Bab 5

150 25 2
                                        

"Abang Hafzan..."

Hafzan pandang Haidar yang tiba-tiba mengendeng di sebelahnya sambil memeluk erat teddy bearnya. Adik bongsunya itu baru saja pulang daripada tadika. Hafiy yang hantar dan jemput sebelum pergi kerja memandangkan dia sendiri masih sekolah.

"Lain macam je ni? Haidar nak apa? Nak makan ke? Kalau Haidar nak suruh abang masak memang tidaklah ya. Abang dengan memasak sangat tidak serasi. I'm sorry okay?"

"Nooo... Abang Hafiy pesan jangan suruh Abang Hafzan masak. Abang Hafiy suruh order makanan dekat grabfood je. Dia ada tinggalkan duit dekat dalam laci." Jawab Haidar jujur. Sebiji-sebiji apa yang dipesan oleh Hafiy dikatakan semula pada Hafzan.

Hafzan cebik. Mentang-mentang dia tak pandai masak suka hati je kutuk dia dekat Haidar.

"Hah habis tu apa? Biasa kalau suara lembut macam ni sesuatu sangat."

Haidar ketawa.

"Eh eh gelak pula."

"Hehehe Haidar nak cakap ni..."

"Cakap je lah. Awak nak apa budak kecik?"

Wajah Haidar malu-malu.

Pelik Hafzan melihatnya. Kena sampuk ke apa?

"Kalau kita makan dekat kedai malam tadi boleh?" Pintanya malu-malu.

Ternaik kening Hafzan. Terus dia duduk menghadap Haidar yang tengah menggentel tali reben teddy bear.

"Boleh je tapi kenapa tiba-tiba?" Makanan Warung Megumi tu memang tidak dinafikan sangat sedap tapi itu bukannya kali pertama mereka makan makanan yang sedap. Lebih sedap pun pernah. Tak pernah pula Haidar minta untuk dibawa makan ke tempat yang sama.

"Haidar nak jumpa kakak semalam. Abang Hafzan rasa kakak tu ada dekat situ tak?"

"I don't know Haidar. Kalau pergi kakak tu takde macam mana?"

Wajah Haidar yang ceria tadi berubah mendung.

"Tak apa lah kalau macam tu." Sedih je nada Haidar.

"Tak apa kita pergi je. Abang rasa kakak tu macam kerja situ."

Wajah Haidar kembali ceria.

"Iya? Mana Abang Hafzan tahu?"

"Abang teka je. Kita cuba nasib."

"Okey jom jom. Kita naik grab kan?"

"Iya, naik grab. Haidar tak nak tukar pakaian?"

Haidar geleng.

"Okey tunggu abang tukar pakaian sekejap."

"Okey jangan lama-lama tau."

"Iyaaa bos kecik."

Haidar ketawa. Dia menunggu Hafzan menukar pakaian sambil menyanyi kecil. Kaki dihayun ke depan ke belakang. Tak sabar nak jumpa kakak semalam.

"Okey jom tunggu luar. Grab lagi tiga minit sampai." Ujar Hafzan sambil melihat screen handphonennya. Dia tiada kereta mahu membawa Haidar jalan keluar. Ada motor je. Ikutkan hati memang dia nak bawa Haidar naik motor tapi Hafiy melarang keras dia bawa Haidar naik motor disebabkan insiden dia kemalangan disebabkan bawa motor terlalu laju.

Biasalah tu lelaki jatuh bawa motor. Lebih-lebih jika seorang diri. Jika dia bawa Haidar tidak lah bawa laju tapi Hafiy tetap melarangnya. Siap ugut nak bakar motornya jika dia ingkar.

Hafzan memimpin tangan kanan Haidar manakala tangan kiri Haidar memeluk teddy bearnya. Pintu dan pagar rumah dikunci. Dia sudah memberitahu Hafiy dan papanya untuk keluar makan di Warung Megumi dan dia terus menerima duit daripada papanya.

GADIS ITU MILIK AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang