DI PLANET BARAJU
BAHAGIAN TENGAH KHATULISTIWA
.
YUNNNNGGG!!!
BOBOIBOY: Aarrgghh!!!
Tiba -tiba ada anak panah datang ke arah boboiboy. Anak panah itu tepat kena ke badannya dan terus membuat Boboiboy jatuh ke tanah.
.
THUD!
.
Amato dan Fang yang sedang membaiki kapal angkasa dan Geng kokotiam yang sedang berehat di bawah pokok terus bangun dan terkejut melihat apa yang terjadi.
Mechabot yang berada di atas pokok tengah ambik buah kelapa terus turun ke sisi tuannya Amato.
SEMUA KECUALI BOBOIBOY: Boboiboyyy!!!
Mereka semua ingin lari ke arah Boboiboy tapi pergerakan mereka terhenti apabila tiba-tiba muncul lagi satu anak panah tepat di depan mereka. Anak panah itu terus terpacak ke tanah dan meletup.
.
BOOMMM!!!
.
Letupan itu membuatkan Amato, Mechabot dan Geng kokotiam tercampak ke belakang. Mereka semua tidak bersedia langsung.
SEMUA KECUALI BOBOIBOY: Aaaarrggghhh!!!
Boboiboy yang melihat apa terjadi tidak mampu bergerak, pandangan matanya menjadi semakin kabur.
BOBOIBOY: Uuurghh.... jangan....
Boboiboy terasa badan nya diangkat dan ingin melihat orang yang mengangkat nya tetapi Boboiboy tidak mempunyai tenaga.
AMATO: Boboiboy!!!
Pandangan Boboiboy bertambah kabur, sebelum Boboiboy menutup matanya, benda terakhir yang dia lihat adalah muka ayah nya yang penuh kerisauan.
.
.
.
.
.
DUA JAM SEBELUM KEJADIAN
.
Kapal angkasa mendarat di planet Baraju. Mereka mendarat di kawasan neutral antara Puak bara dan Puak salju.
Kawasan neutral ini dinamakan kawasan khatulistiwa di mana musim sejuk dan musim panas berada pada paras yang selamat.
GOPAL: Akhirnya sampai pun, huuu.. *mengeliat* susah betul nak pergi ke planet ni.
YING: Ya loo kita kena masuk atmosfera planet Baraju yang sentiasa berubah suhu.
YAYA: Tu laa nasib baik kapal angkasa dapat bertahan dan mendarat dengan selamat.
Mechabot yang melihat Yaya, Ying dan Gopal berborak terus masuk mencelah antara mereke.
MECHABOT: Kat sini memang macam ni... sebab planet ni terbahagi dua benua yang ada suhu yang berbeza.
YAYA/ YING/ GOPAL: Oooo....
MECHABOT: Alaahhh nanti korang biasa la tu.
Boboiboy yang baru turun dengan muka kurang sihat, membuatkan Ochobot kawan baiknya risau kan keadaan dia.
OCHOBOT: Boboiboy kau okay tak? dari tadi nampak kau diam je.
BOBOIBOY: Aku okay Ochobot... mungkin keadaan di sini effect keadaan dalam kapal angkasa tadi, sebab tu kot yang buat aku tak selesa sikit. *senyum*
YOU ARE READING
GONE *Complete*
Fanfiction♡ COMPLETE ♡ Malay language ♡ Siblings relationships ♡ Best friend relationships ♡ Family relationships Selepas Boboiboy mengalahkan retakka Boboiboy merasakan ada yang kurang di dalam dirinya Boboiboy semakin yakin... . Ini menyebabkan Boboiboy ris...