Bab 13

172 23 6
                                    

"Mana Haidar?" Soal Hafzan apabila kelibat adik bongsu tidak kelihatan.

"Tak turun lagi." Jawab Hafiy.

"Eh? Yeke?" Hafzan pelik. Sebelum dia turun takde pula dia dengar suara Haidar dalam bilik. Dia sangkakan Haidar sudah turun terlebih dahulu. Tidak berkata apa-apa dia naik ke atas untuk memanggil Haidar untuk turun makan.

Hafiy yang baru mahu duduk tidak jadi apabila suara Hafzan melaung memanggil namanya. Terus dia berlari naik ke atas.

"What happen?" Soal Hafiy sebaik saja tiba di depan pintu bilik Haidar.

"Haidar demam panas!"

Hafiy terus masuk. Haidar yang berselubung dengan selimut dihampiri.

"Haidar..."

"Ermm.." Haidar merengek kecil.

"Haidar demam ni. Jom pergi klinik?"

"Urmmm tak nak... Nak mama..." Rengek Haidar dengan suara serak. Matanya mula berlinang dengan air mata.

Hafiy dan Hafzan saling berpandangan.

"Ada apa ni?"

Khair yang berdiri tegak di depan muka pintu dipandang. Khair menjongket kening memandang mereka berdua dengan pelik.

"Papa, Haidar demam panas ni."

Dengar perkara itu Khair laju menghampiri Haidar. Selimut yang menyelubungi Haidar direntap lembut. Haidar merengek kecil. Tak suka apabila ada yang mengganggu lenanya. Khair melekapkan belakang tapak tangannya pada dahi Haidar. Panas!

"Haidar, wake up. Haidar demam ni. Kita pergi klinik." Tutur Khair lembut.

"Urmm tak nak..." Balas Haidar perlahan. Dia kembali menarik selimutnya menutup wajahnya.

Hafiy dan Hafzan pandang sesama mereka.

"Papa, Haidar tadi merengek nak jumpa mama. Mungkin Haidar nak jumpa Shaquilla tu kut?"

"Tiba-tiba?"

Hafzan angguk. Dia teragak-agak mahu menceritakan kejadian malam tadi tapi melihat renungan Hafiy dia hanya diam saja.

Khair tidak berkata apa terus mendukung Haidar. Tidak peduli dengan rengekan anak bongsunya itu. Dia lebih memikirkan kesihatan Haidar daripada perkara lain.

"Hafiy tolong ambilkan kunci kereta, wallet dan handphone papa dalam bilik. Papa nak bawa Haidar pergi klinik." Arahnya.

Hafiy terus masuk ke dalam bilik Khair dengan cepat. Barang-barang Khair yang terletak elok diatas meja di ambil lalu dia menuruni anak tangga mendapatkan Khair yang sudah tercegat di muka pintu.

Hafzan hanya melihat daripada tingkat atas. Haidar paling susah nak sakit disebabkan mereka amat menjaga kesihatan Haidar. Jadi, agak hairan apabila Haidar tiba-tiba saja demam panas sedangkan malam tadi elok saja.

Hmmm pelik ni.

Hafiy membantu Khair dengan membuka pintu sebelah pemandu untuk Khair membaringkan Haidar. Setelah itu Khair segera masuk ke dalam kereta. Sambil memandu, Khair memghubugi Rang.

"I didn't go to the office today because Haidar has a fever and i need to take care of him." Ujarnya sebaik saja Rang menjawab panggilannya.

"Noted. If anything i will call you, boss."

"Thank you, Rang." Talian dimatikan.

Dia melihat Haidar yang masih berbungkus dalam selimut. Jujur, dia hairan apabila anak bongsunya ini tiba-tiba mengalami demam panas. Sedangkan Haidar elok saja petang semalam. Tiada tanda-tanda anaknya ini mahu demam.

GADIS ITU MILIK AKUWhere stories live. Discover now