THE LAST CHAPTER
.
Semua elementals terkejut mendengar apa yang Boboiboy baru cakap. Reverse dah takda apa maksud Boboiboy.
.
AMATO: Sama ada kamu atau dia Boboiboy... itu je pilihan yang kita ada...
BOBOIBOY: Tak!! sentiasa ada jalan lain! mesti ada bukan macam ni! tak... tak.... tak.. *ketuk kepala*
ARDINI: Berhenti sayang jangan sakitkan diri macam ni *peluk* sorry... ibu ayah minta maaf... tapi ini keputusan Reverse sendiri.
Boboiboy yang marah dengan keputusan Reverse, menolak-nolak dan menepuk-nepuk ibunya menahan dirinya dari menangis.
.
Mechabot muncul di belakang mereka sambil memengang remote control seperti menunggu sesuatu.
MECHABOT: Baik bagi dia tengok video tu... Boboiboy akan faham.
AMATO: Haa.. baiklah... kau pasangkan sekarang Mechabot.
Mechabot menekan butang dan muncul skrin besar di depan mereka, Mechabot memasang video rakaman itu di skrin.
.
.
.
.
.
RAKAMAN VIDEO BERMULA
.
######
REVERSE: Aaa... aa... benda ni dah pasang ke? *tengok kamera*
ARDINI: Eh jap ibu tengok.
.
Boboiboy yang mendengar suara Reverse terus terdiam, Ardini melepaskan Boboiboy dari pelukannya setelah menyedari anaknya kembali bertenang.
Boboiboy memandang skrin yang ada wajah Reverse yang sedang duduk di depan kamera. Muka Reverse yang gembira membuat Boboiboy bertambah sedih.
Nampaknya Reverse telah merakam dirinya untuk ditunjukkan pada Boboiboy.
Boboiboy menguatkan dirinya, dia mengambil kerusi dan duduk, Elementals yang lain ikut Boboiboy duduk di kerusi dan mereka semua memandang skrin bersama-sama.
.
ARDINI: Dah play laa... cepat Reverse! kamu boleh! *bagi semangat*
REVERSE: Ibu malu laa macam ni... *tutup muka*
ARDINI: Alaaa nak malu apa... dah cepat Boboiboy tunggu tu... *buka pintu* ibu tunggu kat luar okay.
REVERSE: Hehe Okay... ehem... Aaa..... Aa..... *test mic* hi Boboiboy... Hehe...*garu pipi*
Boboiboy yang melihat perangai Reverse yang malu-malu seperti melihat dirinya sendiri.
.
REVERSE: Emm... kalau kau tengok video ni maksudnya aku dah takda haha surprise!
Reak wajah Boboiboy tidak berubah, tetapi hatinya mula merasa sakit, dia fokus melihat Reverse bercakap.
.
REVERSE: Mesti kau marah kat aku sebab buat keputusan macam ni, sebab aku tau reaksi kau akan macam tu laa, aku terpaksa buat jahat dengan kau sikit hehe. *rasa bersalah*
Elementals tiba-tiba rasa marah bila teringat apa yang Reverse buat pada Boboiboy di biliknya beberapa minggu lepas.
.
YOU ARE READING
GONE *Complete*
Fanfiction♡ COMPLETE ♡ Malay language ♡ Siblings relationships ♡ Best friend relationships ♡ Family relationships Selepas Boboiboy mengalahkan retakka Boboiboy merasakan ada yang kurang di dalam dirinya Boboiboy semakin yakin... . Ini menyebabkan Boboiboy ris...