🦋64🦋

337 16 4
                                    

Deringan loceng rumah telah mengejutkan Ayra yang sedang bersiap untuk ke pejabat. Setelah dua hari hanya melakukan kerja dari rumah kerana kurang sihat, hari ini dia ingin masuk ke pejabat kerana banyak lagi kerja yang dia perlu selesaikan walaupun keadaanya masih kurang baik.

" bakar ada apa?" tanya Aayra yang sudah membuka pintu utama.

" cik ayra dah siap?" ayra telah memandang bakar pelik. Selalunya Bakar hanya akan menunggunya di hadapan rumah dan mengikutinya ke pejabat dari belakang sahaja melainkan dia meminta bakar untuk memandunya ke pejabat atau ke mana-mana tapi hari ini lain pula.

" ya dah siap kenapa?"

" hari ni saya hantar cik ayra ke pejabat."

" it's okay saya boleh drive sendiri." tolak ayra lembut.

" maaf cik ayra saya hanya mengikut arahan sahaja dari tuanku."

Ayra telah menghela nafas. Dia sudah mengagak pasti mateen yang memberi arahan siapa lagi kalau bukan dia. Buat hilang mood je pagi-pagi ni.

" kenapa dia suruh awak hantar saya pula?" soal ayra lagi. Bakar telah menggelengkan kepala kecil sebagai tanda dia tidak tahu.

" ada ada jelah boss awak ni. Tunggu kejap saya ambil barang." Ayra telah masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil handbagnya dan beberapa barangnya yang lain. Dalam beberapa minit dia telah keluar dan mengunci pintu rumah. Bakar telah datang ke arahnya dan mengambil barang yang ada di tangannya. Ayra hanya membiarkan sahaja bakar membantunya.

Bakar telah membuka pintu di bahagian penumpang kereta Range Rover hitam itu lalu ayra masuk ke dalam perut kereta. Mereka telah meninggalkan perkarangan rumah itu. Dalam perjalanan ayra sedikit pelik apabila haluan yang dibawa oleh bakar tidak menuju ke arah pejabat Clara malah ke arah lain.

" bakar kita nak pergi mana ni? ini bukan jalan ke clara." Soal ayra pelik. Bakar hanya senyum segaris sambil melirik ayra melalui cermin hadapan.

" bakar saya tanya awak ni? kita nak pergi mana?" tanya ayra lagi. Bakar masih diam tetapi dalam beberapa minit mereka telah sampai di hadapan hospital.

" kita buat apa dekat sini?" tanya ayra. Setahunya dia tiada apa-apa urusan di hospital pada hari ini.

" untuk periksa keadaan cik ayra."

" buat apa? "

" cik ayra dah beberapa hari tak sihat so saya di arahkan oleh tuanku untuk hantar cik ayra ke hospital." Ujar bakar bersahaja.

Ayra sedikit terkejut. " macam mana dia tahu aku demam pulak ni." detik hatinya.

" tak perlu saya dah sihat. Jom pergi pejabat." Seperti biasa ayra pasti menolak untuk ke hospital.

Dalam beberapa saat satu panggilan telah masuk dari telefon bakar lalu diangkat.

" dah tuanku tapi cik ayra tak nak." Ayra telah membutangkan mata. Dia tidak menyangka bakar akan mengadu kepada mateen tentang hal itu.

Tidak lama bakar telah menghulurkan telefonnya kearah belakang kepada ayra.

" what?" tanya ayra.

" tuanku nak bercakap dengan cik ayra."

Ayra telah memandang bakar tidak puas hati lalu mengambil telefon itu dari tangan bakar.

" ya."

" ayra you have to see the doctor now." ujar mateen di talian. Jelas tegas kedengaran suaranya saat ini.

" I tak nak." Bantah ayra bersahaja.

" kalau tak sihat buat cara tak sihat kalau you demam macam mana you nak siapkan baju pertunangan tu?"

The Feeling (EDITING) Where stories live. Discover now