Kelihatan Aralyn Umaira dan Rizqi Firash menuruni tangga sambil berpegangan tangan. Datin Maryam tersenyum melihat kemesraan anak menantunya itu.
" Dah turun dah pengantin baru? Sini, kita makan sama-sama." Aralyn yang mendengar usikan mama mertuanya itu tertunduk menahan malu. Dia melepaskan genggaman mereka dan menolong Datin Maryam menyediakan makanan.
" Esok Firash bawa Lyn pergi ambil baju dia kat rumah ibu kamu ye?" Rizqi hanya menggangguk dan menyambung makan sambil mengerling ke sebelah melihat isterinya hanya diam makan.
" Lyn ok dengan Firash?" tanya Datin Maryam apabila merasakan kedua anak menantunya hanya diam dari tadi.
" Ok je mama." Aralyn berkata sambil tersenyum nipis memandang mama mertuanya.
Rizqi hanya diam di sebelah. Dia tersenyum tetapi cepat-cepat dia mematikan semyumannya. Dia hanya mendengar segala celoteh mama dan isterinya.
Setelah selesai sarapan pagi tadi, Rizqi membawa Aralyn ke rumah mertuanya. Dia juga bercadang untuk tidur di sana beberapa hari.
Sampainya di rumah, Aralyn keluar terlebih dahulu meninggalkan suaminya. Rizqi Firash yang melihat akan itu tercengang sebelum menggelengkan kepala.
Rizqi Firash keluar dan membuntuti isterinya masuk ke rumah. Aralyn Umaira memberi salam dan tersenyum lebar dia bila ibunya muncul di hadapan rumah.
"Ibuu..." Puan Khadijah hanya menggelengkan kepala melihat karenah manja anak bongsunya ini. Aralyn menyalam ibunya diikuti Rizqi.
"Apa khabar ibu?" soal Rizqi.
"Baik. Ni datang nak ambil barang ke?"
"Haah." Serentak kedua-duanya menjawab sambil mengangguk. Tergelak kecil Puan Khadijah melihat karenah mereka berdua.
"Jom masuk makan ibu ada masak lauk favourite kamu kakak." mereka masuk ke rumah. Rizqi mengangkat beg dia dan isterinya manakala Aralyn mengikut ibunya ke dapur.
Setelah selesai makan tengah hari, Aralyn membantu ibunya mengemas dan membasuh pinggan. Dia memandang ke belakang dan tersenyum ke arah ibunya.
"Sudah la Lyn pergi naik atas rehat. Kamu esok nak sekolah. Homework semua dah siap?" tanya Puan Khadijah.
"Hehe, belum lagi ibu." tergeleng kepala Puan Khadijah.
"Ha, dah pergi sana." Aralyn terus menaiki tangga untuk kebiliknya.
Aralyn Umaira terus masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu. Aralyn terkaku memandang Rizqi yang baru selesai membersihkan diri. Rizqi yang hanya memakai tuala separas pinggang itu tidak menyedari akan kelibat isterinya.
Tersentak Rizqi memandang Aralyn dan terjungkit keningnya melihat isterinya yang terkaku di hadapan pintu bilik mereka.
"Sayang?" tersentak Aralyn dibuatnya.
"Huh?" terkebil-kebil Aralyn sebelum dia menunduk memandang lantai.
Rizqi Firash yang melihat akan itu terus memandang badannya sebelum dia tersenyum. Muka Aralyn memerah apabila tersadar yang sebentar tadi Rizqi memanggilnya dengan gelaran 'sayang'.
"Hei. Okay tak ni?" Rizqi bertanya sambil memetik jarinya di hadapan Aralyn. Aralyn tersentak.
"O-ok jer." Aralyn terus ke meja belajarnya dan mengemas alat-alatan sekolah dan memasukkan beberapa buku ke dalam beg.
"Esok kita pergi sekali sekolah." Rizqi berkata kemudian dia melabuhkan punggung di atas katil.
"Ermm tapi kita naik moto asing-asing boleh saya tak nak orang tahu saya pergi sekolah dengan awak." kata Aralyn.
Rizqi berfikir sejenak kemudian dia teringat akan janjinya semasa majlis tunang haritu.
"Hm, okay." Rizqi baring kemudian dia menepuk ruang di sebelahnya menyuruh Aralyn untuk baring di situ.
Aralyn Umaira akur kemudian dia merasakan Rizqi menariknya ke dalam pelukan. Aralyn hanya kaku kemudian dia merasa selesa apabila Rizqi membaca selawat dan beberapa potong doa kemudian di sapu di ubun-ubun Aralyn.
Beberapa minit kemudian, Rizqi mendengar dengkuran halus dari isterinya. Dia tersenyum melihat wajah tenang isterinya yang sedang tidur itu.
Rizqi Firash kemudiannya menarik Aralyn rapat lagi ke dadanya sebelum dia pun terbuai mimpi. Mereka tidur dengan lena sambil berpelukan antara satu sama lain.
*Ok disebbkn sya lmbtt sgt update klini kita bg pjg skit hehe*
YOU ARE READING
Rizqi's - SU
Novela Juvenil𝓐𝓻𝓪𝓵𝔂𝓷 𝓤𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪 ~ 𝓡𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻𝓪𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3