapi hati Ekal ni rasa nak kenal dia lebih dalam."
Cerita Haikal dengan nada lembut. Dia menyengir apabila mengingati wajah gadis itu. Tetapi lamunannya segera berhenti apabila suara kereta kedengaran di luar, terus Haikal bangkit dan berlari menuju ke arah pintu rumah.
Kelihatan abangnya keluar dari kereta bersama beberapa plastik di tangan. Mata Haikal sudah bersinar dan berharap abangnya ada beli sesuatu untuknya.
Hanan berjalan menuju ke pintu rumah dan melihat adiknya telah menunggunya. Tatapan datar di berikan kepada adiknya.
"Abang ada belikan sesuatu untuk Ekal ke? " tanya Haikal dengan nada suara yang sengaja dikecilkan. Hanan memutarkan matanya ke atas setelah tahu apa makna adiknya menunggunya.
"Kau ada duit, beli lah barang sendiri. " balas Hanan dan menolak Haikal perlahan untuk memberikan ruang untuk dia melangkah masuk. Haikal memandang Hanan dengan tatapan tidak percaya.
Dia kena tolak macam tu je!?
"Mama! Tengok abang ni, tolak Ekal kuat-kuat" adu Haikal dengan mimik muka sedih kepada ibunya. Puan Nora memandang ke arah Hanan.
"Hanan" panggil Puan Nora dengan nada meleret. Hanan menghentikan langkahnya.
"Mama, abang tolak dia perlahan je sebab nak masuk. Yang dia pergi duduk depan pintu dah kenapa. Mengada je budak ni" ujar Hanan. Haikal tersengih.
"Alaa, macam abang tak kenal adik sendiri je"
"Ergh , annoying"
" MAMA TENGOK ABANG! "
"KAU NI SIKIT-SIKIT NAK MENGADU DAH KENAPA"
"Hey hey jangan gaduh" lerai Puan Nora yang sudah lali dengan sikap dua teruna yang dijaganya. Sering bergaduh macam tiada hari esok. Hanan menjeling Haikal dan Haikal menjelir lidah.
"Hailah anak"
ིྀ
Meow meow
Seekor kucing gebu berwarna putih bermata biru berada di dalam dukungan Aulia. Bulu putih itu di usap oleh gadis itu semasa duduk di sebuah bangku yang berada di halaman rumahnya.
Tiba-tiba kereta Audi berwarna hitam masuk ke dalam rumah sederhana besar itu dan dilihat oleh Aulia. Dia tahu siapa pemilik kereta itu melainkan kalau tidak bukan abang tirinya.
Pintu kereta di buka dan Raiz menapak keluar dari perut kereta itu. Dia menguak rambut depannya ke belakang. Aulia mengaku yang abang tirinya itu terlalu handsome sampaikan ada yang berkenan.
Dugaan ada abang hensem.
Raiz perasan yang Aulia berada di halaman rumah. Niatnya mahu mendekati adik tirinya tetapi membatalkan niatnya memandangkan tidak mahu mood Aulia mati begitu saja.
Tetapi lain yang jadinya apabila Aulia menghampirinya. Wajah datar sering menghiasi wajah cantik itu.
"Lauk dah Aulia panaskan, pandai-pandailah abang cari makan" ujar Aulia sebelum menapak masuk ke dalam rumah meninggalkan lelaki itu. Raiz terpana apabila ini kali pertama Aulia menegurnya dahulu. Sebelum ini hanya dia yang beria menegur sapa.
Raiz menutup pintu kereta dan menguncinya, segera kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam rumah itu dan menuju ke biliknya untuk membersihkan dirinya. Sudah belengas badannya seharian berada di tempat kerja.
Aulia melepaskan kucing yang di beri nama sebagai Snowy disebabkan warna bulu serta matanya. Dia menuju ke belakang rumah dan melihat baju yang berada di dalam mesin basuh belum dijemur lagi.
Sudah alang-alang dia merasakan bosan, terus bakul biru yang terletak di atas meja plastik di ambil dan menuju ke mesin basuh. Baju-baju yang sudah di basuh dikeluarkan dan mengasingkannya. Selepas mengasingkan, terus dia bawa bakul menuju ke ampaian dan melakukan kerja menyidai.
Ini lah calon menantu yang sesuai
- kebahagiaan itu milik kita berdua -
So ini last chap before aku hiat sementara. So sorry if tak best ^^
Vote and comment❤
YOU ARE READING
EFTYCHIA ིྀ Mark Lee
Fanfiction_ Eutychia, phonetically transliterated as Eftychia (/ˌɛftiˈhiːə/; Greek: ευτυχία) is a Greek female given name, meaning "happiness". _ Aulia Eftychia tak percaya akan sebalik nama keduanya. Eftychia yang bermaksud kebahagiaan yang berasal d...