Shaquilla terjaga daripada lena apabila handphonenya berbunyi minta di angkat. Matanya dikecilkan.
Haziq BFF
"Hello..."
"Alhamdulillah angkat juga call aku ni. Cik Su dah cerita semua dekat aku apa yang jadi. Kau sampai dekat rumah sewa pukul berapa? Aku call kau semalam tak berangkat, risau sungguh aku."
Shaquilla bangun lalu duduk bersandar pada dinding. Terasa sedikit pedih matanya.
"Hmm sorry, aku silent handphone lepas aku dah sampai rumah sewa aku. Dalam pukul satu pagi macam tu kut aku sampai." Dia menguap kecil. Jam kecil di tepi meja dikerling.
11 pagi.
Lama juga dia tidur.
"Kenapa tak call aku? Bahaya kau naik grab sorang-sorang waktu malam. Sudah lah banyak kes pasal grab sekarang ni. Gila tak risau aku dekat sini. Kalau kau tak angkat call aku ni memang aku buat report polis kejap lagi."
Shaquilla ketawa kecil mendengar Haziq membebel risaukan dirinya. Entah kenapa dia rasa sebak. Tunangnya tak sama seperti Haziq yang sangat risaukan dirinya. Matanya mula bergenang dengan air mata.
Saat dia sampai rumah, dia membuat panggilan pada tunangnya.
Lama dia tunggu dan panggilannya dijawab.
"Hello..."
"Ayang..."
"Shaq? Ada apa call lewat malam ni?"
Suara tunangnya yang seperti baru bangun tidur membuatkan dia rasa serba salah. Tapi dia mahu meluah pada lelaki itu tentang apa yang terjadi padanya.
"Yang, maaf ganggu awak tapi saya nak meluah de-..."
"Huh? Esok-esok la saya mengantuk ni. Esok ek?"
Tup
Hatinya semakin tawar dengan tingkah tunangnya itu. Air mata merembes keluar membasahi pipinya. Entah macam mana dia terlelap dengan air mata yang masih mengalir keluar.
"Tak ada apalah Ziq. Aku okey je. Lupa ke aku ada silat? Berani driver tu nak apa-apa kan aku? Patah leher dia aku kerjakan nanti."
"Tak kisah kau ada silat ke apa tapi bila dalam keadaan yang tengah beremosi kau yakin boleh buka langkah? Memang tidak ya. Aku bukannya kenal kau baru semalam."
Shaquilla sengih.
"Kita jumpa nak? Aku datang tempat kau."
"Ehhh? Tak payah oiii tak payah. Kejap lagi aku nak keluar. Cari ketenangan jiwa. Serabut sangat fikiran aku ni."
"Kau nak pergi mana? Kau tak buat benda yang aneh-aneh kan?"
"Kau rasa aku nak buat apa?"
"Hisap gam."
"Bodoh kau ni."
"Hahahaha mana tahu. Biasa orang nak cari ketenangan ni hisap gam. Nak ke bulan. Hilang masalah hidup."
"Bunyi macam biasa buat je."
"Hahahahaha...."
Shaquilla senyum. Hilang sedikit rasa sedihnya.
"Dah dah aku nak pergi mandi."
"Patut bau busuk daripada tadi. Ada orang tak mandi lagi rupanya."
"Shut up you. Aku baru bangun gila. Dah dah bye-bye monyet."
"Hahaha yelah, bye beruk mak yeh."

ANDA SEDANG MEMBACA
GADIS ITU MILIK AKU
RomanceHubungan kekeluargaan yang tidak baik. Dikelilingi dengan orang yang toksik. Hidupnya memang penuh dengan pelbagai dugaan yang datangnya daripada manusia. Tunang? Kantoi curang saat dia berjalan-jalan di Bukit Bintang seorang diri. Dia tidak tahu ap...