Bab 11

127 25 6
                                    

"Aik, cepatnya habis dating? Ke baru nak keluar dating?" Tegur Fadhlin dengan pelik apabila susuk tubuh Shaquilla masuk ke dalam kedainya.

Jam dipandang.

Pukul 4:00p.m.

"Dating dating, aku dah cakap aku pergi makan je bukannya pergi mana pun. Lepas makan balik." Balas Shaquilla. Dia duduk di hadapan Fadhlin yang sedang memasang tali guitar. Customer punya la tu.

"Takkan keluar makan semata-mata? Pergilah tengok wayang ke apa. Kau kan kaki wayang? Takde cerita best ke? Aku dah lama tak follow cerita dekat wayang sekarang. Last yang kita pergi tengok cerita The Nun. Tu je lah."

"Ish tak nak lah. Dia bawa anak bongsu dia sekali. Lagi pula segan aku."

Terhenti tangan Fadhlin untuk memasang tali guitar yang terakhir tatkala mendengar ayat Shaquilla itu.

"Dia bawa anak bongsu dia?"

Shaquilla angguk.

Fadhlin mengukir senyuman senget.

"Kau diam. Jangan nak cakap apa-apa."

"Apa? Aku takde cakap apa-apa pun."

"Heleh macam aku tak tahu kau nak bahan aku kan?"

Fadhlin ketawa besar.

"Mana ada. Tak baik memfitnah. Dosa tau."

Shaquilla mencebik. Eleh.

"Hah kau datang sini ada apa? Kenapa tak balik? Aku tak halau tapi tanya je. Malas aku nak layan drama sedih kau."

Baru nak buat ayat sedih tapi tak jadi apabila Fadhlin dapat mengagak apa yang bermain dalam fikirannya. Hahaha.... Nak sedih sikit pun tak boleh. Dia memangku kepalanya dengan sebelah tangan.

"Saja datang sini. Bosan duduk rumah takde buat apa. Alang-alang aku dah keluar rumah aku datang sini terus. Oh ya, kau dah makan? Aku ada beli makanan kat bawah apartment rumah aku." Shaquilla mengeluarkan bungkusan plastik makanan dari dalam begnya.

Fadhlin terus meletakkan guitar milik customernya atas meja.

"Tahu-tahu je aku memang tengah kebulur. Sikit lagi nak meninggal."

"Over betul kau."

"Hahahaha tapi serius memang aku tengah lapar. Aku ingatkan nak cari makan lepas aku settle pasang tali guitar ni. Tak sangka rezeki datang sendiri. Hahaha thank you bestie..."

"Agak dah. Kau kalau dah fokus kerja memang lupa segala benda. Nasib baik solat tak pernah tinggal."

Fadhlin hanya sengih.

Pernah dia hampir terbabas waktu solat, habis kena piat telinga dia dengan Shaquilla. Rasa nak tercabut telinga dia. Sakit wooo...

"Oh ya alang-alang kau tengah makan ni kan kau dengar aku main piano boleh? Aku ada practice melodi baru."

"Boleh je. Lama juga aku tak dengar kau main piano full version punya. Kau nak main lagu apa?"

"Hah, kau dengar je. Kalau kau tahu kau diam je sampai habis lepas tu komen. Okey?"

"Beres!"

Shaquilla bangun dan menuju ke arah sebuah piano yang terletak elok di sebelah kaunter pembayaran. Piano itu memang disediakan untuk sesiapa saja yang mahu menggunakannya.

Shaquilla membuka gallery dalam handphone. Satu gambar di tekan dan dia meletakkan handphonenya di atas ruang piano. Jarinya mula menekan keyboard perlahan-lahan.

GADIS ITU MILIK AKUWhere stories live. Discover now