Sinar matahari menerpa dari celahan langsir. Ruang bilik yang kelam tanpa cahaya mulai cerah. Rizqi mengeliat perlahan di atas katil.
Dia memandang ke sebelah katil dan melihat Aralyn tiada di sebelahnya. Setelah solat subuh pagi tadi dia kembali tidur.
Bunyi ketukan pintu bilik menyentakkan Rizqi. Datin Maryam masuk ke dalam bilik dan tersenyum melihat anaknya yang sudah bangun dari tidur.
"Ma, Humaira mana?" tanya Rizqi bila kelibat isterinya tiada.
"Lyn pergi sekolah la harini kan isnin." Datin Maryam berkata sambil membantu anaknya bangun untuk memandikannya.
Rizqi Firash hanya mengangguk. Dia agak terasa kerana Aralyn tidak berjumpa dengannya dulu kerana sebelum ini Aralyn akan salam tangannya dahulu sebelum pergi ke sekolah.
Disebabkan kejadian yang berlaku terhadapnya menyebabkan dia terpaksa belajar secara dalam talian. Dia hanya perlu ke sekolah untuk menduduki peperiksaan sahaja nanti.
Aralyn Umaira memberi salam dan masuk ke dalam rumah. Dia melihat Rizqi tengah baring di atas sofa berangkai sedang menonton televisyen.
Rizqi Firash mengalih perhatiannya kepada Aralyn. Dia menggamit isterinya untuk datang ke arahnya.
Aralyn Umaira bergerak ke arah suaminya dan melabuhkan punggung di sebelah Rizqi. Kedudukan yang jauh membuatkan Rizqi menarik pinggang isterinya merapat.
"Kenapa pagi tadi pergi sekolah tak salam aku dulu? " tanya Rizqi sambil matanya tidak lepas memandang isterinya.
"Awak, saya ada buat salah ke? " tidak menjawab malah Aralyn melemparkan soalan pula.
Rizqi Firash mengeluh perlahan sebelum menarik bahu Aralyn menghadap ke arahnya.
"Aku tak marah cuma aku tak suka kau rapat sangat dengan kawan aku tu! " usai berkata Rizqi mendengus perlahan apabila mengingati peristiwa semalam.
Aralyn Umaira yang mendengar nada cemburu suaminya menahan senyum sebelum dia bergerak merapat dan memeluk pinggang suaminya.
"Awak cemburu ke, Iqi sayangg..." Rizqi terus mengalihkan mukanya ke tepi untuk menyembunyikan senyumannya.
Hatinya agak berbunga mendengar gelaran manis dari isteri comelnya. Dia memandang semula Aralyn sebelum menolak perlahan isterinya.
"Mana ada! Dah dah pergi mandi sana busuk lah! " Aralyn mengekek ketawa sebelum bangun untuk membersihkan diri. Sempat dia mengucup pipi suaminya.
Rizqi Firash terkaku dengan tindakan berani isterinya. Telinganya memerah. Dia memegang pipi yang dicium isterinya tadi dan bibir mengukir seyuman lebar.
Selesai makan malam mereka masuk ke dalam bilik. Aralyn bergerak ke arah meja belajar mereka untuk mengemas barang-barang sekolahnya.
Rizqi Firash hanya melihat isterinya. Esok dia akan mula belajar semula tetapi hanya dari rumah.
Sementara menunggu Aralyn, dia membuka telefon miliknya membalas pesanan dari grup kelas. Banyak mesej yang masuk sebelum dia membuka mesej dari Fakri.
Fakriah🙄
wei rash kau nak tahu tak tadi aku nampak si Aini bersembang dengan bini kau.Rashlakiorg
kenapa dengan dia?Fakriah🙄
tak lah aku nampak dia macam marah2 bini kau.Rashlakiorg
Lyn tak de bagitahu apa2 pon. Tak pa la nanti aku tanya dia.Rizqi membalas sambil mengerling ke arah isterinya. Dia menutup telefonnya bila Aralyn sudah duduk di sebelahnya.
"Awak buat apa?" tanya Aralyn.
"Chat dengan Fakri. Macam mana sekolah harini? " tanya Rizqi untuk melihat riaksi isterinya.
" Ok jer cuma tulah lepasni akan kerap balik lambatlah sebab ada kelas tambahan kan trial dah nak dekat." Aralyn bercerita sambil tersenyum nipis.
Rizqi Firash hanya mengangguk tanpa menanyakan dengan lebih lanjut. Dia akan tunggu bila isterinya bersedia untuk bercerita.
Bila mereka berdua sudah baring di atas katil, Rizqi menarik lengan isterinya untuk memeluk badannya.
Apabila mendengar dengkuran halus dari Aralyn, Rizqi melihat ke arah isterinya. Dia menepuk perlahan belakang badan Aralyn.
"Kenapa kau tak nak cerita dekat aku. Tapi, tak pe nanti aku yang siasat sendiri." kata Rizqi dalam hati sebelum dia juga turut menjemput lena.
Sorry korg lmbt update <3
YOU ARE READING
Rizqi's - SU
Teen Fiction𝓐𝓻𝓪𝓵𝔂𝓷 𝓤𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪 ~ 𝓡𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻𝓪𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3