Tok tok!
Raiz membuka pintu biliknya setelah ada seseorang mengetuk pintu. Aulia yang berada di hadapannya di pandang.
"Kenapa? " tanya Raiz. Aulia mengemam bibirnya.
"Nak jumpa abang kejap dekat luar" balas Aulia. Raiz mengerutkan dahinya.
"Dekat bili-"
"Abang bukan abang kandung Aulia, jadi faham faham lah. Aulia belum percayakan abang seratus peratus lagi" pintas Aulia. Raiz mengangguk. Dia keluar dari biliknya dan menutup pintu.
Mereka berdua berjalan menuju ke halaman rumah. Mereka berdua duduk di sebuah buaian besi yang ada dua tempat duduk. Mereka duduk berhadapan.
"Kenapa Aulia nak jumpa abang? " tanya Raiz.
"Abang kenal Haikal berapa lama? "
Raiz mengangkat keningnya. Dia mengukir senyuman senget. Aulia yang menyedari segera menyangkal fikiran lelaki di hadapannya.
"Bukan apa yang abang fikir okay! Aulia tanya je" ujar Aulia seraya menyilangkan tangannya ke dadanya. Raiz tertawa kecil.
"Abang kenal dia dari kecil, maksudnya masa abang dia dengan abang masih sekolah rendah. Haikal boleh kira memang nakal but the same time, dia care dengan orang yang dia rapat. Lagi satu, dia tu susah nak mengalah sebab tu kalau Aulia cuba lawan debat dengan dia. Susah nak menang. Secara ringkasnya, dia memang sesuai jadi boyfriend." terang Raiz. Aulia menyipitkan matanya.
"Abang memang harap dia jadi boyfriend Aulia ke? "
"Haah, sebab abang tahu dia boleh jaga Aulia."
Aulia mendecit halus. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia terkesan cara Haikal layan dia. Lembut. Penuh dengan senyuman.
"Aulia cuba lah berkawan dengan dia. Percaya lah, dia boleh layan Aulia dengan baik" tutur Raiz. Aulia mengangguk seraya mengukirkan senyuman nipis.
ིྀ
"
Haikal Faiz" Haikal mengangkat kepalanya memandang ke arah Hanan.
"Apa panggil nama penuh Ekal"
"Kau cuba nak ambil hati adik si Raiz? " Haikal memutarkan matanya ke atas. Apa masalah abang dia ni?
"Kalau ya kenapa? " soal Haikal kembali. Hanan melabuhkan punggungnya di sebelah Haikal.
"Kau serius" Haikal mendecit. Dia bangkit dari posisi meniarapnya.
"Kau takut aku permainkan perempuan? "
"Haikal aku-"
"Tolong lah bang, tu zaman aku masih sekolah. Masih tak betul otaknya. Aku betul-betul sukakan Aulia, tolong lah jangan pertikaikan perbuatan aku. Kalau kau tak suka, just diam dan buat hal kau sendiri " ujar Haikal seraya menjeling tajam ke arah Hanan. Buku-buku yang berselerak di atas lantai bilik itu di kutip lalu mengemaskannya.
Ya dia ulang kaji di atas lantai bukan dekat meja. Itu keselesaannya.
"Haikal aku bukan tak nak pertikaian kan tapi-"
"Sebab aku berpenyakitan? Tak layak untuk jatuh cinta? "
Hanan meraup wajahnya. Bukan itu dia maksudkan. Haikal ketawa sinis.
"Keluar lah, makin lama aku makin menyampah kau ada dalam bilik ni." halau Haikal lalu melempar bukunya ke atas meja. Dia menatap datar ke arah abangnya. Dirinya betul-betul tiada mood sekarang.
"Kau nak aku heret kau keluar dari bilik aku ke Hanan Emir? " soal Haikal. Hanan melangkah keluar dan memegang tombol pintu.
"Abang minta maaf, abang cuma risau keadaan Haikal tu je. Maaf lah kalau pertanyaan abang buat Haikal kecil hati. Abang sayang Haikal walaupun layanan abang ke Haikal terlalu kasar. Selamat malam" selepas mengatakan kata-kata itu , Hanan menutup pintu dan pergi ke biliknya.
Haikal memejam matanya lalu melepaskan keluhan berat. Dia bukan kecil hati cuma tercabar dengan kata-kata abangnya. Hanya sebab dia ada kisah silam yang buruk , abangnya perlu meragui nya untuk dapatkan hati seorang gadis?
"Boleh ke aku dapatkan hati Aulia? "
"Panjangkan lah umur aku Ya Allah , biar lah aku merasakan kebahagiaan aku sementara"
Senyuman nipis terpapar di wajahnya.
"Aku sayang dia sangat walaupun aku baru mengenalinya."
-kebahagiaan itu milik kita berdua -
Vote and comment🌹
YOU ARE READING
EFTYCHIA ིྀ Mark Lee
Fanfic_ Eutychia, phonetically transliterated as Eftychia (/ˌɛftiˈhiːə/; Greek: ευτυχία) is a Greek female given name, meaning "happiness". _ Aulia Eftychia tak percaya akan sebalik nama keduanya. Eftychia yang bermaksud kebahagiaan yang berasal d...