Haikal memungut kayu reput yang bersepah di halaman belakang untuk dikumpulkan pada satu tempat untuk dijadikan bahan api untuk memasak rendang. Mahen yang sedang memotong daging memandang lelaki berkulit tan itu.
"Ini salah posisi ni, patutnya aku yang cari kayu. " keluh Mahen sambil memotong daging itu ala kadar. Dapat dilihat daging yang dipotongnya senget-benget.
"MAHEN! " Mahen mengangkat kepalanya dan melihat ibunya yang sudah bercekak pinggang. Dia tersengih.
"Apa senget-benget awak potong tu, mama dah ajarkan potong ikut urat daging tu. Ni dah lari dari urat ni. " bebel Puan Maria melihat kelakuan anak tunggalnya. Mahen melepaskan pisau yang dipegangnya dan memandang ibunya.
"Haikal je yang pandai potong ni ma, patutnya Mahen yang pergi cari kayu bukan Haikal. " rengek Mahen.
"Nak harapkan Haikal sahaja awak ni, sampai bila nak pandai? Kalau awak kahwin dengan perempuan tunggal, nanti awak juga kena potong daging. " bebel Puan Maria lagi , dia merampas pisau lalu menunjukkan Mahen tutorial untuk memotong daging itu.
Haikal yang dari tadi asyik mendengar namanya disebut memandang anak-beranak itu dengan tetapan hairan.
"Aku diam pun kena mention ke? " ujar Haikal sambil mencampak kayu terakhir ke arah longgokan kayu itu sebelum menghampiri Mahen.
"Kenapa ni mama? " tanya Haikal sambil duduk di sebelah Mahen. Puan Maria menunjukkan daging yang dipotong oleh Mahen. Haikal terus melihat daging itu lalu ketawa terbahak-bahak. Mahen cemberut apabila melihat reaksi Haikal.
"Ni mesti potong tak ikut urat an, hahaha.. " Haikal mengelap air mata yang keluar dari tubir matanya.
"Patutnya ni kerja kau tau, bukan kerja aku. " ujar Mahen. Haikal menjelir lidahnya.
"Tolong lah. " rengek Mahen.
"Taknak, nak video call dengan Aulia. " ejek Haikal. Puan Maria memandang Haikal.
"Siapa Aulia, Haikal? " tanya Puan Maria. Haikal menatap wanita paruh baya itu. Dia tersenyum nipis.
"Bakal girlfriend Haikal, mama. " balas Mahen. Haikal mencubit Mahen.
"Salah, bakal isteri. Kitaorang nak terus kahwin, tak nak couple" ujar Haikal. Puan Maria ketawa kecil.
"Iyalah Haikal, baik budaknya? "
"Eumh, dia baik tapi dia dingin. Jual mahal, cantik. She not a girl but a woman. " ujar Haikal sambil tersengih-sengih.
"Wow, seem like dia berjaya tawan hati buaya Haikal lah ni. " usik Puan Maria. Haikal mengangguk-angguk.
"Mama.. " panggil Haikal. Puan Maria memandang rakan anaknya yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri.
"Kalau apa-apa terjadi waktu Haikal kahwin, tak kisah lah dengan Aulia ke perempuan lain. Izinkan Mahen untuk gantikan tempat Haikal, sebab Haikal percaya kan Mahen untuk jaga cinta hati Haikal. " pinta Haikal. Puan Maria menatap Haikal dengan wajah hairan.
"Kenapa tiba-tiba Haikal cakap macam tu, Haikal takkan terjadi apa-apa lah. " ujar Puan Maria. Hatinya merasakan sesuatu. Dari segi wajah pucat Haikal pun dia sudah berfikir bukan-bukan.
"Mama izinkan tak, percaya lah. Kalau Haikal pilih perempuan tu, baiklah dia . "
"Sudah lah Haikal, jangan lah cakap macam tu lagi. Ni kali ketiga dah kau cakap macam ni, kau ada sorok sesuatu dari aku ke? " tanya Mahen dan menatap mata Haikal. Haikal menggelengkan kepalanya.
"Aku tak sorok apa-apa pun lah, aku sihat je. " balas Haikal. Dia terbatuk kecil lalu tersenyum manis. Puan Maria memandang Haikal dengan tatapan teduh.
"Haikal jangan berahsia tau, kamu kena ingat kami berdua pun keluarga kamu juga. " ujar Puan Maria. Haikal mengangguk kecil.
"Haikal tau mama, mama jangan risau okay. "
♡
Nerina memandang Haikal yang sedang ketawa di hadapan skrin telefon yang dipegangnya. Gadis itu menatap sosok disebalik skrin itu dan mendecak kecil.
"Apa kurangnya aku eh sampai abang Haikal tak nak pandang aku. " cibir Nerina. Dia berjalan menghampiri Haikal dan berdehem kecil.
Haikal memalingkan wajahnya memandang Nerina dan mengeluh kasar. Wajah dinginnya terpapar di wajah tampannya. Nerina tersenyum kecil.
"Abang buat apa dekat sini, kenapa tak masuk dalam? " tanya Nerina. Haikal memutar matanya malas.
"suka hati aku lah. " balas Haikal dan memandang skrin telefonnya.
"Siapa tu awak, kasarnya cara awak balas tu. " tegur Aulia. Haikal tersengih.
"Sepupu Mahen, saya kan memang macam ni." ujar Haikal dan berjalan kecil menuju ke arah Mahen yang sedang memungut buah rambutan yang berselerak di atas tanah tanpa menghiraukan Nerina yang sudah memandang dengan tatapan geram.
"Haikal, tolong aku pungut buah buah ni. " pinta Mahen sambil mengelap peluh di dahinya menggunakan belakang tangannya. Haikal mengangguk dan meletakkan telefonnya menyandar di badan pasu dan tersenyum ke arah Aulia yang sedang menatapnya.
"Sekejap ya, saya nak tolong Mahen. " ujar Haikal dan diangguki oleh Aulia.
"Video call lagi? " soal Mahen. Haikal mengangguk dan tersengih.
"Aku tak boleh lah lepas dari Aulia, dia ada aura buat aku nak berkepit dengan dia je. " balas Haikal sambil memunggut buah rambutan dan masuk ke dalam bakul rotan. Mahen mengangguk kecil. Tak kisah kalau itu kebahagiaan rakannya.
"Kalau kahwin tu ajak aku, kasi jadi. " ujar Mahen. Haikal memandang Mahen, dia membaling rambutan itu ke arah Mahen dan menjeling tajam.
"Baik tak yah berkawan Hen . " sinis Haikal. Mahen ketawa kecil.
"Tak sangka aku, kawan aku yang paling nakal dah jumpa jodohnya. "
"Kau kena lah cari perempuan juga Mahen, boleh double majlis hehe. "
Mahen nenatap Haikal dan menggeleng kecil.
"Aku nak fokus belajar dulu, banyak komitmen kalau dah mula berhubungan. Kau taukan aku kalau dah mula study. Takut pasangan aku nanti tak boleh tahan. " ujar Mahen. Haikal mengangguk.
"Susahnya jadi pemuzik. " Mahen tersenyum.
"Sikit lah. "
Mahen dan Haikal ketawa bersama-sama dan menyambung kembali kerja mereka memunggut buah rambutan itu.
to be continue
YOU ARE READING
EFTYCHIA ིྀ Mark Lee
Fanfiction_ Eutychia, phonetically transliterated as Eftychia (/ˌɛftiˈhiːə/; Greek: ευτυχία) is a Greek female given name, meaning "happiness". _ Aulia Eftychia tak percaya akan sebalik nama keduanya. Eftychia yang bermaksud kebahagiaan yang berasal d...