17

643 74 2
                                    

Setelah empat bulan Rizqi mendapatkan rawatan, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Aralyn Umaira membawa masuk beg pakaian mereka ke dalam rumah. Dilihat Rizqi sudah duduk di atas sofa dibantu oleh Fakri.

Pada mulanya, Fakri amat terkejut dan setelah diterangkan oleh Rizqi dia hanya mengangguk memahami. Dia juga sudah berjanji untuk menyimpan rahsia mereka.

"Korang duduk lah dulu saya pergi buat air sekejap." Aralyn meletakkan sekejap beg di tepi sofa dan terus bergerak ke dapur.

"Untung lah ada bini." sinis Fakri dengan nada mengejek.

Rizqi Firash menjeling sahabatnya itu. Dia memandang ke arah Aralyn yang sedang menatang dulang yang berisi air.

Aralyn Umaira duduk di sebelah suaminya. Dia hanya mendengar perbualan mereka berdua.

"Tak pa lah aku nak balik dah esok nak sekolah pulak. Jaga diri kau. Lyn, aku balik dulu." Fakri bangun dan begerak untuk balik.

Aralyn Umaira menghantar Fakri di hadapan pintu. Rizqi yang melihat dari jauh menahan rasa bila isteri dan kawannya itu bergelak ketawa di hadapan pintu.

Tanpa membuang masa dia bergerak perlahan masuk ke dalam bilik bawah.

Aralyn Umaira berjalan ke arah sofa dan terkebil-kebil melihat kelibat suaminya tiada di situ.

Dia mengangkat cawan yang diguna sebentar tadi dan dibawa ke dapur. Datin Maryam tiada di rumah kerana ada urusan di pejabat.








Selesai menyuci cawan, Aralyn bergerak ke bilik mereka yang terletak di bawah kerana mudah untuk Rizqi bergerak.

Dia melihat Rizqi terkulat-kulat hendak membuka baju kerana belakangnya yang masih rasa sakit.

Aralyn Umaira menghampiri suaminya dan membantu Rizqi untuk membuka bajunya. Rizqi hanya membiarkan dan hanya diam memerhati isterinya.

"Iqi nak mandi ke?" Aralyn bertanya sambil memandang ke arah suaminya yang hanya diam dari selepas Fakri pulang sebentar tadi.

Di hospital mereka sudah berbincang untuk menukar nama panggilan mereka.

"Hmm." Rizqi hanya mengumam perlahan tanpa melihat ke arah isterinya.

Setelah selesai, giliran Aralyn pula masuk untuk membersihkan diri.

Aralyn keluar dari bilik air dan dia melihat Rizqi yang berbaring dia atas katil sambil meletakkan lengannya menutup mata.

"Awak dah tidur ke?" tanya Aralyn.

Melihat Rizqi yang hanya diam Aralyn terus baring di sebelah suaminya. Dia memegang lengan Rizqi.

"Saya minta maaf kalau saya ada buat salah dengan awak. Tak pa lah, goodnight awak."Aralyn hanya menunduk sedih sebelum menutup mata sambil menahan tangisan.

Rizqi Firash yang masih belum tidur menurunkan lengannya perlahan dan memandang ke arah isterinya di sebelah.

Terhenyak hatinya mendengar kata maaf dari Aralyn walaupun sebenarnya Aralyn tidak membuat apa-apa kesalahan pun dengannya.

Bertambah rasa bersalahnya apabila melihat bawah mata isterinya yang ada sebutir dua air mata.

Setelah memastikan isterinya sudah lena, Rizqi mengusap perlahan pipi isterinya yang basah dengan air mata sebelum menyium dahi dan ubun-ubun Aralyn.

"Sorry sayang, kau tak ada salah pun dengan aku. Aku cuma cemburu tengok kau dengan Fakri tu." ucap Rizqi dalam hati sebelum dia pun melelapkan matanya.

Rizqi's - SUWhere stories live. Discover now