"Amboi, busynya tokey kedai ni."
Terkejut dia apabila ada seseorang duduk di hadapannya. Terus dia menepuk bahu si penegur dengan buku katalognya.
"Ish kau ni terkejut aku. Tiba-tiba muncul macam hantu ni dah kenapa?"
"Hahahaha itu la khusyuk sangat buat kerja sampai aku ulang alik depan kau tiga kali langsung kau tak sedar. Agaknya barang dalam kedai ni kena curi pun kau tak perasan."
"Mulut kau memang tak reti jaga ek Shaq."
Shaquilla menjungkit bahunya. Selamba je dia masuk ke ruang bahagian pembayaran.
"Busy sangat kau, Fadhlin? Kau buat apa?"
Fadhlin hanya membiarkan saja Shaquilla duduk di sebelahnya sambil mengusik-usik barang-barang guitarnya.
"Tengah pasang tali guitar customer. Kejap lagi dia datang."
"Ooo patutlah bersepah atas meja ni. Aku ingatkan kau tengah kokak guitar kau bagi lagi cantik ke apa."
"Hahaha takde masa aku nak mengokak. Busy weh. Nak pegang guitar sendiri pun takde masa."
"Uuu masyukkk..."
Fadhlin ketawa.
"Alhamdulillah. Kau cuti ke?" Soalnya apabila perasan Shaquilla mengenakan pakaian santai. Tidak seperti mahu pergi kerja atau pun balik daripada kerja.
"Cuti. Mc tiga hari. Esok aku masuk kerja balik. Bosan betul cuti lama-lama."
Fadhlin pandang Shaquilla yang tersenyum itu. Tapi dia tahu senyuman itu sangat hambar. Tiada seri pada wajah itu.
"Mc kenapa?"
Shaquilla diam tidak menjawab. Kalau dia jawab mesti dia kena bebel.
"Bahagian mana pula kau tikam?"
"Huh?"
Fadhlin berdecit. Dia berhenti daripada memasang tali guitar dan fokus pada Shaquilla yang merenungnya dengan riak terkejut.
"Tak payah buat muka terkejut. Aku kenal kau dah bertahun-tahun bukan setahun dua. Kalini sebab apa?" Soal Fadhlin dengan nada biasa.
Shaquilla menunduk. Matanya kembali rasa panas. Mudah sungguh air matanya mahu keluar di hadapan orang-orang yang rapat dengannya. Tangannya dikepal kuat.
Fadhlin merenung jari manis Syaquilla. Tiada cincin tunang yang menghiasi jari kecil itu.
"Putus tunang?"
Shaquilla angguk perlahan.
Tak guna pun dia nak menipu Fadhlin. Lelaki itu amat mudah membaca air muka dan tingkahnya.
"Dia curang?"
Angguk lagi.
Fadhlin diam. Rasa simpati pada sahabatnya ini.
"Haziq tahu?"
"Kes putus tunang dia tahu tapi kes aku mc dia tak tahu." Perlahan saja dia menjawab.
"Apa agaknya reaksi Haziq kalau dia tahu kau ni suka cederakan diri sendiri?"
"Kau jangan bagitahu dia. Aku tak nak dia risau."
"Habis tu kau buat perangai macam tu aku tak risau? Masuk kalini dah tiga kali kau sakitkan tubuh kau sendiri. Haziq amanahkan aku untuk tengok-tengok kau dekat sini. Kau tahu kan dia sayang kau macam adik sendiri?"
Shaquilla tunduk menekur dibebel oleh Fadhlin. Sikit pun dia tidak membalas kerana apa yang dikatakan oleh Fadhlin itu semuanya betul.
"Aku cakap lebih-lebih pun tak guna juga. Haih kau ni Shaq. Sakit macam mana sekali pun jangan sesekali cederakan diri. Umpama kau tak bersyukur dengan kurniaan Tuhan yang Tuhan berikan kepada engkau. Setan mana yang suka hati hasut sahabat aku ni? Meh sini aku ruqyah setan tu."

YOU ARE READING
GADIS ITU MILIK AKU
RomanceHubungan kekeluargaan yang tidak baik. Dikelilingi dengan orang yang toksik. Hidupnya memang penuh dengan pelbagai dugaan yang datangnya daripada manusia. Tunang? Kantoi curang saat dia berjalan-jalan di Bukit Bintang seorang diri. Dia tidak tahu ap...