Flashback ~
"Sebelum balik aku nak jumpa Aralyn Umaira sekejap." ucap Rizqi Firash dan matanya tertancap ke arah tempat duduk Aralyn yang berada di meja yang kedua.
Aralyn yang mendengar namanya dipanggil terus mengangkat kepalanya memandang ke depan dan menjungkit keningnya.
"Saya?"
"Ya, Aralyn Umaira." jawab Rizqi dengan senada.
"B-baik.." Aralyn tersenyum kekok dan mengecilkan diri apabila dirinya dipandang oleh kawan-kawannya.
Semua murid bersurai untuk pulang ke rumah. Aralyn yang masih mengemas barang-barangnya tersentak apabila ada satu kotak diletakkan di hadapannya. Dia memandang kotak itu dan mengangkat mukanya melihat gerangan yang meletakkan kotak tersebut.
"Pakai ni hujung minggu ni." ucap Rizqi apabila Aralyn hanya diam memandangnya.
"H-huh?" dia ingin bertanya lebih tetapi dilihat Rizqi hanya menonong jalan meninggalkannya bersama dengan Farah.
"Weyhh!! Dia bagi abaya kat kau lah Lyn!" Aralyn hanya merenung kotak itu dan matanya tertancap ke arah kertas yang diselitkan di bawah abaya itu.
"See you on this weekend future fiance"
RizqiAralyn yang masih blurr itu memukul bahu rakannya itu apabila tersedar bahawa bakal tunangnya merupakan senior sekolahnya.
Matanya membulat seraya mulut melopong ke arah Farah. Farah yang sedar bahawa Aralyn akan menjerit terus melekapkan tangannya ke mulut Aralyn.
"Haa..sudah..sudah.. jangan nak menjerit kat sini yee. Jom, balik." tangan Farah yang melekat di mulutnya ditepis perlahan. Farah menarik tangan Aralyn untuk keluar dari makmal sebelum dikunci oleh pembantu makmal. Nayaa.. pak karim..
End flashback ~
Yaa.. tunang si Aralyn Umaira ini ialah si Rizqi Firash a.k.a abang senior.
Aralyn yang mendengar deheman seseorang itu terus mengalihkan kepalanya ke arah jejaka yang berdiri di sebelahnya.
Rizqi melihat tunangnya yang sedap menjamu selera sehingga tidak perasan akan kehadirannya.
"Assalamualaikum my fiance." tegur Rizqi sambil tersenyum nipis.
"W-waalaikumussalam." tergagap-gagap Aralyn menjawab salam dan menyedari bahawa hanya mereka berdua di ruangan makan ini. Dia hanya menunduk sambil menggaul-gaul cerbisan makanan yang ada di atas pinggan.
"Err..boleh tak saya nak minta tolong?" Aralyn memulakan perbualan.
"Tolong apa?" Terjongket kening Rizqi mendengar soalan tunangnya itu.
"Tolong rahsiakan pertunangan ni dekat sekolah boleh?"
"Kenapa?" Pelik dibuatnya. Orang selalu nak kahwin ni heboh-heboh.
"Kita kan masih sekolah so..ermm.." Aralyn buntu memikirkan sebabnya.
Tapi..."Ha ok..ok.." Rizqi hanya bersetuju apabila melihat wajah buntu Aralyn.
"Thank you.." tersenyum manis si gadis sehingga membuatkan Rizqi terkedu melihat senyuman manis si tunang.
"Eherm...o-ok." Rizqi hanya menggosok lehernya.
"Cantik." tertoleh kepala Aralyn apabila dia mendengar sesuatu yang keluar dari mulut encik tunang.
"Huh?" terkelip-kelip mata Aralyn memandang Rizqi yang sudah berlalu ke ruang tamu.
YOU ARE READING
Rizqi's - SU
Teen Fiction𝓐𝓻𝓪𝓵𝔂𝓷 𝓤𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪 ~ 𝓡𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻𝓪𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3