7

2.6K 164 8
                                    

Aralyn memandang tubuhnya yang tersarung indah dengan busana pengantin berwarna putih. Dia melihat pantulan dirinya di hadapan cermin di dalam biliknya. Dia tidak menyangka yang dia akan kahwin di usia yang amat muda. Aralyn termenung sehingga tidak sedar yang kawan baiknya sudah masuk ke dalam biliknya.

"Lyn!!" Farah memandang kawan baiknya itu dengan mata yang bersinar-sinar.

"Cantiknya kau weyh..." terkejut Aralyn mendengar kawannya itu menjerit di hadapan pintu biliknya. Aralyn tersenyum nipis dan memandang kosong ke arah rakannya itu.

"Kau ok tak Lyn?" Farah memahami perasaan rakannya itu. Tidak dinafikan kawan yang dia sudah menganggap macam adiknya ini sudah mahu kahwin. Mereka sangat rapat sejak di bangku sekolah rendah lagi.

"Aku okey." terkalih mereka berdua ke pintu bilik memandang Puan Khadijah yang berdiri di situ.

"Akak, dah siap?" Puan Khadijah masuk ke bilik anak gadisnya dan tersenyum manis melihat tubuh dan wajah manis anaknya itu. Dia membelai lembut kepala anaknya.

"Dah, ibu."

"Jom, gerak ke masjid pengantin lelaki dah sampai sana." Aralyn menggenggam tangan ibunya sambil menarik lengan Farah untuk mengikut mereka sekali.




Hanya sekali lafaz, Aralyn Umaira sudah sah bergelar seorang isteri kepada Rizqi Firash. Rizqi dari tadi tidak melepaskan genggaman tangan isterinya. Rizqi membawa isterinya ke arah kereta ibu bapa mereka yang terletak bersebelahan. 

"Kau nak balik dengan aku atau ikut abah dengan ibu?" terdongak kepala Aralyn memandang wajah tampan suaminya.

"Kakak ikut Firash balik la. Nanti ibu dengan abah hantarkan baju sebab lepas ni abah kamu ada hal dekat pejabat. Ibu kena ikut." tidak sempat dia membalas pertanyaan Rizqi, Puan Khadijah sudah memberi jawapan.

Aralyn Umaira sempat menyalam dan mengucup pipi kedua ibu bapanya. Riak sedihnya cuba dikawal. Dia berjalan ke arah Rizqi Firash yang sedang menyandarkan badan di tepi kereta. Rizqi membuka pintu kereta untuk isterinya dan mereka berdua pun pulang ke rumah.




Aralyn Umaira melangkah keluar dari bilik air setelah mandi dan mengambil wuduk. Dia hanya mengenakan baju lengan pendek milik Rizqi yang agak besar dan berkain batik pemberian ibu mertuanya.

Tertoleh kepala Aralyn Umaira memandang pintu bilik yang terkuak dan tergamam memandang Rizqi Firash yang sedang memasuki bilik mereka. Rizqi hanya mengenakan baju putih berlengan pendek dan berkain pelekat menambahkan lagi ketampanan suaminya itu.

Rizqi Firash juga tergamam melihat isterinya dan dia memandang dari atas ke bawah tubuh genit si isteri. Apabila dia mengangkat pandangan, terkedu dia apabila matanya bertentangan dengan mata hazel isterinya.

"Comelnyaa dia pakai macam tu!!" Rizqi terus mengalihkan pandangan dan berdehem perlahan.

"Err..awak, jom solat sekali?" Rizqi menoleh dan mengangguk ke arah isterinya.

Selesai memberi salam, Rizqi menyua tangannya dan Aralyn menunduk menyalam tangan Rizqi dengan hormat.

Aralyn Umaira mengangkat pandangan dan melihat Rizqi tersenyum ke arahnya. Terpejam mata Aralyn bila Rizqi meletakkan tapak tangannya di atas ubun-ubun isterinya dan membacakan sepotong doa.

Rizqi Firash mengemas sejadah sementara Aralyn Umaira menyimpan telekung yang dipakainya. Mereka bergandengan tangan untuk turun ke dapur apabila sebentar tadi Datin Siti Maryam menyuruh mereka turun setelah selesai solat. 



Rizqi's - SUWhere stories live. Discover now