3

2.5K 167 4
                                    

Hujung minggu..

Hari yang membuatkan hati si gadis berdebar-debar. Dia melihat pantulan dirinya di hadapan cermin. Dia terlihat sungguh cantik mengenakan abaya yang diberikan oleh seseorang.

Aralyn menoleh kebelakang apabila mendengar bunyi pintu dikuak. Dia tersenyum nipis melihat ibunya masuk ke dalam bilik. Puan Khadijah duduk di birai katil anak perempuannya dan merenung wajah mulus anaknya itu.

"Akak lepasni dah nak jadi tunang orang. Jadi ibu nak akak jaga diri akak baik-baik. Boleh anak ibu?" Puan Khadijah hanya melihat muka muram anaknya itu.

Aralyn mengganguk dan memeluk ibunya itu. Puan Khadijah hanya tersenyum di dalam perlukan.





Aralyn Umaira hanya duduk di dalam biliknya menunggu bakal ibu mertuanya. Sedang Aralyn termenung, dia tersentak melihat seorang wanita yang agak sebaya dengan Puan Khadijah duduk dihadapannya.

"Assalamualaikum." Aralyn hanya membalas perlahan dan tersenyum manis kepada wanita itu.

"Inilah bakal menantu mama ye..Cantik.." usik Datin Siti Maryam.

Pipi Aralyn sudah memerah mendengar pujian itu.

"T-terima kasih mama.." Aralyn tersengih malu.

"Iihh comella bakal menantu mama ni..!" Datin Siti Maryam mengusap pipi mulus bakal menantunya itu. Puan Khadijah dan para wanita yang ada di situ hanya tersenyum geli melihat telatah wanita paruh baya itu.

Aralyn tersenyum dan menyuakan tangannya untuk menerima cincin dari bakal ibu mertuanya itu. Dia menyalam bakal ibu mertuanya itu dan hanya melemparkan senyuman manis kepada orang-orang yang menangkap gambar mereka.





Setelah itu, Puan Khadijah membawa anaknya turun ke bawah untuk menjamu makanan yang disediakan. Si gadis melihat sekeliling mencari kelibat si tunang. Sedang enak Aralyn menjamu makanan, dia terdengar orang memberi salam dari luar rumah. Terlihat kelibat seorang jejaka memakai kemeja yang sama warnanya dengan Aralyn.

Aralyn Umaira hanya menunduk memandang makanan yang ada di atas pinggan tanpa menghiraukan riuh rendah di ruang tamu.

Dia mengangkat mukanya apabila dia merasakan seseorang sedang memandang ke arahnya.Matanya terpaku memandang ke dalam anak mata hitam milik jejaka tersebut.

Jejaka itu hanya tersenyum nipis dan berjalan bersalaman dengan orang-orang yang ada di situ.

Dengan tiba-tiba Aralyn teringat tentang hari Jumaat yang lepas dan tersenyum malu dia mengingati peristiwa itu.








Rizqi's - SUWhere stories live. Discover now