16

693 70 0
                                    

Petangnya mereka tiba di court badminton. Rizqi menggenggam erat tangan isterinya dan membawa ke court yang ditempah.

"Widihh, Rash bawa awek la siot!" kawan-kawan Rizqi yang berada di situ tidak lepas melihat pasangan yang berjalan bersebelahan itu.

"Uit, cantik awek kau?" terangkat-angkat kening Daus seperti mengejek kawannya itu.

"Ni sepupu aku lah." Rizqi menjawab dengan dan sesekali mengerling Aralyn di sebelah yang menunduk.

Fakri yang melihat akan itu hanya tersenyum sinis dan kembali mengajak yang lain menyambung bermain badminton.

"Kau duduk la kat kerusi tu dulu." Aralyn terus bergerak ke arah kerusi yang disediakan dan melabuhkan duduk.

Dia melihat sekeliling sambil berusaha membuka penutup botol air yang agak susah dibuka itu. Dia tidak pernah datang ke tempat-tempat seperti kerana dia bukan seorang yang minat akan sukan.

"Sini, aku tolong buka." terkejut dia apabila tiba-tiba ada seorang lelaki duduk di sebelahnya. Terkebil-kebil sebelum menghulurkan perlahan botol air itu.

"Kau sebenarnya ada something kan dengan Rash tu?" Fakri bertanya sambil menjungkit kening tebalnya dan menyua botol air yang sudah dibuka.

Aralyn Umaira terus mengalihkan kepalanya ke arah lelaki itu. Dia terkelu untuk memberitahu hubungannya kepada lelaki itu. Dia hanya tersenyum nipis ke arah Fakri.

Baru sahaja Aralyn mahu menjawab kedengaran suara yang memanggil nama Fakri. Dia terus beredar dari situ. Aralyn melepaskan nafas lega.




Aralyn Umaira yang baru pulang dari tandas terus berlari ke arah sekumpulan lelaki yang berkumpul di tengah court. 

Dia mencari sosok tubuh suaminya dan terkaku memandang Rizqi yang terbaring di atas lantai sambil mengerang kesakitan.

Dia terus pergi ke arah Rizqi dan menggenggam tangan suaminya.

"Awak! Kenapa ni?" Aralyn mengangkat pandangan ke arah mereka yang ada di situ.

Tubir matanya sudah berair. Teresak-esak dia menahan tangisan. Dia bergerak ke tepi untuk memberi ruang kepada mereka untuk mengangkat Rizqi.

Aralyn Umaira mengikut mereka membawa Rizqi memasuki ambulans. Air mata yang mengalir di pipi tidak dikesat. Dia memandang sayu ke arah suaminya yang memejamkan mata menahan sakit.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Aralyn bertanya kepada Fakri yang duduk di sebelahnya.

"Masa main badminton tadi dia lompat lepastu jatuh terseliuh agaknya." jawab Fakri yang turut risau dengan sahabatnya itu.

Pelbagai soalan yang terlintas di hatinya apabila melihat gadis yang tidak berhenti-henti menangis risau akan keadaan kawannya itu.

"Apa hubungan diorang ni? " kata Fakri di dalam hati.




Aralyn Umaira terus mendapatkan suaminya yang terlantar di katil hospital. Selama 4 jam Rizqi menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL), dia membuka matanya perlahan. Perkara pertama yang dia lihat adalah wajah risau isterinya.

" Awak ok? Nak air?" tanya Aralyn sambil menahan tangisan walaupun air matanya tidak berhenti mengalir.

Rizqi Firash hanya tersenyum nipis dan menganggukkan kepala. Aralyn menaikkan katil suaminya dan menghulurkan air.

Aralyn Umaira hanya memerhati Rizqi. Tersentak dia bila Rizqi mengusap perlahan wajahnya yang basah dengan air mata.

"Kenapa menangis banyak sangat ni. Mari sini." Rizqi menarik perlahan isterinya untuk duduk di sebelahnya di atas katil.

Aralyn Umaira duduk di sebelah Rizqi dan memeluk tubuh lemah suaminya. Rizqi menggosok perlahan belakang isterinya.

Mereka diam dan selesa duduk dalam keadaan begitu. Sesekali Aralyn mengusap perlahan kepala suaminya. 

Doktor mengatakan Rizqi akan mengambil beberapa bulan untuk sembuh. Oleh itu, dia akan sentiasa menjaga suaminya. 

" Semoga cepat sembuh awak." Aralyn tidak henti mendoakan kesihatan suaminya.


Rizqi's - SUWhere stories live. Discover now