13

14 1 0
                                    

" I might, I might kill my ex ... not the best idea.... his new girlfriend's next , how'd i get here..." suara merdu Haikal  memenuhi ruangan dapur itu. Tangannya lincah memasukkan bahan masakan ke dalam kuali yang sedang mendidih. 

"Kau tengah masak apa?" satu suara menghentikan nyanyian Haikal, lelaki itu berpaling ke belakang dan melihat Hanan yang sedang membuka pintu peti ais. Haikal mengelipkan matanya lalu memandang ke arah masakannya.

"Maggie?" ujar Haikal dan Hanan memandang adiknya. Reaksi datar terpampang di wajah tampan lelaki itu.

"Ibu dah masak, kau masak maggie. Memang nak ibu membebel ke" Haikal tersengih mendengar bebelan abangnya, tangannya memusingkan tombol api dapurnya lalu mematikan apinya  dan dirinya melangkah menuju ke arah almari yang menyimpan mangkuk-mangkuk lalu mengeluarkan satu mangkuk yang bercorak bunga.

"Kata je lah kau nak bang, masak sendiri eh aku dah tak rajin" kata Haikal lalu memegang tangkai periuk dan menuangkan perlahan mi segera itu ke dalam mangkuk itu tanpa mengetahui bahawa mangkuk itu adalah pengantaraan hidup dan matinya.

Hanan mengekek kecil lalu duduk di hadapan adiknya dan menopang dagu memandang adiknya. Matanya sengaja dikelipkan beberapa kali dan kelakuannya dipandang jengkel oleh Haikal.

 Matanya sengaja dikelipkan beberapa kali dan kelakuannya dipandang jengkel oleh Haikal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Masak lah sendiri, penat tau Haikal masak pahtu sukahati kau je nak minta sikit. Dahlah mi dia sikit je, kalau banyak tak apalah juga" bebel Haikal dan mengaul mi nya dengan kuahya. Hanan memutarkan matanya dan menarik mangkuk yang berisi mi itu dan menggulung mi itu lalu tanpa meniupnya, mi itu berjaya masuk ke dalam mulut Hanan.

"ABANG HANAN!!" teriak Haikal dan wajah pasrah terpapar di wajahnya.

"Sedap tho kau  masak, kau masak yang baru eh" ujar Hanan tanpa  rasa bersalah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sedap tho kau  masak, kau masak yang baru eh" ujar Hanan tanpa  rasa bersalah. Haikal mengusap dadanya menahan rasa amarahnya pada abang di hadapannya. Tiba-tiba dia mendapat akal.

"hmm makan lah, jangan lupa bismillah" Hanan memandang Haikal dengan tatapan keliru. Haikal bangun dari kerusinya lalu berjalan pergi naik ke atas.

Beberapa minit kemudian, tapak kaki mula kedengaran turun ke dapur. Hanan memandang ke arah pintu dapur dan dalam keadaan mi di dalam mulut, dia tergamam melihat ibunya berada di pintu dapur sambil bercekak pinggang dengan Haikal dibelakangnya dengan senyuman nakalnya.

EFTYCHIA  ིྀ Mark LeeWhere stories live. Discover now