10

3.3K 181 33
                                    

Aralyn Umaira masuk ke dalam rumah dan dia mencari Rizqi kerana tadi dia melihat motor suaminya itu sudah ada di hadapan rumah.

Dia menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik. Bunyi air di dalam bilik air menandakan Rizqi sedang mandi. Aralyn meletakkan dahulu begnya di dalam bilik belajar mereka.

Rizqi keluar daripada bilik air. Aralyn meluru ke arah Rizqi sampai ke belakang suaminya itu. Terjongket kening Rizqi melihat riak gembira isterinya itu.

"Awak, kalau nak pergi kem tu boleh?" tanya Aralyn sambil mengedipkan matanya.

Terpejam mata Rizqi apabila melihat kecomelan isterinya. Rizqi membuka mata sebelum dia menggerakkan tangannya supaya Aralyn menjauhkan sedikit badannya daripada Rizqi.

Aralyn mengundurkan badannya dan memandang wajah suaminya dengan wajah yang mendung.

"Aku ada wudhu." Rizqi cepat-cepat memberitahu isterinya apabila melihat wajah mendung isterinya.

"Boleh nak pergi tapi aku pun kena pergi nanti siapa nak jaga budak kecik ni." tergelak dia melihat wajah monyok isterinya.

"Tu aku dah isi borang aku nanti kau letak atas meja tu aku tandakan." Rizqi terus menghamparkan sejadah sebelum dia memandang ke arah Aralyn.

"Dah solat ke belum?" tanya Rizqi.

"Cuti." Aralyn berkata sambil menundukkan kepalanya. Mukanya memerah melihat senyuman nipis Rizqi.

"Ok." Aralyn hanya melihat suaminya dan tersenyum lebar bila Rizqi membenarkan dia pergi ke kem itu.






Malam ini hanya mereka berdua sahaja berada di rumah kerana ibu bapa Aralyn keluar untuk membeli barang keperluan untuk mereka bawa ke Australia.

Selesai membasuh pinggan dan mengemas dapur, Aralyn masuk ke dalam biliknya. Dia melihat Rizqi sedang membuat kerja di atas meja belajar.

"Humaira, esok balik sekolah kita pergi beli barang untuk bawa pergi kem nanti." tersentak Aralyn apabila namanya dipanggil.

Dia bergerak ke meja yang diduduki oleh Rizqi dan melabuhkan punggung di sebelah suaminya itu.

"Baik." Aralyn menjawab dan dia melihat kerja yang dilakukan oleh suaminya itu.

"Tak de kerja sekolah ke?" Rizqi berhenti menulis dan memandang wajah bersih isterinya.

Aralyn Umaira menggeleng sebelum dia memandang wajah tampan suaminya. Tertunduk malu dia bila Rizqi memandangnya lembut.

Tersenyum nipis Rizqi. Dia menarik tangan isterinya sebelum mengusap perlahan. Dia kembali memandang isterinya. Jari telunjuk mengangkat dagu Aralyn dan senyuman dia semakin lebar melihat pipi isterinya yang sudah merah.

Dia mengusap pipi montel isterinya sebelum melabuhnya ciuman di pipi merah itu. Terkaku Aralyn akan tindakan suaminya itu.

"Humaira." Rizqi suka menyebut nama itu kerana sesuai dengan perlakuan isterinya. Humaira, membawa maksud putih kemerah-merahan.

"Pergi tidur aku ada kerja lagi nak siapkan." Rizqi mengusap lagi pipi isterinya dan menyium ubun-ubun Aralyn.

Aralyn yang terkaku itu tersenyum sebelum dia bangun dan pergi ke bilik mereka yang hanya dipisahkan oleh pintu sahaja.

Rizqi's - SUWhere stories live. Discover now