Bunyi suara-suara yang bingit itu membuatkan dia terjaga daripada lenanya. Keluhan kecil terbit dibibirnya. Dia berdecit kasar. Selimut ditarik ke atas menutup seluruh wajahnya.
"Kan dah cakap saya nak pergi kebun pagi ni. Kenapa awak tak kejut? Dah lambat ni tahu tak?"
"Kenapa nak marah saya pula? Awak yang nak ke kebun, awak yang terbabas lepas tu nak marah saya?"
"Menjawab!"
"Saya cakap benda betul."
Wajahnya berkerut. Matanya dicelik perlahan-lahan. Handphone dicapai lalu dia tekan button screen untuk melihat jam.
7:50a.m.
Disebabkan suara-suara yang sangat bising itu membuatkan dia tidak dapat kembali lena. Dia duduk bersandar pada kepala katil.
"Dah saya pergi dulu!"
Bunyi pintu dihempas menyapa gegendang telinganya. Keluhan panjang dilepas. Tidak tahu hendak buat apa, dia bangkit daripada katil dan melipat selimutnya. Katilnya dikemas rapi.
Pintu bilik dibuka. Ruang tamu sunyi selepas insiden pintu dihempas. Rasa nak cabut je pintu tu. Biar takde pintu terus.
"Dah bangun?"
Dia berpaling ke sebelah kanan.
"Hmmm, apa hal tadi? Pagi-pagi dah memekak." Soalnya dengan wajah yang tiada reaksi.
"Biasalah ayah kau tu. Salah sendiri lepas tu nak lepas ke orang."
"Laki ibu kan."
"Yelah, memang laki ibu tapi serupa tak ada laki."
Dia ketawa kecil. Bahu si ibu ditepuk.
"Tabah la ya Puan Suzana."
"Selalu. Pergi basuh muka teman ibu makan nak? Ibu ada beli roti canai tadi." Ajak Puan Suzana sekaligus menutup topik tentang tingkah suaminya tadi.
"Hah okey. Ibu ada buat air ke? Kalau takde orang buat teh o."
"Belum."
Dia angguk. Bilik air dituju untuk mencuci muka dan gosok gigi. Siap, dia keluar saja terus buat air dalam jug kecil. Cukup untuk mereka berdua minum bersama.
"Kakak tak balik?" Tanyanya sekadar ingin berbual.
Puan Suzana geleng.
"Oh ya Shaq. Kau tahu kan kakak kau dengan pakwe dia dah putus?"
Dia geleng.
"Asal putus?"
"Pakwe dia tu rupanya laki orang. Kakak kau dapat tahu pun sebab dia minta tolong kawan dia check background pakwe dia tu. Mula-mula kata masuk hospital sebab kemalangan. Lepas tu niat nak datang melawat tapi pakwe dia tak bagi. Entah macam mana tup tup dapat tahu pakwe dia tu laki orang. Anak empat dah."
Wajah dia berkerut.
"Macam mana boleh tak tahu laki tu dah kahwin? Takkan takde pakai cincin ke apa?"
"Orang kalau nak curang macam-macam boleh buat. Contact name pun boleh tukar. Apa lah sangat nak menipu."
Dia angguk setuju. Roti canai dikunyah perlahan.
"Kau nak balik bila?"
"Esok dalam tengah hari macam tu orang geraklah."
"Alaaa balik malam la..."
Dia senyum nipis.
"Malas orang duduk lama-lama dekat rumah ni. Orang balik ni sebab nak rehatkan minda tapi makin tertekan pula. Berganda-ganda tertekan tu." Jujurnya tanpa bertapis.

YOU ARE READING
GADIS ITU MILIK AKU
RomanceHubungan kekeluargaan yang tidak baik. Dikelilingi dengan orang yang toksik. Hidupnya memang penuh dengan pelbagai dugaan yang datangnya daripada manusia. Tunang? Kantoi curang saat dia berjalan-jalan di Bukit Bintang seorang diri. Dia tidak tahu ap...