Aralyn Umaira bersiap-siap untuk memulakan paginya untuk ke sekolah setelah dua hari bercuti. Dia turun ke ruangan dapur dan dilihat ibunya sedang meletakkan sepinggan nasi goreng di atas meja.
"Morning, ibu." tersenyum Puan Khadijah melihat wajah anaknya itu.
"Morning."
"Abah mana ibu?" selalunya abahnya itu akan ada diruang dapur lebih awal daripadanya.
"Entah abah kamu dari subuh tadi tak balik dari surau." Puan Khadijah juga berasa pelik apabila suaminya itu tidak pulang dari masjid setelah waktu subuh.
"Assalamualaikum!" Encik Ahmad memberi salam seraya melangkah ke arah dapur.
"Ha balik pun abang. Dari mana?" Puan Khadijah menyoal sebaik sahaja suaminya itu melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Dak, tadi abang pergi office kejap sebab dorang kata ada benda nak bincang. Abang malas nak balik tukar baju tu yang pergi terus dari masjid tadi."
Tergeleng kepala Puan Khadijah mendengarnya.
"Tak pa la ibu abah, kakak pergi sekolah dulu." pamit Aralyn. Dia pergi ke arah motornya seusai menyalam kedua tangan ibu bapanya itu.
"Ha, baik-baik bawa moto tu!" Encik Ahmad terus melihat ke arah isterinya itu.
"Ha ni, abang nak bagitahu yang kita kena pergi Australia hujung minggu ni juga la Dijah." Encik Ahmad memandang tepat ke arah mata isterinya itu.
"So, nak tak nak kita kena percepatkan perkahwinan kakak tu." muram terus wajah Puan Khadijah.
"Tak pe lah petang nanti Dijah cakap dengan kakak." Encik Ahmad mengganguk lemah.
Selesai memakai topi keledar, Aralyn Umaira melihat ada seorang lelaki yang berkemeja duduk di atas motosikal sedang menunggu di hadapan pagar rumahnya. Dia memandang lama ke arah orang itu dan matanya membulat apabila matanya bertembung dengan mata hitam lelaki itu.
"Assalamualaikum.." Rizqi Firash memberi salam apabila melihat wajah tunangnya itu. Dia tergelak kecil melihat muka terkejut Aralyn.
"Jom, pergi sekolah. Aku ikut belakang."
Aralyn yang tercengang itu mengganguk dan dengan cepat mengundurkan motosikal miliknya keluar dari perkarangan rumah.
Setibanya di sekolah, Aralyn Umaira memarkir motosikalnya dan diikuti Rizqi Firash.
"B-bye." Aralyn terus berjalan ke kelasnya setelah selesai memarkir motosikal.
Rizqi Firash yang melihat itu hanya tersenyum nipis.
"Weiii.. Lyn, macam mana jadi tunang orang?" Farah menjongket-jongket keningnya dan tersenyum mengejek ke arah Aralyn.
"Aihh.. kau ni macam mana apa, macam tu la.." Aralyn menjeling ke arah lain apabila merasakan mukanya berbahang mengingati peristiwa pagi tadi.
"Haa..tu muka merah-merah tu..Mesti ada apa-apa niii.." tersenyum geli dia melihat muka Aralyn yang memerah itu.
"Mana ada apa laa.. Ha kau! Kenapa tak datang hari aku bertunang tu?!" muram mukanya bila kawan baiknya sendiri tidak datang semasa dia bertunang.
"Halahh..maap laa..aku kena balik kampung la haritu.." muka kesian ditunjukkan kepada Aralyn.
"Hmhhmm..."
"Alaaa.. jangan la merajuk Lyn..."
"..."
"Lyn.."
"..."
"LYN!!!"
"Ha yelah-yelah.. Aku saja ja nak tengok muka kau." geli perutnya bila ketawa melihat muka Farah yang cemberut tu.
"Hisy kau nii..J om, pergi tandas?" Soal Farah.
"Ehh kau ni baru belajar sejam dah nak terkencing dah." tergeleng kepala Aralyn melihat kawannya itu.
"Hehe.." tersengih-sengih Farah.
"Jom."
Rizqi Firash yang baru sahaja keluar dari tandas itu terhenti langkahnya apabila ternampak seorang gadis sedang berjalan ke arah tandas perempuan yang berada di sebelah tandas lelaki bersama kawannya.
Dia hanya memerhati Aralyn Umaira sehingga si gadis berhenti di hadapan tandas perempuan. Aralyn masih tidak perasan akan kelibat Rizqi yang ralit merenungnya dari jauh.
"Farah aku tunggu kau dekat luar lah." ujar Aralyn.
"Ha, ok ok." bergegas Farah masuk ke dalam tandas kerana dia memang dari tadi menahan.
Aralyn yang sedang menunggu di luar tandas itu tersentak apabila mendengar deheman garau dari seseorang.
Dia berpaling dan tergamam melihat lelaki itu a.k.a tunangnya.
Kalini kita bg pnjg skit *hehe*
YOU ARE READING
Rizqi's - SU
Teen Fiction𝓐𝓻𝓪𝓵𝔂𝓷 𝓤𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪 ~ 𝓡𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻𝓪𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3