"Shaq, phone kau bunyi."
Shaquilla yang sedang makan mendongakkan kepalanya memandang Roy yang sedang memegang nota menu pesanan customer.
"Okey..." Terus dia bangun menuju ke tempat charge handphone.
Syurga ❤
Suis charge ditutup sebelum dia mencabut wayar pengecas. Terus dia menjawab panggilan tersebut sebelum mati. Dia melangkah semula ke meja makannya. Mujurlah waktu sekarang memang waktu rehatnya. Memang sengaja dia mahu makan di ruangan ini untuk menghilangkan rasa tekanan kerja di office.
"Assalamualaikum, hello ibu. Ibu sihat ke?" Ucapnya. Sesekali dia menyuap nasi yang sudah tinggal suku ke mulutnya.
"Waalaikumussalam, ibu sihat alhamdulillah. Shaq sihat? Dah makan?"
"Alhamdulillah sihat. Orang tengah makan ni tapi takpe dah nak habis dah."
"Ooo yeke? Ibu ganggu kau ke?"
Shaquilla ketawa kecil. Dia meneguk air suamnya hingga habis.
"Taklah mana ada ganggu."
Bunyi seretan kerusi dibelakangnya menyapa telinganya. Pasti customer dibelakangnya. Dia buat tidak endah sahaja. Dia bangun untuk cuci tangan dan kembali duduk semula. Sempat dia mengerling meja di depannya.
Lelaki.
"Ibu call ni nak apa sebenarnya?"
"Shaq macam tak suka je cakap dengan ibu."
"Ish mana ada. Jangan cakap macam tu, orang suka sangat bila ibu call. Sekurang-kurangnya masih ada lagi yang tak buang orang macam sampah."
"Shaq, jangan cakap macam tu. Jangan simpan dalam hati apa ayah cakap. Kau tahu kan mulut ayah macam mana? Tak fikir sebelum bercakap." Kedengaran nada Puan Suzana terkilan dengan sikap suaminya.
Shaquilla senyum hambar. Tiada niat mahu membuat Puan Suzana sedih dengan apa yang berlaku tapi itu lah kenyataannya. Encik Zamri telah menghalaunya. Itu adalah kenyataan yang perlu diterima.
"Mana ada simpan dalam hati, sedar diri ni tak penting pun. Hahaha ni Shaquilla pantang menyerah dalam setiap situasi."
"Iyelah Shaq..."
"Okey, ibu call ni nak apa hurm? Takkan nak borak-borak kosong je?"
"Ibu sebenarnya nak pinjam duit sikit dekat kau. Boleh?"
"Ooo boleh je. Ibu tak payah nak pinjam-pinjam dengan orang. Setakat nak beli makanan untuk rumah tu berapalah sangat. Berapa ibu nak? Kejap lagi orang transfer."
"Erkkk RM500? Ada?"
Wajah Shaquilla berkerut.
RM500?
"Banyaknya... Nak buat apa sampai RM500?"
"Urmmm abang kau kena saman. Dia tak ada duit, itu yang dia nak pinjam ibu. Ibu ni bukannya bekerja. Mana ada duit. Itu ibu call kau ni nak pinjam duit daripada kau."
"Dia yang kena saman dia bayarlah sendiri. Sendiri buat salah apahal orang lain pula yang kena selesaikan? Bodoh!" Maki Shaquilla. Tak peduli orang belakang mendengarnya mengamuk tak tentu pasal. Dia tengah emosi sekarang ni.
Kebetulan pula Roy menghantar air minuman pada customer di meja hadapan Shaquilla turut mendengar kata kesat Shaquilla. Dia sengih pada customer lelaki yang duduk bersandar pada kerusi. Pasti lelaki itu jelas mendengar sebutir-sebutir apa yang dituturkan oleh Shaquilla. Nak buat macam mana? Member baran orangnya, huhuhu...

YOU ARE READING
GADIS ITU MILIK AKU
RomanceHubungan kekeluargaan yang tidak baik. Dikelilingi dengan orang yang toksik. Hidupnya memang penuh dengan pelbagai dugaan yang datangnya daripada manusia. Tunang? Kantoi curang saat dia berjalan-jalan di Bukit Bintang seorang diri. Dia tidak tahu ap...