15

746 90 4
                                    

Pejam celik sudah dua hari mereka bercuti. Rizqi melepaskan keluhan selepas duduk di kerusinya. Mereka baru sahaja masuk ke dalam kelas selepas tamatnya perhimpunan.

Tiba-tiba Rizqi teringat akan isterinya yang sudah sembuh dari demamnya kelmarin. Mereka tidak datang sekali hari ini kerana Aralyn tidak larat untuk menunggang motosikal jadinya dia menumpang Datin Maryam semasa datang ke sekolah tadi.

Rizqi Firash tersentak dengan tepukkan seseorang di bahunya. Dia melihat akan gerangan itu dan menjungkitkan kening bertanyakan kenapa.

"Weekends ni kau free tak? Aku ingat nak ajak kau main badminton kat tempat biasa. Fuad dengan Daus pun join. Jom, ahh.." tanya Fakri dengan nada merayu.

Rizqi Firash berfikir sebelum menganggukkan kepalanya.

"Ok, on." Rizqi memberi kata putus.

Fakri bersorak sehingga menarik pandangan pelajar yang lain sebelum tersengih apabila lengannya ditumbuk oleh Rizqi.

Rizqi Firash hanya menjeling kawannya itu sebelum membawa keluar buku yang mahu ditelaah sebentar nanti. Tergeleng kepala melihat gelagat Fakri.






Rizqi Firash turun dari tingkat atas dan mencari isterinya kerana selepas subuh Aralyn terus turun ke bawah untuk menyediakan sarapan walaupun hari adalah hari cuti.

Rizqi Firash menggurutu dalam hati kerana bangun sahaja daripada tidur, isterinya sudah tidak kelihatan di sebelah. Dia berjalan melepasi ruang tamu dan terus pergi ke dapur.

Kelihatan isterinya sedang duduk di hadapan singki sedang melakukan sesuatu. Aralyn tersentak apabila ada tangan yang memeluk pinggangnya daripada belakang.

"Buat apa?" Rizqi bertanya sambil mengeratkan lagi perlukan di pinggang isterinya.

"Cuci ayam ni nak masak tengah hari nanti." jawab Aralyn tanpa menghiraukan suaminya itu.

Rizqi Firash mengangguk sebelum dia teringat akan sesuatu.

"Petang ni teman aku pergi main badminton dengan kawan-kawan aku." tanya Rizqi.

Aralyn Umaira terus menghentikan kerjanya dan mengalihkan kepala ke arah suaminya.

"Tak nak lah, segan, nanti saya sorang je perempuan dekat situ. Kawan-kawan awak semua lelaki kan." tegah Aralyn dan menyambung kerja yang tergendala tadi.

"Alaa... jom la. Nanti kau duduk sorang-sorang kat rumah kan mama dengan papa pergi rumah Makteh." rayu Rizqi sambil mengoyang perlahan badan mereka.

Terkebil-kebil Aralyn melihat perilaku manja suaminya. Tidak pernah-pernah Rizqi bersikap macam ini selalu kaku dan datar sahaja apabila mereka berdua.

Aralyn Umaira membersihkan tangannya apabila selesai dan mengelap tangannya pada kain yang tersangkut di tepi singki. Dia menggalihkan badan kepada suaminya.

"Boleh, tapi awak kena tolong saya masak. Saya tak reti sangat nak masak selalu tolong mama je." ucap Aralyn sambil mendongak melihat suaminya.

Rizqi menjungkit keningnya sambil tergelak perlahan kemudian dia menganggukkan kepalanya. Dia senyum senget dan menundukkan sedikit badannya separas isterinya.

"That's it? Yang tu easy jer, my zaujah." Rizqi mengambil alih kerja yang dilakukan oleh Aralyn dan sempat mengenyit sebelah matanya ke arah isterinya.

Aralyn Umaira terkedu dan menekup kedua pipinya yang sudah berubah menjadi tomato. Rizqi mengeling sebentar ke arah isterinya dan tersenyum akan telatah comel isterinya.



Vote byk ii!

Rizqi's - SUWhere stories live. Discover now