"Kau apa hal? Muka tertekan betul. Bekas tunang kau block lagi? Move on Amirul ooiii... Benda dah kantoi busuk kau pasang scandal. Apa lagi kau nak auta?"
Amirul jeling tajam. Kata-kata itu betul-betul menikam hatinya. Memang betul dia salah. Curang.
"Pelik aku dengan kau ni. Shaq tu punya cantik kau boleh curang. Kau nak apa sebenarnya? Nak yang setaraf?"
"Diamlah Riz. Serabut aku."
Rizqi menyungging senyuman sinis. Sendiri cari masalah. Sendiri serabut. Heh.
Amirul melepas keluhan panjang. Letih jarinya membuat panggilan pada Shaquilla tapi langsung tidak di angkat. Dia betul-betul berharap agar Encik Zamri dapat memujuk Shaquilla agar pertunangan mereka bersambung semula.
"Aku tak rasa Shaq nak kau balik. Move on je bro. Aku serius ni."
"Tak nak! Aku nak dia. Aku nak kahwin dengan Shaq bukan orang lain."
"Kau nak kahwin dengan Shaq tapi kau curang. Habis tu Putri kau nak campak mana? Kau dengan dia bercinta dah setahun lebih kan? Kau pun janji nak kahwin dengan dia. Ke kau nak kahwin dua? Macam tu?"
"Ya, aku tahu aku salah tapi Shaq pun salah juga. Kalau dia tak terlalu penting dengan kerja dia aku takkan cari perempuan lain. Putri tu aku buat suka-suka je. Tak serius pun."
"Aik, kau yang curang tapi kau salahkan Shaq. Bro, Shaq kerja sebab cari duit kahwin korang. Kau sendiri tahu dia bukannya orang kaya macam kau. Lahir-lahir je kaya. Habis tu kau bercinta bagai nak rak dengan Putri hanya sekadar suka-suka? Kau dah mainkan hati anak orang bro. Ini kalau Putri dengar menangis dia." Rizqi mengeluh panjang. Rasa nak hempuk kepala Amirul.
Amirul hanya diam membisu. Tahu dia memang salah tapi benda dah jadi.
"Takdir."
"Kepala otak kau takdir. Kau yang cari masalah nak salahkan takdir pula. Ada akal kan? Nafsu dah tak boleh kawal? Lemahnya lahai..."
"Kau kalau nak datang memekak blah je Rizqi. Otak aku tengah serabut ni."
Rizqi angkat bahu. Elok dia toleh ke kanan matanya terpaku pada satu arah. Matanya dikecilkan. Dia tak salah nampakkan?
"Bro, tu Shaq kan?"
Amirul terus angkat wajahnya pandang Rizqi. Melihat Rizqi yang sedang melihat ke sebelah kanan, dia turut melihat sama.
"Mana?"
"Tu yang pakai sweater hitam. Tudung hitam. Macam Shaq ke bukan?" Rizqi tunjuk ke arah seorang gadis yang sedang membuat pembayaran di kaunter.
Amirul tenung gadis itu dengan lama. Memandangkan gadis itu membelakanginya agar sukar untuk dia melihat wajah itu. Elok saja gadis itu pusing untuk keluar, wajah gadis itu kelihatan dengan jelas.
Shaquilla!
Terus dia bangun untuk mendapatkan Shaquilla yang sudah keluar.
Rizqi hanya memerhati dengan gelengan kepala. Lantak kau lah Amirul. Dia hanya boleh bagi nasihat selebihnya terpulang pada rakannya itu.
Shaquilla yang tersenyum sendiri sambil menyedut air coffeenya langsung tidak sedar Amirul mengejar langkahnya.
Tiba-tiba saja bahunya dipegang seseorang daripada belakang. Dia terkejut. Terus tangan kirinya yang tidak memegang apa-apa mencengkam tangan orang yang memegang bahunya dan pulas ke belakang.
"Shaq! Ni Am." Berkerut wajah Amirul menahan rasa sakit disebabkan cengkaman Shaq itu.
Shaquilla terkedu. Terus dia melepaskan cengkamannya seraya menyambung langkahnya semula. Hilang terus senyuman di bibirnya.

YOU ARE READING
GADIS ITU MILIK AKU
RomanceHubungan kekeluargaan yang tidak baik. Dikelilingi dengan orang yang toksik. Hidupnya memang penuh dengan pelbagai dugaan yang datangnya daripada manusia. Tunang? Kantoi curang saat dia berjalan-jalan di Bukit Bintang seorang diri. Dia tidak tahu ap...