"Urghh..."
Matanya perlahan-lahan dicelik. Kabur. Matanya dipejam semula lalu dibuka perlahan-lahan sehingga penglihatannya mula jelas.
Saat mahu bangun, dadanya terasa amat sakit. Seakan-akan dicucuk-cucuk. Dia berdesis sakit.
Kenapa dada dia sakit? Apa yang terjadi pada dirinya?
Mata dipejam. Cuba mengingati apa yang berlaku sehingga dia dibawa ke sini.
Sekilas bayangan dia meminta seorang lelaki membunuhnya lintas dalam kepalanya. Lama dia cuba memaksa otaknya mengingati apa yang berlaku.
Dia mula ingat satu per satu secara perlahan-lahan.
Bau ubat serta bunyi mesin membuatkan dia berkerut. Kepala yang pening bertambah pening.
Dia ada dekat hospital?
"Eh cik dah sedar."
Satu suara menyapa halwa telinganya.
Seorang jururawat perempuan menghampirinya. Dia membantu Shaquilla untuk duduk bersandar dengan lebih selesa.
"Cik okey? Balutan pada dada cik saya kena tukar baru."
Shaquilla memegang dadanya yang terasa sakit bercampur ngilu. Matanya dipejam. Mulutnya dikemam kuat menahan diri daripada merintih sakit.
"Ke-kenapa saya ada dekat sini?" Soalnya dengan penuh pertanyaan.
"Cik tak ingat apa yang berlaku malam tadi?"
Dia geleng. Dia tak ingat macam mana dia boleh ke sini tanpa dia sedar.
Jururawat itu senyum kecil.
"Ada seorang lelaki yang bawa cik ke sini."
Shaquilla berkerut.
Lelaki? Dia cuba mengingati raut wajah lelaki yang diminta untuk membunuhnya tapi hampa. Wajah lelaki itu tidak jelas kerana terlindung dengan kegelapan malam.
Jururawat itu fokus menukar balutan pada dadanya. Tidak perlu risau memandangkan Shaquilla berada di dalam wad persendirian. Tidaklah dia risau tubuhnya dilihat oleh orang lain.
Sesekali dia berdesis sakit.
"Tahan ya. Jahitan pada dada awak masih baru. Jadi, awak tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan yang lasak dan berat untuk seminggu dua ni."
"Baik nurse."
Dia memakai baju asalnya semula setelah puas beradu mulut dengan jururawat tadi. Dia mahu pulang ke rumah. Tidak mahu dia duduk di hospital lama-lama. Sakit kepala bau ubat.
Keluar daripada hospital, dia mengeluarkan handphonenya. Mujur battery handphone masih ada dua puluh tiga peratus.
Surat mc dalam genggamannya dipandang. Setelah memberitahu keadaannya pada pihak atasan terus dia hantar gambar resit mc nya sebagai bukti.
Dia diberi cuti tiga hari. Jika diikutkan tujuh hari tapi dia minta tiga hari saja.
Keluhan panjang terbit di bibirnya. Sangkanya dia sudah tidak lagi bernafas atas muka bumi ternyata dia silap. Tuhan masih memberi peluang untuk dia bernafas. Dia benar-benar berharap dia mati malam tadi tapi tidak berlaku. Dia tak kuat. Dia dah terlalu penat dengan permainan dunia.
Hati dia sakit. Tiada ubat yang mampu merawat luka di hatinya. Tiada.
Menangis?
Dia dah penat menangis sehingga tiada lagi air mata yang mahu keluar. Hatinya mati.

YOU ARE READING
GADIS ITU MILIK AKU
RomanceHubungan kekeluargaan yang tidak baik. Dikelilingi dengan orang yang toksik. Hidupnya memang penuh dengan pelbagai dugaan yang datangnya daripada manusia. Tunang? Kantoi curang saat dia berjalan-jalan di Bukit Bintang seorang diri. Dia tidak tahu ap...