13

782 81 6
                                    

Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan seperti flying fox, survival, serta rentas bakau dan sungai. Setelah berpenat lelah, mereka berkumpul di dewan makan untuk menjamu minum petang.

Dari jauh Rizqi melihat ke arah isterinya yang sedang makan sambil termemung. Tersentak dia bila ada seseorang menepuk bahunya dari arah belakang.

"Kau duk usha budak tu dari tadi kenapa? Kau suka dia ehh..." usik Fakri sambil tersengih-sengih.

Permandangan yang baharu kerana sebelum ini dia tidak pernah melihat Rizqi tertarik akan kaum hawa. Rizqi sememangnya agak terkenal di sekolah mereka terutamanya di kalangan pelajar perempuan tetapi tidak pernah sekalipun Rizqi melayan.

"Mana ada aku pandang dia." alih Rizqi dan terus melarikan pandangannya ke sawah yang terpampang di hadapan dewan makan itu.

Fakri menjungkitkan kening dan tergelak sinis. Dia menggelengkan kepala dan berlalu dari situ. Sempat dia menepuk bahu Rizqi sebelum menolak perlahan.

"Kenapa dengan dia termenung dari tadi?" soal Rizqi di dalam hati. Rizqi kembali memandang lama ke arah isterinya.






Aktiviti night walk baru sahaja selesai. Semua pelajar berehat setelah penat menjerit, menangis dan sebagainya. Aktiviti kali ini amat mencabar dan ada juga yang pengsan kerana takut yang teramat dikacau 'pocong'.

Aralyn Umaira yang baru masuk ke dalam bilik menghempaskan tubuh di atas lantai yang berlapik kain alas bersebelahan dengan Farah. Dia baru sahaja balik dari tandas.

Dia termenung memikirkan kegusaran hatinya. Dia rasa tidak sedap hati sejak semalam. Dia tidak menceritakan kepada sesiapa pun termasuk suaminya. Kali terakhir dia nampak Rizqi adalah sebelum mereka memulakan sesi night walk tadi.

Tiba-tiba bunyi dentingan notifikasi dari telefonnya. Terus Aralyn membuka pesanan daripada suaminya setelah hampir tiga jam tidak berjumpa. Tersenyum nipis dia.

Iqi💜
Kau ok?

Tersentak Aralyn. Hatinya merasakan sesuatu. Dia perasan?

Humaira<3
Ok je kenapa?

Iqi💜
Kau banyak termenung harini. Kalau sakit bagitahu jangan diam.

Humaira<3
Saya ok cuma entah hati rasa tak sedap. Rasa macam nak jadi something.

Iqi💜
Dah-dah jangan fikir sangat tidur jangan lupa baca doa dulu sebelum tidur. Istighfar banyak-banyak insyallah tak dak apa-apa.

Humaira<3
Ok gudnight awak. Assalamualaikum.

Rizqi Firash hanya menjawab dalam hati. Ayat Aralyn sebentar tadi membuatkan hatinya juga merasakan hal yang sama. Cepat-cepat dia beristighfar dan berdoa supaya dirinya tidak berfikir hal-hal yang tidak diingini dan berfikiran negatif.

Rizqi Firash menutup telefonnya dan merenung siling bilik itu. Kepalanya agak pening kerana seharian tidak berehat hanya berhenti untuk solat dan makan. Dia pejamkan mata mahu tidur kerana esok mereka akan gerak awal pagi untuk pulang ke rumah.



Im back ^_^

Rizqi's - SUWhere stories live. Discover now