2

2.9K 167 9
                                    

Setibanya di rumah, Aralyn Umaira melihat ibu bapanya sedang berada di ruang tamu.

"Assalamualaikum." Aralyn memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam. Ha kakak balik dah." ibunya, Puan Khadijah menyoal anak daranya itu.

"Awal abah balik?" selalunya ayahnya akan pulang pada jam 5 petang. Tapi, hari ini ayahnya sudah ada di rumah pada pukul 3.Aralyn Umaira merupakan pelajar tingkatan 5 yang akan pulang pada pukul 3.

"Abah dengan ibu ada benda nak bincang dengan kakak ni. Kakak naik mandi solat dulu. Nanti turun bawah." Encik Ahmad hanya diam memikirkan bagaimana hendak memberitahu anak perempuannya itu.

"Baik, ibu" Aralyn bergegas naik ke biliknya.





Setelah selesai membersihkan diri, Aralyn Umaira turun ke ruang tamu. Dilihat abang kembarnya, Syafiq Uwais dan Syaqil Uwais juga ada di ruang tamu.

"Ada apa ibu, abah?" Dia melihat ibu bapanya hanya senyum melihatnya.

"Kamu akan bertunang pada hujung minggu ini." beritahu Encik Ahmad kepada Aralyn.

Aralyn tersentak dengan pernyataan yang diucapkan oleh ayahnya. Lidahnya kelu untuk menyuarakan bantahan. Dia merenung ke dalam mata ibunya. Puan Khadijah hanya tersenyum dan mengangguk.

"T-tapi kenapa abah? Kakak kan muda lagi." dia hanya tersenyum getir.

"Ibu dengan abah akan pergi ke Australia untuk tiga bulan sebab abah ada urusan kerja di sana. Jadi, tiada siapa yang akan jaga kamu kat sini." Aralyn Umaira melihat ke arah abangnya.

"Abang Syafiq dengan Abang Syaqil kan ada jaga kakak?"

"Abang-abang kamu kan duduk di universiti, jadi minggu depan diorang kena balik." Abang-abang kembarnya itu hanya diam membiarkan adik dan abahnya berbincang.

Pada mulanya, mereka juga terkejut apabila abah mereka memberitahu tentang hal itu. Tetapi ada baiknya juga kerana mereka akan pulang ke universiti dan tiada siapa yang akan menjaga adik kesayangan mereka itu.

"Ouhh..." muram sahaja wajah anak perempuannya itu. Encik Ahmad terpaksa mengahwinkan anaknya kerana risau akan keselamatan anaknya itu apabila mereka tiada di rumah.

"Kamu terima ya?" ucap Puan Khadijah.

"Hmm, kakak terima." seketika Aralyn Umaira mengeluh perlahan. Dia terpaksa..





Suasana yang riuh itu tidak terkesan sama sekali kepada Aralyn yang termenung jauh memikirkan perkara yang dibincangkan semalam.

"Woii!! Jauh termenung kau ni aku tengok. Kau ada masalah ke?" segah Farah setelah sekian lama memerhati rakan baiknya itu.

"H-ha?!" Farah hanya menunjukkan muka seposen. Adehh...

"Kau ni kenapa Lyn aku tengok dari tadi kau termenung!" geram dia bila Aralyn masih blur dengan pertanyaannya tadi.

"Aku ok jer cuma..."

"Cuma apa?"

"Aku bagitahu kau ni kau jangan cerita dekat orang lain pulak." Farah hanya menanti percakapan Aralyn dan mengganguk.

"Aku kena bertunang hujung minggu ni." senafas dia mengucapkan ayat itu dan menunduk sambil meramas jari jemarinya.

Terkejut Farah bila mendengarkan hal itu. Dalam masa yang sama dia tersengih-sengih melihat muka member yang menunduk itu.

"La...lepastu kau terima tak?"

"A-aku terima." terbeliak mata si Farah mendengarnya.

"Woww! Tak pe la aku doakan yang baik-baik untuk kau." tersenyum dia memandang wajah rakannya itu. Aralyn mengangkat mukanya dan tersenyum melihat muka rakannya.




Rizqi's - SUWhere stories live. Discover now