Mereka dalam perjalanan ke KLIA bagi menghantar ayra untuk ke brunei selepas selesai ke sebuah hospital bagi melawat pesakit kanser di sana. Ayra sentiasa akan meluangkan masanya kesana bagi melihat dan memberi semangat kepada pesakit pesakit yang sedang berjuang untuk melawan penyakit mereka. Nelisa telah menyerahkan ipad miliknya kepada ayra. Ayra telah meneliti beberapa perkara yang tertulis di dalam ipad itu.
" this is a good sign, aku tak sangka kutipan untuk dua bulan ni dah mencecah hampir half million untuk our cancer servivor charity." Kata ayra dengan riak gembira.
" ya aku pun tak sangka. Ramai yang masih peduli." Kata nelisa.
" aku harap dengan ada bantuan ni kita dapat bantu lebih ramai orang yang memerlukan untuk mendapatkan rawatan bagi sembuhkan penyakit diaorang."
Nelisa telah mengangguk. " kau dah tolong ramai orang ayra walaupun tak semua yang berjaya sembuh tapi kau dah buat sebaik mungkin untuk bantu diaorang. Kau kan tiap kali pergi sana air mata tu cepat je keluar kan lagi lagi bila kau tengok budak kecik tadi."
" sebab tu aku kalau boleh tak nak pergi sana tapi aku tak boleh aku rindu nak tengok diaorang. Macam mana aku tak sedih nel budak yang masih kecil pun dah kena lalui hal macam tu. Tapi aku belajar satu benda setiap kali aku tengok diaorang?"
" apa?"
" aku perlu bersyukur sebab aku hidup dalam keadaan yang serba mencukupi dan sentiasa sihat. Aku rasa itu satu nikmat yang tak terkira yang allah dah bagi dekat aku supaya aku dapat berkongsi rezeki yang aku ada dengan diaorang. Orang cakap dalam rezeki kita ada rezeki orang lain." Kata ayra sambil menyerahkan semula ipad tadi kepada nelisa.
Nelisa telah senyum segaris. " yup, so aku nak ingat kan kau balik lepas habis kau holiday dekat brunei ni, kau ada meeting dengan a few sponsor untuk next charity lepas tu meeting untuk clb new product and kau kena attend meeting dengan Ariq untuk new resort dekat pulau tioman." Ayra hanya mengangguk. Mereka telah sampai di lapangan terbang. Dave telah mengeluarkan bagasi dari bonet dan diserahkan kepada ayra yang sudah turun dari kereta.
" about that kau ingatkan aku balik. So thanks for today sebab teman aku and all detail tadi kau hantar dekat email aku and everything about cl just call aku okay." Kata ayra lalu memeluk nelisa.
Nelisa telah membalas pelukan itu.
" okay nanti aku uruskan, so have fun kalau ada apa apa call aku. Bye babe."🖤
Setelah mengambil masa dua jam ayra telah sampa di lapangan terbang brunei. Ayra telah mengeluarkan phonenya dari beg lalu menelefon mateen seperti yang disuruh oleh lelaki itu jika dia sudah sampai.
" hello I dah sampai."
" you wait there nanti ada orang jemput you dekat dalam." Kata mateen.
" oh okay I wait." Kata ayra lalu meletakkan panggilan itu. Tapi tidak lama kamal telah datang ke arahnya.
" cik ayra." tegur kamal sambil menundukkan kepalanya sedikit.
" hye kamal, you ke yang jemput i?" kamal telah mengangguk lalu mengambil begnya.
" jom cik ayra." ayra hanya mengangguk lalu mengikuti langkah kamal keluar dari kawasan lapangan terbang dan menuju ke sebuah kereta mercendes AMG G63 hitam lalu dia telah membuka pintu buat ayra di sebelah pemandu. Ayra sedikit terkejut apabila melihat seorang lelaki yang berada di tempat pemandu.
" masuklah." Ajak mateen sambil menurunkan sedikit kaca matanya. Tanpa berlama ayra telah masuk ke dalam kereta itu dan kamal telah membawa masuk begnya ke dalam bonet kereta itu dan meninggalkan mereka di situ.
YOU ARE READING
The Feeling (EDITING)
Romansa" I'm sorry sir I really sorry." Kata ayra sambil mengelap jacket hitam milik lelaki dihadapannya. " It's okay not your fault." kata Mateen sambil menghalang tangan ayra dari terus mengelap jacketnya. Pertemuan pertama tanpa sengaja di niseko japan...