02

23 5 0
                                    

"yow bro "

Mahen mengangkat kepala dan berjabat tangan dengan rakan baiknya daripada zaman sekolah. Haikal menarik kerusi yang berada di hadapan Mahen lalu melabuhkan punggung di atas kerusi besi itu. Air teh tarik yang terhidang di hadapan Mahen di ambil sebelum meneguk perlahan. Mahen menatap Haikal dengan tatapan tidak percaya.

"Air aku tu" Haikal menarik senyuman tidak bersalahnya.  Mahen melepaskan keluhan pasrahnya. Sudah lali dengan sikap Haikal yang random itu.

"Mahen, nak dengar cerita tak? " Mahen mengangguk.

"Tadi, aku ada langgar seorang perempuan masa aku berjoging tadi. Lepastu dia marah aku sebab aku yang langgar dia padahal dia yang langgar aku sebab lari tak pandang hadapan." cerita Haikal. Mahen hanya menadah telinga mendengar cerita dari lelaki berkulit tan itu.

"Lepastu kau buat apa? "

"Dia suruh aku minta maaf, tapi aku tak nak. Jadi aku pun blah dari situ. Apa ingat perempuan je nak menang ke"

Mahen ketawa mendengar cerita dari Haikal. Dia tahu perangai Haikal yang tak mahu kalah dengan mana-mana jantina. Selagi boleh debat , lagi semangat dia nak mempertahankan diri. 

"By the way Mahen, dia tu tahan juga cantik bila marah. Haih, rasa nak berkenalan dengan dia pula" ujar Haikal sambil menyandarkan badannya. Dia tersenyum apabila mengingati wajah yang kini menjadi kaset rosak didalam kepalanya. Asyik terbayang je.

Mahen menggulingkan matanya tanda menyampah.

"Paling paling pun kau kecewakan perempuan, aku bukan kenal kau semalam tahu. Ramai dah perempuan kena dengan kau" terus mati senyuman Haikal apabila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir tipis itu.

"Haih, itu kisah zaman sekolah ya. Aku rasa aku betul-betul nak berkenalan dengan dia. Kau doa-doa jelah aku ni dapat jumpa dia lagi" Mahen memaksa dirinya untuk mengangguk.

Apa-apa jelah Haikal, asalkan kau tak memain sudah.

ིྀ

"Barista! One coffe latte ice and one matcha ice with cream. Ice too. " arah Raiz kepada pekerjanya yang bekerja sebagai  barista di sana. Jari runcingnya menekan-nekan layar tablet di atas meja kaunter itu memasukkan nama pelanggannya.

Suasana riuh yang berada di dalam Neo'z cafè itu tidak menganggu langsung pelanggan yang berada di dalam. Raiz sebagai pemilik kafe itu hanya mampu menengok sekumpulan murid sekolah melepak di dalam kafenya. Baginya itu bukan satu masalah kerana dirinya juga begitu saat bersekolah dahulu.

Dua cawan air kini berada di atas kaunter. Raiz mengambil pen penanda lalu menulis nama pemilik air itu. Dia mengekek ketawa apabila ada setengah pelanggan meletakkan nama artis sebagai nama yang bakal di tulis di badan cawan.

"Hanan! Your coffe latte ice and matcha ice with cream is done. Please take your order now" teriak Raiz sekali lagi. Datang seorang lelaki ke arah kaunter. Raiz mengangkat kepala dan terkejut melihat rakan lamanya ada di hadapannya.

"Hanan? Wah dah lama tak jumpa kau"

Hanan hanya menggosok belakang lehernya segan. Dia hanya mengukirkan senyuman manis.

"Kau sihat? " tanya Hanan.

"Macam ini lah Nan." balas Raiz. Hanan ketawa kecil. Dia menghulurkan duit dan membayar air yang di pesannya.

"Kalau ada masa kita jumpa lah ya Raiz , aku kena gerak dulu. Bye"

Raiz mengangguk lalu melihat kelibat Hanan mula keluar dari kafenya. Dia mula menyambung kerjanya dan menunggu pelanggan tiba. 

ིྀ

"

Eftychia, ibu masuk ya" Puan Aina meminta izin kepada anaknya untuk masuk ke dalam bilik Aulia. Selepas mendapat izin, Puan Aina menguak pintu dan melihat Aulia sedang berbaring di atas katil.

"Eftychia  tak nak makan ke? " tanya Puan Aina seraya melabuhkan punggung di tepi katil. Aulia menggelengkan kepalanya .

"Aulia tiada mood  nak makan. Tapi ibu tinggal kan lauk tu tau, jangan bagi sesiapa makan. " Puan Aina mengangguk lalu mengukir senyuman untuk anaknyan

"Eftychia tadi kenapa badmood semacam? Kamu okay ke tak"

Aulia merungut kesal. Dia bingkas mengubah posisi dan duduk menghadap ibunya.

"Aulia geram tau tak ibu! Tadi masa Aulia joging, ada seorang mamat ni langgar Aulia pahtu salahkan Aulia pula. Padahal dia yang langgar Aulia dulu" terus Aulia mengadu apa yang terjadi pada pagi tadi. Puan Aina ketawa kecil.

"Patut lah anak ibu marah semacam rupanya geram dengan orang? Dah jangan marahkan orang lama-lama, nanti jodoh tahu lah"

"Ibu ni!"

Puan Aina ketawa, Aulia memuncung sebelum memeluk pinggang ibunya. Dagunya di letakkan pada bahu ibunya.

"Ibu, Aulia rindu papa. Papa tak rindu Aulia ke ibu? " tanya Aulia dengan wajah murung. Puan Aina memegang lengan anaknya dan mengusapnya.

"Mestilah papa rindukan anak dara dia yang seorang ni. Mungkin papa sibuk sebab tu tak sempat nak jumpa kamu. " balas Puan Aina. Aulia mengeluh.

"Kalau ayah Rizal tak hadir dalam kehidupan ibu mesti papa dengan ibu masih bersama. "

"Jangan salahkan takdir sayang, mungkin ibu dengan papa tiada jodoh. Belajar terima ayah Rizal sebagai ahli keluarga kita. Abang Raiz juga"

Aulia hanya mengiyakan kata-kata ibunya.

"Kamu hormat diaorang pun ibu dah happy , sebenci-benci mana pun kamu terhadap diaorang jangan sesekali kurang ajar . Mereka pun ada tahap kesabaran tahu. Dengar pesanan ibu ni"

"Baiklah ibu, Aulia dengar. "

Puan Aina menarik kepala Aulia dan mengucup ubun-ubun anaknya. Aulia membiarkan perbuatan ibunya.

"Aulia sayangkan ibu"

"Ibu pun sayang Eftychia"

- kebahagiaan itu milik kita berdua -

Vote and comment ❤



EFTYCHIA  ིྀ Mark LeeWhere stories live. Discover now