Sinopsis

192 28 8
                                    

Hubungan kekeluargaan yang tidak baik.
Dikelilingi dengan orang yang toksik.
Hidupnya memang penuh dengan pelbagai dugaan yang datangnya daripada manusia.

Tunang?

Kantoi curang saat dia berjalan-jalan di Bukit Bintang seorang diri. Dia tidak tahu apa yang perlu dia rasa saat itu. Hati yang sedia hancur menjadi sehancur-hancurnya.

Dia membawa diri dengan fikiran yang kosong. Hatinya jadi mati. Rasa ingin bunuh diri membuak-buak.

"Tolong bunuh saya."

"Kau pasti?"

Sangkanya dia sudah mati saat bahunya ditikam tetapi dia masih hidup. Bau ubat kuat menusuk ke rongga hidungnya. Dia berada di hospital. Dia tidak ingat siapa lelaki yang dijumpainya itu.

Dia mengambil mc dan hantar ke pihak atasannya bahawa dia tidak dapat masuk kerja. Dia anggap Tuhan masih memberi peluang untuknya bernafas di muka bumi ini lagi.

Kehidupannya dijalani dengan sabar dan tabah sehingga dia sudah biasa untuk berhadapan pelbagai masalah dengan tenang.

Tanpa dia sedar, seseorang memerhatikannya daripada jauh. Setiap hari tanpa lepas. Kegiatan dan aktiviti dia semua diketahui.

"I want you to be my wife."

"I'm so sorry, saya khilaf sebab curang dengan awak."

"Aku bekas isteri dia. Diorang anak-anak aku dan aku lebih berhak ke atas mereka!"

Hah sudah, makin pening jadinya apabila masalah baru pula yang muncul. Akan tetapi dia hadap dengan sangat tenang.

Orang jentik dia, dia jentik dua kali ganda.
Dia bukan seorang yang lemah!














Hello hello hello
I'm back guys ≧∇≦

Untuk pengetahuan saya pun tak tahu ni genre apa sebab idea tiba-tiba datang sekilas. Jadi, saya hanya ikut apa yang terlintas dalam fikiran saya ya.

Harap korang boleh enjoy cerita ni pula (●´з')♡













GADIS ITU MILIK AKUWhere stories live. Discover now