Haziq Bff
- Apa-apa hal update
- Jangan balik lewat malam esok kau kerjaFadhlin Bff
- Perangai tu senonoh sikit jangan buat malu aku
- Kentut jangan bunyi pastikan tak ada bau
- Gelak jangan macam mak lampir
- Sendawa tu tutup mulutChat mereka berdua dibaca Shaquilla dengan mata yang mengecil. Lebih-lebih lagi chat Fadhlin. Eh eh mengundang carutan betul ini orang.
You
- Elok sikit aku bukan macam yang kau cakap tu. Itu kau okey. Tak senonoh punya perangai 😒Fadhlin Bff
-HAHAHAHAHAHA AKU PESAN JE 😆Haziq Bff
-Hahaha bodoh FadhYou
-Bila je dia elok, Ziq?
-Geram kekadangFadhlin Bff
-Tahu tu. Ramai geramkan aku grrrrYou
-Geli 🤮Haziq Bff
-🤣🤣🤣"Bongok dia ni." Shaquilla tergelak kecil. Melihat jam hampir pukul sepuluh pagi segera dia keluar rumah untuk memakai kasut. Sempat dia menilik pakaiannya buat kali terakhir. Terasa seperti nak berdating pula.
Dia mengenakan blouse muslimah berwarna cream dan skirt pleated berwarna hitam. Tudung shawl berwarna cream sesuai warna baju yang dipakainya. Kasut warna hitam.
Pagar rumah di mangga. Terus dia berjalan laju menuju ke lift. Agak lambat memandangkan lift daripada ground floor.
Tinggg
Pintu lift terbuka dan segera dia masuk lalu menekan button huruf G. Dadanya dipegang. Rasa berdebar-debar.
Rileks Shaq, rileksss...
Tinggg
Pintu lift terbuka pada tingkat 21. Ada dua orang lelaki melayu masuk. Shaquilla berundur ke belakang merapat ke dinding.
Tinggg
Seorang wanita berusia masuk.
Shaquilla hanya diam di belakang. Matanya tidak lari daripada melihat nombor lift yang dipaparkan.
Tinggg
Elok semua dah keluar lift, barulah dia keluar. Matanya melilau mencari kereta milik Khair. Akan tetapi dia lupa kereta Khair jenis apa dan apa nombor platenya.
"Kakak Shaquilla!!!"
Shaquilla terkejut. Namun tidak lama senyuman manis terukir di bibirnya.
"Haidar..."
Haidar berlari ke arahnya dan terus memeluk kakinya. Tersengih-sengih si kecil saat mendongak melihat wajahnya.
"Kakak tinggal sini ke?" Soal Haidar ingin tahu.
"Ha'ah kakak duduk sini. Papa Haidar mana?"
"Tu..." Haidar muncungkan bibirnya pada Khair yang sedang tersenyum padanya.
Aduhai hati, tenanglah dikau. Janganlah dup dap dup dap laju sangat. Jantung ni nak pakai lama.
"Jom kakak." Haidar memegang erat tangan Shaquilla.
Shaquilla ikut saja langkah Haidar. Dia tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Hati dan jantungnya memang tak reti nak bagi kerjasama.
"Hai." Sapa Khair dengan senyuman kacak.

YOU ARE READING
GADIS ITU MILIK AKU
RomansaHubungan kekeluargaan yang tidak baik. Dikelilingi dengan orang yang toksik. Hidupnya memang penuh dengan pelbagai dugaan yang datangnya daripada manusia. Tunang? Kantoi curang saat dia berjalan-jalan di Bukit Bintang seorang diri. Dia tidak tahu ap...