Bab 8

140 24 6
                                    

"Macam mana hasil dating semalam?" Fadhlin menyenggol lengan Shaquilla dengan sengihan nakal.

"Ish, mana ada dating aee... Makan je lepas tu balik. Tak ada apa yang menarik pun." Balas Shaquilla lalu menyedut air chocolatenya.

"Eleleleee kemain ek semalam bergelak tawa. Aku tengok mesra semacam je kau dengan dia."

Terus wajah Shaquilla merona merah.

Cafe yang dia pilih hanya seberang jalan dengan kedai alat muzik milik Fadhlin je. Fadhlin yang memberi cadangan padanya memandangkan dia tidak berani mahu keluar berdua dengan Khair tanpa peneman. Sekurang-kurangnya Fadhlin ada untuk memantaunya daripada jauh.

"Diam lah."

"Hahahaha marah pula. Hensem kan dia? Kan kan kan?"

"Hensem lah juga."

Fadhlin memetik jarinya.

"Aku dah cakap. Dia hensem kau tak percaya. Kau belum jumpa anak-anak dia lagi haaaa elok-elok semua. Bapak hensem apatah lagi anak-anak dia."

"Kau ni tak habis-habis puji dia dah kenapa? Kalau dah berminat pergi berkenalan sana."

"Kau ingat aku gay? Eeiiuwww nauzubillahiminzalik..."

"Mana tahu dalam diam kau songsang. Tu yang single sampai sekarang."

"Ewah-ewah mulut kau minta kena penampar aku ya. Dah pergi kerja sana. Sibuk je datang sini. Shuh shuh... " Halau Fadhlin.

"Sampai hati halau aku. Memang aku ni layak kena halau ke macam mana?"

"Tak payah nak drama sangat. Kau shift tengah hari kan? Lewat dah ni gila." Jam sudah menunjukkan 11:30 a.m dan Shaquilla masih duduk tercongok di depannya sambil menyedut air minumannya tanpa rasa bersalah.

"Aku naik grab. Rasa malas nak naik mrt harini pergi kerja. Kaki aku lenguh semacam." Adunya.

"Kerja kuat sangat kau ni. Lotion panas dah habis?"

"Ada lagi sikit tapi aku dah order yang baru. Esok lusa sampailah tu."

"Aku hantar kau lah."

"Aik, kedai kau siapa nak jaga?"

"Hantu."

"Mana ada hantu siang-siang. Nak tipu pun tak pandai."

Fadhlin gelak.

"Aku tutup sekejap lah ngek. Setakat tutup satu jam tak miskin aku."

"Ya Allah, riaknya kau. Miskin betul-betul haaa aku tak tahu."

"Takpe nanti aku mengemis dekat kau."

"Eeiii tak malu."

"Ha'ah dengan kau memang aku tak reti malu."

Mereka berdua tertawa geli hati.

"Jom aku hantar."

"Aiy aiy capten!"

Fadhlin menutup suis lampu sebelum mengunci pintu kedainya. Papan tanda diterbalikkan. Daripada open kepada close.

Shaquilla sudah berdiri tegak di pintu kereta Fadhlin. Kereta diunlock. Terus mereka berdua masuk.

"Best betul ada kereta sendiri. Senang nak ke mana-mana tanpa risau hujan dan panas." Kata Shaquilla sambil membuka radio untuk mendengar lagu yang best.

"Tahu takpe. Kau bila? Nak juga aku merasa duduk dalam kereta kau. Kau jadi driver aku."

"Nantilah. Aku nak kumpul duit beli motor dulu baru aku fikir pasal kereta."

GADIS ITU MILIK AKUWhere stories live. Discover now